SDG2 – Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal ÿÈÕ´óÈüapp (ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp) /alafukm Tue, 24 Jun 2025 07:02:28 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 /alafukm/wp-content/uploads/2024/07/cropped-Logo-ALAF_Final_OutlineA-Stiky-01-1024x301.png-1-32x32.webp SDG2 – Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal ÿÈÕ´óÈüapp (ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp) /alafukm 32 32 TAHNIAH DAN SYABAS ÿÈÕ´óÈüapp /alafukm/tahniah-dan-syabas-ukm-2/ /alafukm/tahniah-dan-syabas-ukm-2/#respond Tue, 24 Jun 2025 06:59:07 +0000 /alafukm/?p=12349
Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) mencatat lonjakan sebanyak 215 anak tangga ke kedudukan ke-53 dunia daripada kedudukan 201–300 pada tahun sebelumnya dalam penarafan Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2025.
Penarafan Impak THE menilai komitmen institusi terhadap 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui penyelidikan, pendidikan, jangkauan komuniti dan pengurusan kelestarian kampus.
ÿÈÕ´óÈüapp membuktikan kecemerlangannya apabila 15 daripada 17 SDG yang dinilai berada dalam kelompok 100 terbaik dunia.
Turut membanggakan, dua SDG yang tersenarai dalam 10 terbaik dunia adalah SDG 1: Tiada Kemiskinan (Kedudukan #8) dan SDG 17: Kerjasama Demi Matlamat (Kedudukan #8).
ÿÈÕ´óÈüapp turut berjaya meraih kedudukan pertama di Malaysia bagi empat SDG, iaitu SDG 2: Sifar Kelaparan, SDG 3: Kesihatan yang Baik dan Sejahtera, SDG 5: Kesaksamaan Gender dan SDG 12: Penggunaan dan Penghasilan yang Bertanggungjawab.
Pencapaian gemilang ini mencerminkan dedikasi, sinergi dan usaha berterusan seluruh warga ÿÈÕ´óÈüapp dalam menjadikan agenda kelestarian sebagai teras penting universiti, sekali gus mengukuhkan kedudukan ÿÈÕ´óÈüapp di persada antarabangsa sebagai universiti peneraju kelestarian global.
]]>
/alafukm/tahniah-dan-syabas-ukm-2/feed/ 0
MAJLIS HARMONI RAYA ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp /alafukm/majlis-harmoni-raya-alaf-ukm/ /alafukm/majlis-harmoni-raya-alaf-ukm/#respond Mon, 09 Jun 2025 09:43:02 +0000 /alafukm/?p=11973
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal ÿÈÕ´óÈüapp (ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp) telah menganjurkan Majlis Harmoni Raya Bersama ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp bertempat di Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), Tanjung Resang, Mersing pada 10 April 2025. Majlis ini dianjurkan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H dan bertujuan meraikan kemeriahan Syawal bersama warga kerja, rakan strategik serta komuniti setempat dalam suasana penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Majlis yang dihadiri kira-kira 200 orang tetamu ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, yang turut menjalankan fungsi sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat ÿÈÕ´óÈüapp.
Sebagai manifestasi tanggungjawab sosial universiti kepada masyarakat, ÿÈÕ´óÈüapp melalui ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada 10 buah keluarga dari komuniti Tanjung Resang serta sumbangan khas kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Puan Hir Yanti Md Tahir, Timbalan Pengarah Instrumentasi dan Perkhidmatan Makmal ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp, Prof. Dr. Zaidi Che Cob, Timbalan Pengarah Pembangunan dan Strategi ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp, Puan Nur Faearahani Apendi, Wakil Rasmi Pegawai Daerah Mersing, Dr. Nur Shuhadah Mohd, Ketua Jabatan Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, UIAM, Encik Mohd Alzam Mohd Affandy, Wakil Pertubuhan NGO Tengah Island Conservation (TIC), Encik Masanizam Edris, Wakil Pertubuhan Anak-Anak Yatim Islam Mersing serta Encik Azhar Dato’ Zainal Abidin, YDP Majlis Gabungan Belia Mersing.
]]>
/alafukm/majlis-harmoni-raya-alaf-ukm/feed/ 0
MAJLIS TAUTAN KASIH RAMADAN ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp BERSAMA KOMUNITI BUKIT FRASER /alafukm/majlis-tautan-kasih-ramadan-alaf-ukm-bersama-komuniti-bukit-fraser/ /alafukm/majlis-tautan-kasih-ramadan-alaf-ukm-bersama-komuniti-bukit-fraser/#respond Mon, 09 Jun 2025 09:14:23 +0000 /alafukm/?p=11921
Alhamdulillah, semalam telah berlangsung dengan jayanya Majlis Tautan Kasih Ramadan Bersama Komuniti Bukit Fraser anjuran Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp bertempat di Masjid Sultan Mahmud, Bukit Fraser, Pahang. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp dan penduduk setempat dengan berbuka puasa bersama-sama dengan cara bergotong-royong dalam menyediakan juadah berbuka puasa yang dihadiri kira-kira 60 orang penduduk setempat.
Majlis ini dimulakan dengan acara bergotong-royong menyediakan juadah seawal jam 3 petang, kemudian diteruskan dengan acara berbuka puasa, solat Maghrib dan Isyak serta solat Terawih berjemaah. Dalam pada itu, seramai 8 orang penerima daripada komuniti ini turut menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian dan sumbangan hari raya yang telah disempurnakan oleh Pengarah ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin. Turut hadir sama pada majlis ini Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, Dr. Shamsul Khamis.
]]>
/alafukm/majlis-tautan-kasih-ramadan-alaf-ukm-bersama-komuniti-bukit-fraser/feed/ 0
MAJLIS JALINAN IFTAR CAHAYA RAMADAN ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp 2025 /alafukm/majlis-jalinan-iftar-cahaya-ramadan-alaf-ukm-2025/ /alafukm/majlis-jalinan-iftar-cahaya-ramadan-alaf-ukm-2025/#respond Mon, 09 Jun 2025 08:58:29 +0000 /alafukm/?p=11894
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal ÿÈÕ´óÈüapp (ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp) telah menganjurkan Majlis Jalinan Iftar Cahaya Ramadan bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) pada 13 Mac 2025. Seramai 21 orang anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Darul Izzah Bangi diraikan dalam majlis ini sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan warga ÿÈÕ´óÈüapp kepada golongan yang memerlukan.
Pada majlis tersebut, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi, yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani menyerahkan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim rumah kebajikan tersebut.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Timbalan Pengarah Pembangunan dan Strategi ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp, Prof. Dr. Zaidi Che Cob, Profesor Kehormat ÿÈÕ´óÈüapp, Prof. Dato’ Sri Dr. Mushrifah Idris dan Pengerusi Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Encik Norafizal Japperi.
]]>
/alafukm/majlis-jalinan-iftar-cahaya-ramadan-alaf-ukm-2025/feed/ 0