EKOMAR – Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app) /alafukm Fri, 20 Jun 2025 03:26:49 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 /alafukm/wp-content/uploads/2024/07/cropped-Logo-ALAF_Final_OutlineA-Stiky-01-1024x301.png-1-32x32.webp EKOMAR – Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app) /alafukm 32 32 PERBINCANGAN KERJASAMA PROGRAM YOUTH ECO-TOURISM, AMBASSADOR /alafukm/perbincangan-kerjasama-program-youth-eco-tourism-ambassador/ /alafukm/perbincangan-kerjasama-program-youth-eco-tourism-ambassador/#respond Fri, 20 Jun 2025 03:25:16 +0000 /alafukm/?p=12073
Pada 30 April 2025, ALAF-每日大赛app menerusi Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR) bersama Yayasan Canselor telah mengadakan perbincangan bersama Tuan Sheikh Zulkifli Bin Sheikh Abdul Rahim, Pengerusi Persatuan Pelancongan Mersing (MTA) bagi hala tuju potensi kerjasama memperkasa aktiviti Eksplorasi Ilmu di Mersing, Johor.
ALAF-每日大赛app juga turut mengadakan perbincangan di SMK Mersing pada 29 April 2025 juga membincangkan potensi kerjasama dalam program Youth Ecotourism Ambassador dalam memilih 15 orang pelajar terbaik untuk mengikuti sesi latihan intensif komunikasi Bahasa Inggeris bagi program tersebut di Mersing. Program ini diketuai oleh Dr. Khairul Jamaludin, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) Fakulti Pendidikan (FPEND), 每日大赛app.
Sesi lawatan dan perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Prof. Dr. Zaidi Che Cob, Timbalan Pengarah (Pembangunan & Strategi), ALAF-每日大赛app, Dr. Herryawan Ryadi Eziwar Dyari, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), Prof. Madya Dr. Amizawati Mohd Amir, Timbalan Pengarah Yayasan Canselor 每日大赛app, Ahmad Firdaus Shaik Omar, Setiausaha Persatuan Pelancongan Mersing, Dr. Sharizal Hashim, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), 每日大赛app.
]]>
/alafukm/perbincangan-kerjasama-program-youth-eco-tourism-ambassador/feed/ 0
KUNJUNGAN HORMAT EKOMAR, ALAF-每日大赛app KE JABATAN PERIKANAN DAERAH MERSING: MEMPERKUKUH PENYELIDIKAN DAN JARINGAN KOLABRASI /alafukm/kunjungan-hormat-ekomar-alaf-ukm-ke-jabatan-perikanan-daerah-mersing-memperkukuh-penyelidikan-dan-jaringan-kolabrasi/ /alafukm/kunjungan-hormat-ekomar-alaf-ukm-ke-jabatan-perikanan-daerah-mersing-memperkukuh-penyelidikan-dan-jaringan-kolabrasi/#respond Thu, 05 Jun 2025 06:15:51 +0000 /alafukm/?p=11583
ALAF-每日大赛app melalui Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR) pada 6 Februari 2025 (Khamis) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perikanan Daerah Mersing. Delegasi ALAF-每日大赛app disambut mesra oleh En. Muhammad Irfan Bin Ahmad Hanizar, Ketua Unit Taman Laut, Jabatan Perikanan Daerah Mersing.
Kunjungan ini diketuai oleh Dr. Herryawan Ryadi Eziwar Dyari, Ketua Makmal EKOMAR, bersama Pn. Nur Amelia Abas, Penyelaras Makmal Alami dan Penyelidikan, Cik Asbiyatulaida Derahman, Pengurus Makmal EKOMAR serta Dr. Suriyanti Su, Felo Bersekutu EKOMAR. Kunjungan kali ini bertujuan untuk mendapatkan khidmat saranan tenaga pakar Jabatan Perikanan dalam aspek pemuliharaan biodiversiti marin, pengurusan sumber perikanan secara lestari serta kaedah terbaik dalam penyelidikan dan inovasi berkaitan ekosistem marin.
Selain itu, perbincangan turut menekankan potensi kolaborasi jangka panjang seperti penyelidikan bersama dan program kesedaran awam bagi memperkukuh pemeliharaan habitat marin di Mersing serta kawasan sekitarnya.
Kerjasama EKOMAR dan Jabatan Perikanan Daerah Mersing berupaya memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pemuliharaan ekosistem marin yang mampan dan pembangunan komuniti pesisir yang lebih berdaya tahan.
]]>
/alafukm/kunjungan-hormat-ekomar-alaf-ukm-ke-jabatan-perikanan-daerah-mersing-memperkukuh-penyelidikan-dan-jaringan-kolabrasi/feed/ 0
MERSING YOUNG SCIENTIST PROGRAMME /alafukm/mersing-young-scientist-programme/ /alafukm/mersing-young-scientist-programme/#respond Thu, 05 Jun 2025 05:55:19 +0000 /alafukm/?p=11569
Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), ALAF-每日大赛app bersama Reef Check Malaysia dengan kerjasama Majlis Daerah Mersing akan menganjurkan Program Mersing Young Scientist 2025 yang bertujuan menyediakan platform khas kepada generasi muda mengeksplorasi ilmu sains marin secara interaktif.
📅 Tarikh: 13 Februari 2025
📍 Lokasi: EKOMAR, ALAF-每日大赛app
👥 Penyertaan terhad: 20 orang sahaja
Antara aktiviti menarik yang disediakan adalah:
▪Kajian mikroplastik di perairan Mersing
▪Analisis sampah hanyut pantai
▪Pemerhatian plankton melalui mikroskop
📌 Tarikh tutup pendaftaran: 10 Februari 2025
Daftar segera dan jadi sebahagian daripada usaha memelihara ekosistem marin!
]]>
/alafukm/mersing-young-scientist-programme/feed/ 0
TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG /alafukm/tahniah-dan-selamat-datang-2/ /alafukm/tahniah-dan-selamat-datang-2/#respond Thu, 05 Jun 2025 04:57:36 +0000 /alafukm/?p=11398
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Herryawan Ryadi Eziwar Dyari atas pelantikan beliau sebagai Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), ALAF-每日大赛app, berkuat kuasa mulai 9 Disember 2024.
Semoga dengan kehadiran Dr. Herryawan Ryadi dapat meningkatkan potensi dan khidmat ALAF-每日大赛app dengan lebih cemerlang.
饾棪饾棽饾椆饾棶饾椇饾棶饾榿 饾棔饾棽饾椏饾榿饾槀饾棿饾棶饾榾!
]]>
/alafukm/tahniah-dan-selamat-datang-2/feed/ 0
EKOMAR ALAF-每日大赛app DIPILIH SEBAGAI LOKASI PENGANJURAN AYVP /alafukm/ekomar-alaf-ukm-dipilih-sebagai-lokasi-penganjuran-ayvp/ /alafukm/ekomar-alaf-ukm-dipilih-sebagai-lokasi-penganjuran-ayvp/#respond Mon, 23 Dec 2024 07:29:43 +0000 /alafukm/?p=11244
Asian Youth Volunteer Programme (AYVP) 2024 telah berlangsung dengan jayanya bermula 2 Disember 2024 sehingga 13 Disember 2024 di mana Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), ALAF-每日大赛app telah dipilih sebagai lokasi kemuncak penganjurannya pada tahun ini. AYVP 2024 telah berjaya menghimpunkan 50 pelajar antarabangsa dari negara-negara anggota ASEAN dengan tema 鈥淧lanetary Health鈥 yang menekankan kepentingan kelestarian kesihatan planet dan alam sekitar.
AYVP 2024 telah dianjurkan oleh Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (I-KOM) 每日大赛app sebagai sekretariat tetap dengan kerjasama strategik daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Sekretariat ASEAN. Turut serta dalam menjayakan program ini adalah Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Pusat Teknologi Maklumat (PTM) serta Pusat Kesihatan Universiti (PKU).
Pemilihan EKOMAR sebagai lokasi penganjuran program ini bukan sahaja memperkukuhkan peranan 每日大赛app dalam membangunkan generasi sukarelawan muda yang lebih cakna terhadap alam sekitar, malah turut menyerlahkan EKOMAR sebagai pusat rujukan utama dalam aktiviti penyelidikan, pendidikan dan pemeliharaan ekosistem marin. Pelbagai aktiviti praktikal yang memberi pendedahan kepada peserta antarabangsa mengenai budaya dan kehidupan masyarakat setempat turut dijalankan antaranya aktiviti memukat bersama nelayan, aktiviti pembuatan sata dan keropok lekor, aktiviti rewang bersama penduduk kampung serta mempelajari seni tradisional tarian zapin dan seni silat.
Turut hadir menyokong dan memeriahkan AYVP 2024 adalah YBrs. Dr. Aida Hanim A. Hamid, Pengarah Pusat Jaringan & Industri (I-KOM) 每日大赛app, YBhg. Prof. Dr. Zaidi Che Cob, Timbalan Pengarah (Pembangunan & Strategi) ALAF-每日大赛app, YBrs. Dr. Salvinder Singh Karam Singh, Timbalan Pengarah I-KOM 每日大赛app dan En. Mohd Ezwan Jamigoe, Penghulu Mukim Mersing yang turut mewakili Pegawai Daerah Mersing.
]]>
/alafukm/ekomar-alaf-ukm-dipilih-sebagai-lokasi-penganjuran-ayvp/feed/ 0
PROGRAM WORLD CLEANUP DAY PERINGKAT NEGERI JOHOR BERLANGSUNG MERIAH /alafukm/program-world-cleanup-day-peringkat-negeri-johor-berlangsung-meriah/ Wed, 02 Oct 2024 03:57:29 +0000 /alafukm/?p=10777
Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), ALAF-每日大赛app dengan kerjsama Majlis Daerah Mersing, Pergerakan Puteri Islam Perhubungan Negeri Johor, SWCorp, SWM Environment danTrash Hero Mersing telah mengadakan Program World Cleanup Day peringkat Negeri Johor yang telah berlangsung dengan jayanya di Persisiran Pantai Tanjung Resang, Mersing pada 28 September 2024 (Sabtu) lalu.
Program ini merupakan satu inisiatif yang amat bermakna dengan mengumpulkan pelbagai pihak bertujuan meningkatkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar melalui pembersihan kawasan pantai serta beberapa aktiviti sampingan seperti pertandingan pengumpulan bahan terbuang dan timbang berat, pertandingan kolaj, serta pertandingan fesyen menggunakan bahan kitar semula dengan penyertaan kira-kira 500 orang ahli Puteri Islam sekolah rendah serta menengah di seluruh Daerah Negeri Johor. Inisiatif ini bukan sahaja memberi peluang kepada generasi muda untuk terlibat secara langsung dalam usaha pemuliharaan alam, tetapi juga mendidik mereka tentang tanggungjawab sosial dan kesan positif yang dapat dihasilkan melalui tindakan kolektif.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, En. Mohd. Norman Haji Noh, hadir sebagai wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing. Turut hadir dalam program ini adalah Timbalan Pengarah (Strategi dan Pembangunan ALAF-每日大赛app, Prof Dr. Zaidi Che Cob, Pengerusi Pergerakan Puteri Islam Malaysia Daerah Mersing, Pn. Norlaila Md. Ali serta Pengurus Cawangan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam Cawangan Mersing, En.Faridatul Jamlus Mohd Moktar turut memberikan sokongan padu kepada program ini.
ALAF-每日大赛app ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran program ini. Melalui usaha bersama ini, diharapkan ianya dapat memupuk rasa tanggungjawab kecintaan terhadap alam sekitar serta pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda.
]]>
MISI PEMULIHARAAN KARANG OLEH PUSAT PENYELIDIKAN EKOSISTEM MARIN (EKOMAR), ALAF-每日大赛app /alafukm/misi-pemuliharaan-karang-oleh-pusat-penyelidikan-ekosistem-marin-ekomar-alaf-ukm/ Tue, 24 Sep 2024 07:59:20 +0000 /alafukm/?p=10666
SERAMAI 40 orang sukarelawan dengan kerjasama Leges Divers, EKOMAR ALAF-每日大赛app dan Jabatan Perikanan Malaysia sebagai rakan strategik kerajaan, telah menjalankan misi pemuliharaan karang selama tiga hari di Kampung Salang, Pulau Tioman dari 19 hingga 21 Julai lalu. Usaha itu merangkumi pemantauan kesihatan karang, menjalankan bengkel pendidiklan, dan menghulurkan sumbangan Amal Jariah kepada komuniti Pulau Tioman, yang membuktikan EGTB terhadap kelestarian dan kesejahteraan komuniti.
Menurut Ketua Pegawai Program Reef Check Malaysia, Alvin Chelliah, lebih banyak karang telah mula memutih disebabkan oleh gelombang haba baru-baru ini pada bulan April dan Mei, dengan purata 25 peratus pemutihan karang direkodkan di Johor dan Pahang. 鈥淪ehubungan itu, melalui Leges Divers, Jabatan Perikanan Malaysia telah menggalakkan Etiqa untuk memantau kesihatan karang bagi membantu menentukan langkah pemuliharaan masa hadapan dalam menyelamatkan terumbu karang di Kampung Salang, Pulau Tioman,鈥 katanya dalam kenyataan.
]]>
PROGRAM ALAMILAH MAKMAL ALAMI, ALAF-每日大赛app /alafukm/program-alamilah-makmal-alami-alaf-ukm/ Mon, 09 Sep 2024 07:02:06 +0000 /alafukm/?p=10466

Assalamualaikum wrt dan salam hormat,

Y.Bhg. Prof. Ulung/ Prof./ Tan Sri/ Datuk/ Dato鈥/ Datin/ Tuan/ Puan,

Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app) dengan sukacitanya menjemput warga universiti watan ke Program Alamilah Makmal Alami, ALAF-每日大赛app yang dijadualkan berlangsung seperti maklumat berikut: 

饾棫饾棶饾椏饾椂饾椄饾椀: 饾煭饾煭 饾棪饾棽饾椊饾榿饾棽饾椇饾棷饾棽饾椏 饾煯饾煬饾煯饾煱 (饾棩饾棶饾棷饾槀)
饾棤饾棶饾榾饾棶: 饾煷.饾煰饾煬 饾椊饾棶饾棿饾椂 鈥 饾煴.饾煬饾煬 饾椊饾棽饾榿饾棶饾椈饾棿
饾棫饾棽饾椇饾椊饾棶饾榿: 饾棓饾椄饾棶饾棻饾棽饾椇饾椂饾棶 饾棪饾椂饾棷饾棽饾椏 饾棫饾棽饾椄饾椈饾椉饾椊饾椉饾椆饾椂饾榾 饾棬饾棡饾棤 (饾棓饾棪饾棫)

Program ini bertujuan untuk menyerlahkan kekuatan perkhidmatan yang ada di empat buah Makmal Alami ALAF-每日大赛app iaitu di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Bukit Fraser, Langkawi dan EKOMAR di Mersing dalam memastikan bidang penyelidikan di 每日大赛app sentiasa berjalan aktif seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang telah digariskan oleh 每日大赛app demi kelestarian Universiti.

Kehadiran akan didaftarkan di dalam sistem UrusBakat. Pendaftaran awal kehadiran boleh dibuat melalui link berikut,  Semua dijemput hadir.

]]>
LAWATAN OLEH AHLI PROJEK “ECOMARINE” DARI UNIVERSITY OF CYPRUS (CYPRUS) /alafukm/lawatan-oleh-ahli-projek-ecomarine-dari-university-of-cyprus-cyprus/ Tue, 23 Jul 2024 07:41:38 +0000 /alafukm/?p=8209

Lawatan oleh ahli projek “ECOMARINE” dari University of Cyprus (Cyprus), University of Oviedo (Spain) dan Archipelagos Institue of Marine Conservation (Greece) ke Marine Monitoring Lab, EKOMAR pada 28 Februari hingga 1 Mac 2024

]]>
EKOMAR & KELAB LEGES DIVERS MENJADI RAKAN STRATEGIK ETIQA DALAM ETIQA 1ST SUSTAINABILITY DAY MELALUI PROGRAM PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN PULAU TIOMAN 2022 & 2023 /alafukm/ekomar-kelab-leges-divers-menjadi-rakan-strategik-etiqa-dalam-etiqa-1st-sustainability-day-melalui-program-pemeliharaan-dan-pemuliharaan-pulau-tioman-2022-2023/ Thu, 05 Oct 2023 05:04:57 +0000 /alafukm/?p=2879

Etiqa General Takaful Berhad dengan Kerjasama Kelab Legasi Selam Skuba (LegeS Divers) dan EKOMAR, ALAF-每日大赛app telah mengadakan Program Pemeliharaan dan Pemuliharaan Pulau Tioman 2023 bertempat di Kg Selang, Pulau Tioman pada 18-20 Ogos 2023. Semoga programini memberi impak kepada aktiviti konservasi marin dan Masyarakat setempat.

]]>