Festival Teater ÿÈÕ´óÈüapp yang dahulunya dikenali sebagai Pekan Teater ÿÈÕ´óÈüapp (PTÿÈÕ´óÈüapp) merupakan sebuah acara tahunan anjuran Pusat Kebudayaan dan Kelab Teater Rimba (KTR), ARTISÿÈÕ´óÈüappA ÿÈÕ´óÈüapp. Bermula pada tahun 2014, PTÿÈÕ´óÈüapp dianjurkan sepenuhnya oleh KTR dengan nama Festival Teater ÿÈÕ´óÈüapp.
Pada tahun ini, Pusat Kebudayaan Universiti kembali menerajui pertandingan ini dengan kerjasama KTR bagi menambah baik pengurusan program dan pertandingan. Festival Teater ÿÈÕ´óÈüapp 2023 kini dijenamakan semula kepada PROSENIUM (Festival Teater ÿÈÕ´óÈüapp). Program ini dianjurkan dengan tujuan utama bagi mencungkil serta meraikan bakat- bakat seni teater dalam kalangan mahasiswa/i ÿÈÕ´óÈüapp.
Sepanjang tempoh penganjurannya, Festival Teater ÿÈÕ´óÈüapp telah berjaya mengumpulkan ramai penggiat serta peminat seni teater dari dalam dan luar ÿÈÕ´óÈüapp.
Pemilihan tema ini bertujuan untuk membangkitkan serta mengekalkan semangat cinta akan seni teater secara khusunya dalam kalangan mahasiswa dan kepada masyarakat amnya.
Tema naskhah yang akan dipertandingkan pula adalah ‘Mahasiswa Tonggak Integriti’ di mana setiap kumpulan yang bertanding diwajibkan mengangkat INTEGRITI sebagai tema/pemikiran kepada persembahan masing-masing. Pertandingan ini diharapkan dapat mengembalikan kegemilangan industri teater yang bermula dari kampus serta menambah pengetahuan dan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat mengenai kepentingan integriti.
Menyerlahkan bakat seni teater (lakonan, sinografi dan produksi) di kalangan mahasiswa ÿÈÕ´óÈüapp
Merakyatkan seni budaya di kalangan warga universiti watan kita
Melahirkan mahasiswa yang bersifat holistik melalui pendekatan seni budaya
Tarikh dan tempat pertandingan terbahagi mengikut zon peserta.
3:00 Petang
8:30 malam
KOLEJ RAHIM KAJAI
RAHSIA KOLEJ MELUR
KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
RUMAH SEWA
3:00 Petang
8:30 malam
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
TERPINGGIR
KOLEJ TUN HUSSEIN ONN
HIDUP
3:00 Petang
8:30 malam
KOLEJ DATO’ ONN
SASAU
KOLEJ UNGKU OMAR
DURI
3:00 Petang
8:30 malam
KOLEJ PENDETA ZA’BA
TUDING JARI
KOLEJ BURHANUDDIN HELMI
DI BALIK MATA
3:00 Petang
8:30 malam
KOLEJ KERIS MAS
GADAI
KOLEJ TUN SYED NASIR
TITAH BERDARAH KU JUNJUNG
8:30 malam
Muat Turun
Peraturan Umum Pertandingan
Muat Turun
Peraturan Khas Pementasan
Hadiah bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
Sertai Prosenium Integriti sekarang!
Tarikh tutup penyertaan: 9 Jun 2023
Projek ini merupakan gabungan hebat institusi-institusi berikut: