{"id":8151,"date":"2024-07-23T14:59:25","date_gmt":"2024-07-23T06:59:25","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/alafukm\/?p=8151"},"modified":"2024-07-23T15:02:12","modified_gmt":"2024-07-23T07:02:12","slug":"majlis-perasmian-penutupan-cultural-exchange-program-with-aboriginal-education-center-university-of-adelaide-bersempena-hari-tanah-lembap-sedunia-di-royale-ballroom-hotel-ancasa-royale-pekan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/alafukm\/majlis-perasmian-penutupan-cultural-exchange-program-with-aboriginal-education-center-university-of-adelaide-bersempena-hari-tanah-lembap-sedunia-di-royale-ballroom-hotel-ancasa-royale-pekan\/","title":{"rendered":"MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN CULTURAL EXCHANGE PROGRAM WITH ABORIGINAL EDUCATION CENTER, UNIVERSITY OF ADELAIDE BERSEMPENA HARI TANAH LEMBAP SEDUNIA DI ROYALE BALLROOM HOTEL ANCASA ROYALE PEKAN"},"content":{"rendered":"\t\t
\n\t\t\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t
\n\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t
Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah dijemput sebagai pembentang dan pempamer di Majlis Peramian Penutupan Cultural Exchange Program bersama Aboriginal Education Center, University of Adelaide bersempena Hari Tanah Lembap Sedunia di Royale Ballroom Hotel Ancasa Royale Pekan pada 7 Februari 2024.<\/div><\/div>
Objektif majlis ini adalah untuk menegaskan kepentingan keterhubungan di antara tanah lembap dan kesinambungan hidup manusia serta hubung kait di antara pemeliharaan tanah-tanah lembap yang wujud di seluruh dunia dengan kesejahteraan insan di sekelilingnya. Usaha pemuliharaan tanah lembap ini memfokuskan Tasek Bera sebagai Tapak Ramsar dan Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera pertama di Malaysia di bawah Program Manusia dan Biosfera (MAB) UNESCO.<\/div><\/div>
Hal ini kerana, ekosistem tanah lembap memiliki nilai pemuliharaan yang tinggi dari segi nilai ekonomi dan faedah perkhidmatan ekosistem, malah ianya menjadi wajah kepada pemeliharaan tradisi dan kebudayaan masyarakat orang asli di negeri Pahang.<\/div><\/div>
Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk \u201cPeranan dan Kepelbagaian Biologi di Tasik Chini Rizab Biosfera\u201d oleh Prof Dato\u2019 Sri Musrifah Hj Idris, Gig Akademik Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app) dimana membincangkan Tasik Chini sebagai rizab biosfera, pencapaian, serta isu yang dihadapi untuk kesedaran semua. Di samping itu, pihak PPTC juga telah diberikan reruai untuk mempamerkan hasil-hasil kraftangan dari Orang Asli Tasik Chini berserta ruang paparan maklumat untuk kunjungan pelawat.<\/div><\/div>
Majlis perasmian penutupan ini disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan dijayakan dengan kerjasama Majlis Biodiversiti Pahang (MBP), Universiti Adelaide, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Univesiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia (PELINDUNG).<\/div><\/div>\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/section>\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t
\n\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t
\n\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/section>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/section>\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t
\n\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t\t