SDG 15 – Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app) /alafukm Tue, 24 Jun 2025 08:44:56 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 /alafukm/wp-content/uploads/2024/07/cropped-Logo-ALAF_Final_OutlineA-Stiky-01-1024x301.png-1-32x32.webp SDG 15 – Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app) /alafukm 32 32 100 SUKARELAWAN SERTAI PROGRAM KUDAH SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA /alafukm/100-sukarelawan-sertai-program-kudah-sempena-sambutan-hari-alam-sekitar-sedunia/ /alafukm/100-sukarelawan-sertai-program-kudah-sempena-sambutan-hari-alam-sekitar-sedunia/#respond Tue, 24 Jun 2025 08:43:14 +0000 /alafukm/?p=12487
Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 telah berjaya dianjurkan di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi dengan penyertaan sekitar 100 orang sukarelawan. Program ini merupakan inisiatif bersama ALAF-每日大赛app, Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia (NRES), Maribumi Starchtec, Politeknik Port Dickson serta MyFundAction.
Melalui pendekatan gabungan pendidikan awam dan aktiviti komuniti, KUDAH menjadi wadah untuk menyemai kesedaran serta membudayakan amalan kelestarian dalam kalangan masyarakat setempat.
Turut hadir memeriahkan program ialah Pengarah ALAF-每日大赛app, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Pengurus Tenaga Lestari MGTC, Encik Muhamad Muhtazam Noor Din, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Dasar Inisiatif Lestari NRES, Encik Muhammad Hidayatullah Nasrul dan Ketua Pegawai Eksekutif Maribumi Starchtec, Ar. M. Faizal Zainol.
Program KUDAH ini bukan sahaja mencerminkan komitmen terhadap pemuliharaan alam, tetapi juga menonjolkan potensi kolaborasi rentas agensi dalam menjayakan agenda kelestarian negara.
]]>
/alafukm/100-sukarelawan-sertai-program-kudah-sempena-sambutan-hari-alam-sekitar-sedunia/feed/ 0
PROGRAM SULAM ASLI – PIMPIN JALINAN MESRA WATAN @ CHINI 2025 /alafukm/program-sulam-asli-pimpin-jalinan-mesra-watan-chini-2025/ /alafukm/program-sulam-asli-pimpin-jalinan-mesra-watan-chini-2025/#respond Tue, 24 Jun 2025 07:26:37 +0000 /alafukm/?p=12396
Telah berlangsung dengan jayanya Program SULAM ASLI 鈥 Pimpin Jalinan Mesra Watan @ Chini 2025 pada 13 hingga 15 Jun 2025 bertempat di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-每日大赛app. Program ini merupakan anjuran bersama Kumpulan Penyelidikan 每日大赛app-TR2024-047 dan Pusat Pengajian Citra Universiti dengan sokongan strategik daripada PPTC, Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) 每日大赛app, HRD Corp dan Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP), bersempena sambutan National Training Week 2025.
Berteraskan pendekatan komuniti dan kelestarian ilmu, program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti berimpak tinggi seperti lawatan ilmiah ke kawasan Tasik Chini, penghayatan warisan budaya Orang Asli menerusi demonstrasi seni tradisional dan sesi perkongsian bersama tokoh tempatan serta penyelidik pelbagai institusi. Aktiviti merintis denai, berkayak dan riadah turut dilaksanakan bagi mengukuhkan hubungan peserta dengan alam sekitar.
Program turut menyantuni pelajar SK Tasik Chini dan komuniti melalui aktiviti sukaneka, kelas robotik, motivasi, solekan, bahasa isyarat serta pemeriksaan kesihatan dan mata percuma yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan kolaborasi termasuk HRD Corp, Roboshop Technologies serta Persatuan Orang Pekak Pahang.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Puan Nurzatul Norizan Zamri, Ketua Cawangan HRD Corp Pahang. Turut hadir memeriahkan program ialah Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry, Ketua Makmal PPTC, serta Dr. Rozita Ibrahim, Felo Bersekutu PPTC merangkap Ketua Program Citra, yang turut memainkan peranan penting dalam pelaksanaan program ini.
Program ini mencerminkan peranan universiti sebagai pemacu pemerkasaan komuniti melalui integrasi ilmu, budaya dan khidmat masyarakat selaras dengan aspirasi 每日大赛app sebagai universiti watan berteraskan nilai lestari.
]]>
/alafukm/program-sulam-asli-pimpin-jalinan-mesra-watan-chini-2025/feed/ 0
TAHNIAH DAN SYABAS /alafukm/tahniah-dan-syabas-16/ /alafukm/tahniah-dan-syabas-16/#respond Tue, 24 Jun 2025 07:18:23 +0000 /alafukm/?p=12389
Warga ALAF-每日大赛app mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada 饾棧饾槀饾棶饾椈 饾棥饾槀饾椏 饾棓饾椇饾棽饾椆饾椂饾棶 饾棓饾棷饾棶饾榾, Penyelaras Makmal Alami dan Penyelidikan, ALAF-每日大赛app di atas kejayaan memperoleh Projek Penyelidikan Dana Luar Antarabangsa 鈥橉潡曫潡ヰ潡滒潡ю潡滒潡︷潡 饾棓饾棖饾棓饾棗饾棙饾棤饾棳鈥欚潡 饾棦饾棗饾棓 饾棖饾棝饾棓饾棢饾棢饾棙饾棥饾棜饾棙-饾棦饾棩饾棞饾棙饾棥饾棫饾棙饾棗 饾棩饾棙饾棪饾棙饾棓饾棩饾棖饾棝 饾棜饾棩饾棓饾棥饾棫饾棪鈥 daripada The British Academy bagi kajian 鈥滒潡旔潡金潡金潡筐潡拣潡潡梆潡叼潡拆潣 饾棛饾椉饾椏 饾棙饾椈饾棿饾棶饾棿饾椂饾椈饾棿 饾槃饾椂饾榿饾椀 饾棞饾椈饾棻饾椂饾棿饾棽饾椈饾椉饾槀饾榾 饾棡饾椈饾椉饾槃饾椆饾棽饾棻饾棿饾棽 饾棧饾椏饾椉饾棸饾棽饾榾饾榾饾棽饾榾 饾棶饾椈饾棻 饾棝饾椉饾椆饾棻饾棽饾椏饾榾 饾棾饾椉饾椏 饾棗饾椂饾榾饾棶饾榾饾榿饾棽饾椏 饾棩饾椂饾榾饾椄 饾棩饾棽饾榾饾椂饾椆饾椂饾棽饾椈饾棸饾棽: 饾棫饾椀饾棽 饾棖饾棶饾榾饾棽 饾椉饾棾 饾棫饾椀饾棽 饾棫饾棶饾榾饾椂饾椄 饾棖饾椀饾椂饾椈饾椂 饾棔饾椂饾椉饾榾饾椊饾椀饾棽饾椏饾棽 饾棩饾棽饾榾饾棽饾椏饾槂饾棽, 饾棤饾棶饾椆饾棶饾槅饾榾饾椂饾棶鈥 bernilai 拢56,871.25 atau bersamaan RM327,244.11 (Dana diterima 每日大赛app).
Pasukan penyelidik ini turut diwakili oleh:
1. 饾棧饾椏饾椉饾棾. 饾棤饾棶饾棻饾槅饾棶 饾棗饾椏. 饾棧饾棶饾椇饾棽饾椆饾棶 饾棜饾椂饾榾饾棽饾椆饾椆饾棽 饾棡饾棶饾榿饾椂饾棸, Natural Research Institute University of Greenwich, United Kingdom (Ketua Penyelidik)
2. 饾棗饾椏. 饾棥饾槀饾椏饾棾饾棶饾榾饾椀饾棶饾椏饾棽饾棽饾椈饾棶 饾棤饾槀饾椀饾棶饾椇饾棶饾棻, Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), 每日大赛app (Penyelidik Bersama)
3. 饾棗饾椏. 饾棝饾棽饾椈饾椏饾椂饾椄饾棽 饾棥饾棽饾槀饾椀饾棶饾槀饾榾, Natural Research Institute University of Greenwich, United Kingdom (Penyelidik Bersama)
4. 饾棗饾椏. 饾棜饾椂饾椈饾棷饾棽饾椏饾榿 饾棧饾棽饾椏饾椇饾棽饾椃饾椉 饾棖饾槀饾棶饾榿饾椉饾椈, Department of Sociology & Social Policy Lingnan University, Hong Kong (Penyelidik Bersama)
5. 饾棗饾椏. 饾棞饾棾饾棾饾棶饾椀 饾棛饾棶饾椏饾椀饾棶饾椈饾棶 饾棓饾棷饾槀 饾棫饾棶饾椆饾椂饾棷, College of Built Environment, Universiti Teknologi MARA (Penyelidik Bersama)
Syabas dan tahniah diucapkan.
]]>
/alafukm/tahniah-dan-syabas-16/feed/ 0
KUNJUNGAN MESRA DELEGASI ECONOMIC RESEARCH INSTITUTE FOR ASEAN AND EAST ASEA (ERIA) /alafukm/kunjungan-mesra-delegasi-economic-research-institute-for-asean-and-east-asea-eria/ /alafukm/kunjungan-mesra-delegasi-economic-research-institute-for-asean-and-east-asea-eria/#respond Tue, 24 Jun 2025 07:05:36 +0000 /alafukm/?p=12364
Pusat Penyelidikan Langkawi 每日大赛app hari ini telah menerima kunjungan mesra delegasi Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA) yang beroperasi di Jakarta, Indonesia yang diketuai oleh Profesor Tetsuya Watanabe, President of ERIA.
Naib Canselor 每日大赛app, Prof Sufian Jusoh menyambut baik lawatan ini, serta menyifatkannya sebagai peluang kolaborasi jangka panjang di antara kedua-dua organisasi. Delegasi turut dibawa melawat Kilim Geoforest Park Langkawi yang menjadi sebahagian lokasi penyelidikan dan aktiviti kemasyarakatan para penyelidik 每日大赛app.
Turut hadir, Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal yang menjalankan fungsi sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) 每日大赛app, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Pengarah ALAF 每日大赛app dan Prof Madya Dr. Shazli Ezzat Ghazali, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat 每日大赛app.
]]>
/alafukm/kunjungan-mesra-delegasi-economic-research-institute-for-asean-and-east-asea-eria/feed/ 0
TAHNIAH DAN SYABAS 每日大赛app /alafukm/tahniah-dan-syabas-ukm-2/ /alafukm/tahniah-dan-syabas-ukm-2/#respond Tue, 24 Jun 2025 06:59:07 +0000 /alafukm/?p=12349
Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) mencatat lonjakan sebanyak 215 anak tangga ke kedudukan ke-53 dunia daripada kedudukan 201鈥300 pada tahun sebelumnya dalam penarafan Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2025.
Penarafan Impak THE menilai komitmen institusi terhadap 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui penyelidikan, pendidikan, jangkauan komuniti dan pengurusan kelestarian kampus.
每日大赛app membuktikan kecemerlangannya apabila 15 daripada 17 SDG yang dinilai berada dalam kelompok 100 terbaik dunia.
Turut membanggakan, dua SDG yang tersenarai dalam 10 terbaik dunia adalah SDG 1: Tiada Kemiskinan (Kedudukan #8) dan SDG 17: Kerjasama Demi Matlamat (Kedudukan #8).
每日大赛app turut berjaya meraih kedudukan pertama di Malaysia bagi empat SDG, iaitu SDG 2: Sifar Kelaparan, SDG 3: Kesihatan yang Baik dan Sejahtera, SDG 5: Kesaksamaan Gender dan SDG 12: Penggunaan dan Penghasilan yang Bertanggungjawab.
Pencapaian gemilang ini mencerminkan dedikasi, sinergi dan usaha berterusan seluruh warga 每日大赛app dalam menjadikan agenda kelestarian sebagai teras penting universiti, sekali gus mengukuhkan kedudukan 每日大赛app di persada antarabangsa sebagai universiti peneraju kelestarian global.
]]>
/alafukm/tahniah-dan-syabas-ukm-2/feed/ 0
JOM SERTAI PROGRAM KUDAH (KUTIP SAMPAH SAMBIL RIADAH) /alafukm/jom-sertai-program-kudah-kutip-sampah-sambil-riadah/ /alafukm/jom-sertai-program-kudah-kutip-sampah-sambil-riadah/#respond Tue, 24 Jun 2025 06:54:53 +0000 /alafukm/?p=12342
ALAF-每日大赛app dengan Kerjasama Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC) akan menganjurkan Program KUDAH: Kutip Sampah Sambil Riadah bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025. Butiran program adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 21 Jun 2025 (Sabtu)
🕢 Masa: 7.15 pagi
📍 Lokasi: Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi (Lokas Berkumpul: )
Program ini merupakan inisiatif lestari bagi memupuk kesedaran awam tentang kepentingan kebersihan alam sekitar sambil beriadah di samping meningkatkan semangat kerjasama antara komuniti, sektor industri dan institusi akademik.
Bersama-sama kita jayakan usaha ini untuk mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, hijau dan sihat.
]]>
/alafukm/jom-sertai-program-kudah-kutip-sampah-sambil-riadah/feed/ 0
AKTIVITI PENYELIDIKAN LAPANGAN FLORA FAUNA TANAH TINGGI @ PUSAT PENYELIDIKAN BUKIT FRASER, ALAF-每日大赛app /alafukm/aktiviti-penyelidikan-lapangan-flora-fauna-tanah-tinggi-pusat-penyelidikan-bukit-fraser-alaf-ukm/ /alafukm/aktiviti-penyelidikan-lapangan-flora-fauna-tanah-tinggi-pusat-penyelidikan-bukit-fraser-alaf-ukm/#respond Tue, 24 Jun 2025 06:44:43 +0000 /alafukm/?p=12312
Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, ALAF-每日大赛app telah melaksanakan aktiviti penyelidikan lapangan melibatkan beberapa pelajar 每日大赛app yang memberi tumpuan kepada ekosistem tanah tinggi, termasuk penyelidikan herbarium serta dokumentasi flora dan fauna unik Bukit Fraser.
Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Dr. Shamsul Khamis, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, yang turut membimbing peserta dalam teknik persampelan, pemetaan spesies tumbuhan dan pemerhatian haiwan di lapangan.
Hasil penyelidikan bukan sahaja memperkayakan pengetahuan peserta dalam bidang biodiversiti, malah menyumbang kepada usaha konservasi dan dokumentasi spesies tanah tinggi yang semakin terancam. Tahniah kepada semua peserta yang terlibat.
]]>
/alafukm/aktiviti-penyelidikan-lapangan-flora-fauna-tanah-tinggi-pusat-penyelidikan-bukit-fraser-alaf-ukm/feed/ 0
SELAMAT MENYAMBUT HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2025 /alafukm/selamat-menyambut-hari-alam-sekitar-sedunia-2025/ /alafukm/selamat-menyambut-hari-alam-sekitar-sedunia-2025/#respond Tue, 24 Jun 2025 04:41:03 +0000 /alafukm/?p=12277
Disambut setiap 5 Jun, Hari Alam Sekitar Sedunia merupakan platform utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menggerakkan kesedaran dan tindakan global demi alam sekitar.
Bertemakan 鈥淏eat Plastic Pollution鈥, tahun ini kita diberi peringatan tentang keperluan mendesak untuk membendung pencemaran plastik yang mengancam ekosistem, kesihatan manusia dan hidupan laut. Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2025, marilah kita bertindak memelihara bumi daripada terus dibelenggu pencemaran plastik. Langkah kecil kita hari ini seperti kurangkan penggunaan plastik sekali guna, bawa beg dan botol sendiri, sokong inovasi hijau serta ekonomi kitar semula mampu menyelamatkan generasi akan datang.
Selamat Menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia 2025.
]]>
/alafukm/selamat-menyambut-hari-alam-sekitar-sedunia-2025/feed/ 0
ANTHROPOCENE ANCAM KARANG, SUMBER MAKANAN /alafukm/anthropocene-ancam-karang-sumber-makanan/ /alafukm/anthropocene-ancam-karang-sumber-makanan/#respond Tue, 24 Jun 2025 04:29:52 +0000 /alafukm/?p=12256
Timbalan Pengarah (Pembangunan dan Strategik), Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal Universiti Kebangsaan Malaysia (ALAF-每日大赛app), Profesor Dr. Zaidi Che Cob berkata, Malaysia berada pada era Anthropocene ekoran peningkatan suhu, pengasidan laut, pencemaran plastik yang tiada penghujung dan penangkapan ikan berlebihan.
Berita penuh di
]]>
/alafukm/anthropocene-ancam-karang-sumber-makanan/feed/ 0
TAHNIAH DAN SYABAS /alafukm/tahniah-dan-syabas-15/ /alafukm/tahniah-dan-syabas-15/#respond Tue, 24 Jun 2025 03:52:56 +0000 /alafukm/?p=12242
Warga ALAF-每日大赛app mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada 饾悆饾惈. 饾悞饾悺饾悮饾惁饾惉饾惍饾惀 饾悐饾悺饾悮饾惁饾悽饾惉, 饾悐饾悶饾惌饾惍饾悮 饾悓饾悮饾悿饾惁饾悮饾惀 饾悘饾惍饾惉饾悮饾惌 饾悘饾悶饾惂饾惒饾悶饾惀饾悽饾悵饾悽饾悿饾悮饾惂 饾悂饾惍饾悿饾悽饾惌 饾悈饾惈饾悮饾惉饾悶饾惈, 饾悁饾悑饾悁饾悈-饾悢饾悐饾悓 di atas kejayaan memperoleh dana (Geran Penyelidikan ) bagi kajian The Reassessment and Development of The Integrated Management Plan for Gambut Land, Southern Pahang 2026 鈥 2035 berjumlah RM480,000.00.
Syabas dan tahniah diucapkan.
]]>
/alafukm/tahniah-dan-syabas-15/feed/ 0