PPTC – Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app) /alafukm Tue, 24 Jun 2025 07:28:34 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 /alafukm/wp-content/uploads/2024/07/cropped-Logo-ALAF_Final_OutlineA-Stiky-01-1024x301.png-1-32x32.webp PPTC – Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app) /alafukm 32 32 PROGRAM SULAM ASLI – PIMPIN JALINAN MESRA WATAN @ CHINI 2025 /alafukm/program-sulam-asli-pimpin-jalinan-mesra-watan-chini-2025/ /alafukm/program-sulam-asli-pimpin-jalinan-mesra-watan-chini-2025/#respond Tue, 24 Jun 2025 07:26:37 +0000 /alafukm/?p=12396
Telah berlangsung dengan jayanya Program SULAM ASLI 鈥 Pimpin Jalinan Mesra Watan @ Chini 2025 pada 13 hingga 15 Jun 2025 bertempat di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-每日大赛app. Program ini merupakan anjuran bersama Kumpulan Penyelidikan 每日大赛app-TR2024-047 dan Pusat Pengajian Citra Universiti dengan sokongan strategik daripada PPTC, Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) 每日大赛app, HRD Corp dan Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP), bersempena sambutan National Training Week 2025.
Berteraskan pendekatan komuniti dan kelestarian ilmu, program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti berimpak tinggi seperti lawatan ilmiah ke kawasan Tasik Chini, penghayatan warisan budaya Orang Asli menerusi demonstrasi seni tradisional dan sesi perkongsian bersama tokoh tempatan serta penyelidik pelbagai institusi. Aktiviti merintis denai, berkayak dan riadah turut dilaksanakan bagi mengukuhkan hubungan peserta dengan alam sekitar.
Program turut menyantuni pelajar SK Tasik Chini dan komuniti melalui aktiviti sukaneka, kelas robotik, motivasi, solekan, bahasa isyarat serta pemeriksaan kesihatan dan mata percuma yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan kolaborasi termasuk HRD Corp, Roboshop Technologies serta Persatuan Orang Pekak Pahang.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Puan Nurzatul Norizan Zamri, Ketua Cawangan HRD Corp Pahang. Turut hadir memeriahkan program ialah Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry, Ketua Makmal PPTC, serta Dr. Rozita Ibrahim, Felo Bersekutu PPTC merangkap Ketua Program Citra, yang turut memainkan peranan penting dalam pelaksanaan program ini.
Program ini mencerminkan peranan universiti sebagai pemacu pemerkasaan komuniti melalui integrasi ilmu, budaya dan khidmat masyarakat selaras dengan aspirasi 每日大赛app sebagai universiti watan berteraskan nilai lestari.
]]>
/alafukm/program-sulam-asli-pimpin-jalinan-mesra-watan-chini-2025/feed/ 0
TAHNIAH DAN SYABAS /alafukm/tahniah-dan-syabas-16/ /alafukm/tahniah-dan-syabas-16/#respond Tue, 24 Jun 2025 07:18:23 +0000 /alafukm/?p=12389
Warga ALAF-每日大赛app mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada 饾棧饾槀饾棶饾椈 饾棥饾槀饾椏 饾棓饾椇饾棽饾椆饾椂饾棶 饾棓饾棷饾棶饾榾, Penyelaras Makmal Alami dan Penyelidikan, ALAF-每日大赛app di atas kejayaan memperoleh Projek Penyelidikan Dana Luar Antarabangsa 鈥橉潡曫潡ヰ潡滒潡ю潡滒潡︷潡 饾棓饾棖饾棓饾棗饾棙饾棤饾棳鈥欚潡 饾棦饾棗饾棓 饾棖饾棝饾棓饾棢饾棢饾棙饾棥饾棜饾棙-饾棦饾棩饾棞饾棙饾棥饾棫饾棙饾棗 饾棩饾棙饾棪饾棙饾棓饾棩饾棖饾棝 饾棜饾棩饾棓饾棥饾棫饾棪鈥 daripada The British Academy bagi kajian 鈥滒潡旔潡金潡金潡筐潡拣潡潡梆潡叼潡拆潣 饾棛饾椉饾椏 饾棙饾椈饾棿饾棶饾棿饾椂饾椈饾棿 饾槃饾椂饾榿饾椀 饾棞饾椈饾棻饾椂饾棿饾棽饾椈饾椉饾槀饾榾 饾棡饾椈饾椉饾槃饾椆饾棽饾棻饾棿饾棽 饾棧饾椏饾椉饾棸饾棽饾榾饾榾饾棽饾榾 饾棶饾椈饾棻 饾棝饾椉饾椆饾棻饾棽饾椏饾榾 饾棾饾椉饾椏 饾棗饾椂饾榾饾棶饾榾饾榿饾棽饾椏 饾棩饾椂饾榾饾椄 饾棩饾棽饾榾饾椂饾椆饾椂饾棽饾椈饾棸饾棽: 饾棫饾椀饾棽 饾棖饾棶饾榾饾棽 饾椉饾棾 饾棫饾椀饾棽 饾棫饾棶饾榾饾椂饾椄 饾棖饾椀饾椂饾椈饾椂 饾棔饾椂饾椉饾榾饾椊饾椀饾棽饾椏饾棽 饾棩饾棽饾榾饾棽饾椏饾槂饾棽, 饾棤饾棶饾椆饾棶饾槅饾榾饾椂饾棶鈥 bernilai 拢56,871.25 atau bersamaan RM327,244.11 (Dana diterima 每日大赛app).
Pasukan penyelidik ini turut diwakili oleh:
1. 饾棧饾椏饾椉饾棾. 饾棤饾棶饾棻饾槅饾棶 饾棗饾椏. 饾棧饾棶饾椇饾棽饾椆饾棶 饾棜饾椂饾榾饾棽饾椆饾椆饾棽 饾棡饾棶饾榿饾椂饾棸, Natural Research Institute University of Greenwich, United Kingdom (Ketua Penyelidik)
2. 饾棗饾椏. 饾棥饾槀饾椏饾棾饾棶饾榾饾椀饾棶饾椏饾棽饾棽饾椈饾棶 饾棤饾槀饾椀饾棶饾椇饾棶饾棻, Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), 每日大赛app (Penyelidik Bersama)
3. 饾棗饾椏. 饾棝饾棽饾椈饾椏饾椂饾椄饾棽 饾棥饾棽饾槀饾椀饾棶饾槀饾榾, Natural Research Institute University of Greenwich, United Kingdom (Penyelidik Bersama)
4. 饾棗饾椏. 饾棜饾椂饾椈饾棷饾棽饾椏饾榿 饾棧饾棽饾椏饾椇饾棽饾椃饾椉 饾棖饾槀饾棶饾榿饾椉饾椈, Department of Sociology & Social Policy Lingnan University, Hong Kong (Penyelidik Bersama)
5. 饾棗饾椏. 饾棞饾棾饾棾饾棶饾椀 饾棛饾棶饾椏饾椀饾棶饾椈饾棶 饾棓饾棷饾槀 饾棫饾棶饾椆饾椂饾棷, College of Built Environment, Universiti Teknologi MARA (Penyelidik Bersama)
Syabas dan tahniah diucapkan.
]]>
/alafukm/tahniah-dan-syabas-16/feed/ 0
LAWATAN TAPAK PERKUKUH JALINAN ILMU ANTARA PENYELIDIK DAN KOMUNITI ORANG ASLI TASIK CHINI /alafukm/lawatan-tapak-perkukuh-jalinan-ilmu-antara-penyelidik-dan-komuniti-orang-asli-tasik-chini/ /alafukm/lawatan-tapak-perkukuh-jalinan-ilmu-antara-penyelidik-dan-komuniti-orang-asli-tasik-chini/#respond Fri, 20 Jun 2025 04:08:48 +0000 /alafukm/?p=12145
TASIK CHINI, 8 Mei 2025 鈥 Satu program lawatan tapak (site visit) telah diadakan pada 5 hingga 8 Mei 2025 melibatkan penyelidik dari University of Greenwich (UK), Lingnan University, Pusat Kajian Bencana (SEADPRI-每日大赛app), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-每日大赛app. Lawatan ini adalah sebahagian daripada Projek Penyelidikan bertajuk *鈥淎pproaches for Engaging with Indigenous Knowledge Processes and Holders for Disaster Risk Resilience: The Case of the Tasik Chini Biosphere Reserve, Malaysia.鈥
Program ini bertujuan merapatkan jurang kefahaman budaya serta memperkukuh ketahanan komuniti melalui peningkatan kesedaran mengenai pengurangan risiko bencana (Disaster Risk Reduction 鈥 DRR). Melalui penglibatan yang bermakna, para peserta dan komuniti Orang Asli telah berkongsi pengetahuan, tradisi, dan strategi dalam memperkukuh persediaan menghadapi bencana alam.
Antara objektif utama program ini ialah untuk mempromosikan kefahaman budaya serta hormat-menghormati antara peserta dan komuniti Orang Asli, mengadakan sesi perkongsian pengetahuan berkaitan amalan ekologi tradisional dan persediaan bencana, meningkatkan kesedaran berkenaan strategi DRR yang bersesuaian dengan konteks setempat, serta mewujudkan peluang kerjasama jangka panjang antara institusi pengajian dan komuniti setempat.
Menurut wakil penyelidik, manfaat utama kepada komuniti Orang Asli termasuklah pendedahan kepada konsep DRR moden yang dapat melengkapi pengetahuan tradisional, peningkatan tahap kesediaan terhadap bencana melalui aktiviti praktikal, peluang memperkukuh identiti budaya serta jaringan hubungan dengan agensi akademik dan kerajaan yang berpotensi menyokong pembangunan komuniti di masa depan.
Program ini disertai oleh:
* Nur Amelia Abas (Pusat Penyelidikan Tasik Chini, 每日大赛app)
* Dr Nurfashareena Muhamad (SEADPRI-每日大赛app)
* Dr Iffah Farhana Abu Talib (UiTM)
* Assoc. Prof. Dr Pamela Giselle Katic (University of Greenwich)
* Dr Henrike Neuhaus (University of Greenwich)
* Dr Ginbert Permejo Cuaton (Lingnan University)
Kesimpulannya, program lawatan dan libat urus budaya ini bukan sahaja memberi penekanan terhadap kesedaran bencana dalam kalangan komuniti Orang Asli, malah membuka ruang untuk membina hubungan yang saling menghormati, kerjasama yang berkekalan dan ketahanan komuniti. Dengan sokongan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), inisiatif ini diyakini dapat menyumbang ke arah kelestarian dan kesejahteraan komuniti Orang Asli di Rizab Biosfera Tasik Chini.
]]>
/alafukm/lawatan-tapak-perkukuh-jalinan-ilmu-antara-penyelidik-dan-komuniti-orang-asli-tasik-chini/feed/ 0
49 PELAJAR, 10 PENSYARAH DAN 11 KAKITANGAN UPM TEROKA EKOSISTEM TASIK CHINI DALAM KURSUS TEKNIK LAPANGAN ALAM SEKITAR ESC3020 /alafukm/49-pelajar-10-pensyarah-dan-11-kakitangan-upm-teroka-ekosistem-tasik-chini-dalam-kursus-teknik-lapangan-alam-sekitar-esc3020/ /alafukm/49-pelajar-10-pensyarah-dan-11-kakitangan-upm-teroka-ekosistem-tasik-chini-dalam-kursus-teknik-lapangan-alam-sekitar-esc3020/#respond Fri, 20 Jun 2025 03:35:38 +0000 /alafukm/?p=12100
eramai 49 Pelajar, 10 Pensyarah & 11 Kakitangan Jabatan Sains dan Teknologi Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai Kursus Teknik Lapangan Alam Sekitar ESC3020, satu program intensif selama tiga hari yang memberi pendedahan awal kepada pelajar tahun 1 mengenai prinsip asas, teknik pengukuran dan persampelan parameter alam sekitar.
🔬 Fokus kursus meliputi aspek air, tanah, biota, kesihatan, sisa dan kajian sosial, dengan penekanan kepada analisis serta interpretasi data di lapangan.
🎯 Objektif utama kursus ini:
鈥 Mengemaskini status ekosistem Tasik Chini melalui pemerhatian, kutipan dan analisis data.
鈥 Menggalakkan jaringan profesional antara pelajar, pensyarah, pegawai Jabatan Alam Sekitar dan kakitangan PPTC.
鈥 Mengoptimumkan pengumpulan data berkualiti dalam masa singkat secara kolaboratif.
📌 Antara aktiviti utama yang dijalankan:
鈥 Kajian kerintangan tanah & tahap kebisingan
鈥 Analisis jenis tanah, kestabilan cerun, jurus dan kemiringan
鈥 Penilaian kualiti air melalui penunjuk biologi & analisis dasar tasik
鈥 Pemencilan mikroorganisma air
鈥 Kajian penggunaan tanah & kaitannya dengan perubahan iklim
鈥 Teknik transek & kuadrat bagi biodiversiti flora dan fauna
🌿 Kehadiran mereka bukan sekadar latihan akademik, tetapi juga menyumbang kepada pemuliharaan dan pemahaman ekosistem sensitif seperti Tasik Chini 鈥 satu-satunya Rizab Biosfera UNESCO di Semenanjung Malaysia.
]]>
/alafukm/49-pelajar-10-pensyarah-dan-11-kakitangan-upm-teroka-ekosistem-tasik-chini-dalam-kursus-teknik-lapangan-alam-sekitar-esc3020/feed/ 0
KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN CILIK SK (LKTP) CHINI 2: MELATIH GENERASI PEMIMPIN MASA HADAPAN /alafukm/kem-kepimpinan-pemimpin-cilik-sk-lktp-chini-2-melatih-generasi-pemimpin-masa-hadapan/ /alafukm/kem-kepimpinan-pemimpin-cilik-sk-lktp-chini-2-melatih-generasi-pemimpin-masa-hadapan/#respond Thu, 19 Jun 2025 08:57:21 +0000 /alafukm/?p=12059
24-25 April 2025 鈥 Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) berbesar hati menerima seramai 102 orang pelajar dari SK (LKTP) Chini 2 bagi program Kem Kepimpinan Pemimpin Cilik 2025 yang berlangsung selama dua hari satu malam.
Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah kepimpinan dan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar sekolah rendah melalui pelbagai aktiviti yang memberi fokus kepada pembangunan diri, kerjasama, dan nilai kepimpinan.
Dalam usaha untuk mencapai objektif tersebut, program ini:
鈥 Membangunkan sahsiah kepimpinan dalam kalangan pelajar 鈥 Memberi pendedahan kepada mereka mengenai nilai-nilai kepimpinan yang positif.
鈥 Memperkuatkan disiplin diri 鈥 Melalui aktiviti yang menekankan tanggungjawab, ketekunan, dan kepatuhan terhadap peraturan.
鈥 Menggalakkan kerjasama berpasukan 鈥 Melalui aktiviti berfokuskan penglibatan dalam kumpulan, komunikasi efektif, dan penyelesaian masalah secara kolektif.
鈥 Menjana perkembangan jati diri 鈥 Memberi pelajar peluang untuk mengenali potensi diri dan membina keyakinan dalam melaksanakan tugas kepimpinan.
Dalam konteks Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), program ini menyokong:
饾憜饾惙饾惡 4: 饾憙饾憭饾憶饾憫饾憱饾憫饾憱饾憳饾憥饾憶 饾惖饾憭饾憻饾憳饾憿饾憥饾憴饾憱饾憽饾憱
Memberikan akses kepada pendidikan yang inklusif dan berkualiti, di samping membangunkan kemahiran insaniah penting untuk masa depan generasi muda.
PPTC merakamkan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung, sekaligus menyemarakkan usaha membentuk generasi pemimpin muda berwibawa untuk masa depan negara.
鈥淢embina pemimpin muda bermula di sini!鈥
Terima kasih SK (LKTP) Chini 2 kerana bersama kami di Kem Kepimpinan Pemimpin Cilik 2025.
]]>
/alafukm/kem-kepimpinan-pemimpin-cilik-sk-lktp-chini-2-melatih-generasi-pemimpin-masa-hadapan/feed/ 0
MENEROKA ALAM DAN BUDAYA: DELAGASI SUNWAY IGSC MELAWAT PPTC, ALAF-每日大赛app /alafukm/meneroka-alam-dan-budaya-delagasi-sunway-igsc-melawat-pptc-alaf-ukm/ /alafukm/meneroka-alam-dan-budaya-delagasi-sunway-igsc-melawat-pptc-alaf-ukm/#respond Thu, 19 Jun 2025 08:53:33 +0000 /alafukm/?p=12052
22 April 2025 鈥 Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institute for Global Strategy and Competitiveness (IGSC), Sunway University yang diketuai oleh Prof. Pervaiz K. Ahmed (Director) dan Prof. Santha Vaithilingam (Deputy Director) bersama pasukan penyelidik kanan dan penganalisis penyelidikan.
Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh mengenai keunikan ekosistem Tasik Chini serta warisan budaya komuniti Orang Asli Jakun. Antara pengisian utama program termasuk:
饾懛饾拞饾拸饾拡饾拞饾拸饾拏饾拲饾拏饾拸 饾懍饾挄饾拸饾拹饾拡饾挀饾拏饾拠饾拪 饾懚饾挀饾拏饾拸饾拡 饾懆饾挃饾拲饾拪 饾懕饾拏饾拰饾挅饾拸:
Memberi pendedahan tentang budaya, adat resam, serta cabaran komuniti dalam mempertahankan kelangsungan hidup mereka.
饾懍饾拰饾挃饾拺饾拲饾拹饾挀饾拏饾挃饾拪 饾懐饾挅饾挄饾拏饾拸:
Sesi eksplorasi berpandu mendalami keunikan biodiversiti dan memahami kesan aktiviti manusia terhadap ekosistem hutan.
饾懛饾拞饾拵饾拏饾拤饾拏饾拵饾拏饾拸 饾懍饾拰饾拹饾拲饾拹饾拡饾拪 饾懟饾拏饾挃饾拪饾拰 饾應饾拤饾拪饾拸饾拪:
Penerangan mengenai kepentingan ekologi tasik, isu pencemaran, kemerosotan habitat, dan inisiatif pemuliharaan yang sedang dilaksanakan.
Objektif utama lawatan ini adalah untuk memahami cabaran semasa, termasuk kemerosotan alam sekitar akibat pembalakan, perlombongan, serta perubahan sosio-ekonomi yang memberi kesan kepada kehidupan masyarakat Orang Asli Jakun.
Lawatan ini turut menyokong pencapaian beberapa Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), antaranya:
SDG 4: Pendidikan Berkualiti 鈥 Menyediakan pengalaman pembelajaran secara langsung tentang alam sekitar dan budaya.
SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan 鈥 Menyoroti usaha melestarikan budaya komuniti Orang Asli dalam persekitaran moden.
SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim 鈥 Meningkatkan kesedaran tentang kesan perubahan iklim terhadap ekosistem semula jadi.
SDG 15: Kehidupan di Daratan 鈥 Menekankan kepentingan memelihara biodiversiti dan habitat hutan.
PPTC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak IGSC, Sunway University atas kepercayaan yang diberikan, dan berharap lawatan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih erat dalam bidang pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan komuniti di masa hadapan.
]]>
/alafukm/meneroka-alam-dan-budaya-delagasi-sunway-igsc-melawat-pptc-alaf-ukm/feed/ 0
SAMBUTAN HARI RIZAB BIOSFERA ANTARABANGSA @ TASIK CHINI RIZAB BIOSERA /alafukm/sambutan-hari-rizab-biosfera-antarabangsa-tasik-chini-rizab-biosera/ /alafukm/sambutan-hari-rizab-biosfera-antarabangsa-tasik-chini-rizab-biosera/#respond Mon, 09 Jun 2025 04:35:00 +0000 /alafukm/?p=11734
📅: 25 Februari 2025 (Selasa)
🕰 : 9.00 Pagi
📍: Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) 每日大赛app, Tasik Chini
Hari ini berlangsungnya Sambutan Hari Rizab Biosfera Antarabangsa @ Tasik Chini. Mari sama-sama memeriahkan sambutan kali ini . Pelbagai aktiviti, persembahan, gerai jualan serta perkongsian ilmu turut disediakan untuk anda! Jemput hadir beramai-ramai!
]]>
/alafukm/sambutan-hari-rizab-biosfera-antarabangsa-tasik-chini-rizab-biosera/feed/ 0
FORUM PEMULIHARAAN TERATAI: PERKONGSIAN KHAS IKON UTAMA TASIK CHINI /alafukm/forum-pemuliharaan-teratai-perkongsian-khas-ikon-utama-tasik-chini/ /alafukm/forum-pemuliharaan-teratai-perkongsian-khas-ikon-utama-tasik-chini/#respond Thu, 05 Jun 2025 05:26:15 +0000 /alafukm/?p=11467
Pada 15 Januari 2025 (Rabu), Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah menganjurkan Forum Pemuliharaan Teratai: Ikon Utama Tasik Chini dengan menampilkan Prof. Dato鈥 Seri Dr. Mushrifah Idris, Profesor Kehormat, ALAF-每日大赛app dan Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa鈥檃riwijaya, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-每日大赛app bertempat di Pusat Kemudahan, KAB.
Forum ini bertujuan untuk mengupas mengenai kepentingan memelihara dan memulihara teratai serta kesannya kepada ekosistem tasik. Perkongsian dalam sesi forum ini bukan hanya sekadar sesi perkongsian ilmu namun ianya merupakan pendedahan awal kepada para pelajar Kolej Aminuddin Baki (KAB) yang akan melaksanakan aktiviti amali dengan menanam sendiri bunga teratai di Tasik Chini semasa lawatan ke PPTC yang dijadualkan berlangsung pada Februari nanti.
Para pelajar yang hadir telah diberikan pendedahan awal bagi persiapan aktiviti menanam teratai meliputi kaedah dan prosedur yang tepat di mana program ini bakal melibatkan penyertaan seramai 80 orang pelajar Kolej Aminuddin Baki.
ALAF-每日大赛app menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada pihak Kolej Aminuddin Baki di atas penganjuran forum yang amat bermakna ini.
]]>
/alafukm/forum-pemuliharaan-teratai-perkongsian-khas-ikon-utama-tasik-chini/feed/ 0
TAHNIAH DAN SYABAS! /alafukm/tahniah-dan-syabas-9/ /alafukm/tahniah-dan-syabas-9/#respond Thu, 05 Jun 2025 05:06:36 +0000 /alafukm/?p=11422
Warga ALAF-每日大赛app mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada Dr. Rozita Ibrahim, Felo Bersekutu Pusat Penyelidikan Tasik Chini, ALAF-每日大赛app di atas kejayaan memperoleh dana (Geran Translasi 每日大赛app Tahun 2024) bagi kajian Pembangunan Permainan Dalam Talian Bertemakan UNESCO TCRB Melalui Sulam Untuk Advokasi Komuniti Orang Asli berjumlah RM69,000.
Pasukan penyelidik ini turut diwakili oleh Prof. Madya Dr. Khairunneezam Mohd Noor (USIM), Dr. Nasrudin Subhi, Dr. Sakhinah Abu Bakar, Dr. Nurul Hanis Aminuddin Jafry serta Puan. Nur聽Amelia聽Abas.
Syabas dan tahniah聽diucapkan.
]]>
/alafukm/tahniah-dan-syabas-9/feed/ 0
FESTIVAL FABRIKASI: PPTC, ALAF-每日大赛app MEMPERKASAKAN WARISAN SEMULA JADI MELALUI SENI DAN KREATIVITI /alafukm/festival-fabrikasi-pptc-alaf-ukm-memperkasakan-warisan-semula-jadi-melalui-seni-dan-kreativiti/ /alafukm/festival-fabrikasi-pptc-alaf-ukm-memperkasakan-warisan-semula-jadi-melalui-seni-dan-kreativiti/#respond Mon, 16 Dec 2024 06:39:02 +0000 /alafukm/?p=11194
ALAF-每日大赛app melalui Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menghadiri Program Warna Warni Botani: Festival Fabrikasi anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) yang berlangsung pada 5 Disember 2024 bertempat di Taman Rimba Bukit Lagong, MPS.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli merasmikan program yang dihadiri oleh Pengerusi PSJKM, Dato鈥 Fully Chye Goet Lee, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri Taman Templer, Puan Anfaal Saari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Tuan Shahman Jalaludin.
Program yang berlangsung selama empat hari ini bertujuan mempromosikan kaedah mengekstrak warna semula jadi dari tumbuhan ke atas sehelai fabrik dan juga menyebarkan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar. PPTC mengambil inisiatif mempamerkan hasil seni kreatif masyarakat Orang Asli Tasik Chini, termasuk pakaian eco-printing dan produk kraf tangan. Penyertaan PPTC dalam program ini menggariskan peranan penting Orang Asli sebagai penjaga khazanah alam dan warisan tradisional.
Dalam pada itu, Prof. Dato鈥 Sri Dr. Mushrifah Idris, Profesor Kehormat 每日大赛app, Lantikan Gig Akademik ALAF-每日大赛app telah menerima anugerah penghormatan daripada PSJKM atas usaha beliau yang berterusan dalam memperjuang dan mengangkat nilai-nilai seni kreativiti negara melalui penggunaan sumber asli alam sekitar.
]]>
/alafukm/festival-fabrikasi-pptc-alaf-ukm-memperkasakan-warisan-semula-jadi-melalui-seni-dan-kreativiti/feed/ 0