Panggilan Kertas Kerja: Persidangan Antarabangsa Peristilahan (PERANTIS) 2024
Panggilan Kertas Kerja: Persidangan Antarabangsa Peristilahan (PERANTIS) 2024.
Persidangan ini adalah anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), ÿÈÕ´óÈüapp dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Persatuan Penterjemahan Malaysia dan PETRONAS.
Tema persidangan “Peristilahan dalam Era Kecerdasan Buatan dan Komunikasi Global” pada masa dan tarikh seperti berikut:
Tarikh: 4 – 5 September 2024
Tempat: Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp)
Sehubungan itu, kami dengan penuh takzim mengundang para akademik, ahli profesional, para pelajar dan pengguna bahasa untuk sama-sama menyertai persidangan ini.
Sub tema persidangan adalah;
• Peristilahan dalam pelbagai bidang ilmu.
• Pemanfaatan AI dan teknologi digital dalam peristilahan.
• Peristilahan dalam komunikasi global.
• Pemasyarakatan istilah.
• Peristilahan dalam perindustrian.
• Peristilahan dalam terjemahan.
Bersama-sama ini disertakan poster program untuk rujukan. YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan boleh membuat imbas kod QR pada poster tersebut atau boleh layari laman web https://lamanweb.dbp.gov.my/perantis/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.
