ÿÈÕ´óÈüapp

Lawatan Delegasi Universitas Indonesia ke
Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan ÿÈÕ´óÈüapp

Cheras, 19 Ogos 2025 – Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universitas Indonesia, Fakultas Kedokteran dalam satu lawatan akademik yang bertujuan memperkukuh kerjasama antara kedua-dua institusi.

Delegasi tersebut diketuai oleh Sasanthy Kusumaningtyas, Ketua Departemen Anatomi Universitas Indonesia, bersama Deswaty Furqonita selaku Ketua Makmal Anatomi, Drg. Haamid Hasan Haikal (staf Jabatan Anatomi), Wahyudin (Juruteknik Makmal Anatomi), dan Farah Fadhilah Rosyadi selaku Penyelaras Program Lawatan Jabatan Anatomi.

Lawatan tersebut turut disertai oleh ahli akademik ÿÈÕ´óÈüapp iaitu Dr. Mohamad Fairuz Yahaya (Timbalan Ketua Jabatan Anatomi), Prof. Madya Dr. Elvy Suhana Mohd Ramli (Pensyarah Perubatan DU14), Prof. Madya Dr. Teoh Seong Lin (Pensyarah Universiti DS14), Dr. Taty Anna Kamarudin (Pensyarah Universiti DS13), Dr. Mohd Amir Kamaruzzaman (Pensyarah Perubatan DU13), Dr. Rasyidah Rehir (Pensyarah Perubatan Pelatih DU13P), dan En. Shaiful Ridzwan Sapri (Juruteknologi Makmal Perubatan U7).

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meneroka potensi kerjasama di masa hadapan dalam bidang akademik dan pendidikan anatomi, di samping mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pelaksanaan serta pembangunan pengurusan makmal anatomi di ÿÈÕ´óÈüapp.

Delegasi Universitas Indonesia turut menyatakan rasa kagum terhadap kepakaran serta sumbangan Jabatan Anatomi ÿÈÕ´óÈüapp dalam memajukan pendidikan perubatan dan sains anatomi di peringkat nasional dan antarabangsa. Lawatan ini diharap dapat membuka ruang kepada pertukaran idea, memperkukuh hubungan institusi, dan meningkatkan kecemerlangan akademik antara kedua-dua fakulti.

Sepanjang lawatan, para delegasi dibawa melawat kemudahan makmal anatomi, menyertai sesi perbincangan bersama ahli akademik ÿÈÕ´óÈüapp, serta bertukar pandangan berkaitan kaedah pengajaran anatomi dan pengurusan makmal yang berkesan.

Lawatan ini mencerminkan komitmen bersama kedua-dua institusi untuk memperkasakan jaringan kerjasama serantau dalam bidang anatomi dan menyokong perkembangan pendidikan perubatan di ASEAN.