PEMAKLUMAN BERHUBUNG EDARAN TRANSKRIP SECARA PERCUMA KEPADA GRADUAN SARJANA MUDA SESI 2019/2020
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Saudara/i,
PEMAKLUMAN BERHUBUNG EDARAN TRANSKRIP SECARA PERCUMA KEPADA GRADUAN SARJANA MUDA SESI 2019/2020
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.聽 聽 聽 聽 聽 聽Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti telah bersetuju pengedaran transkrip sebelum Majlis Konvokesyen diberikan secara percuma kepada pelajar mengambilkira penangguhan Majlis Konvokesyen ke-48 Tahun 2020. Pelajar hanya perlu membuat bayaran caj pos sehaja (sekiranya diedar secara pos) iaitu sebanyak RM10 (dalam negara) atau RM150 (luar negara).聽 Pertimbangan ini adalah untuk graduan Sesi 2019/2020 yang terkesan dengan Pandemik Covid-19 dan membawa kepada penangguhan Majlis Konvokesyen ke-48 Tahun 2020.
3.聽 聽 聽 聽 聽 聽Bagi memastikan semua maklumat pelajar adalah tepat, pelajar dimohon untuk mengisi Borang Pengesahan Bergraduasi untuk tujuan pengedaran transkrip kepada pelajar. Manakala, bagi pelajar-pelajar yang telah membayar caj transkrip awal sebanyak RM20 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh sahaja), Universiti akan menguruskan pemulangan semula bayaran caj transkrip dengan mengkreditkan wang ke akaun pelajar masing-masing setelah proses semakan bukti bayaran dan lain-lain semakan selesai dilakukan.
4.聽 聽 聽 聽 聽 聽Sebarang pertanyaan, pelajar boleh email terus kepada Pusat Pengurusan Akademik (akad@ukm.edu.my) atau Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari (ukpbendahari@ukm.edu.my).
Sekian, terima kasih.