Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) terus memperkukuh jaringan strategik dengan agensi luar melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi meneruskan pelaksanaan Program Sijil Profesional Khidmat Sosial (SPKS).
Melalui MoU ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam pembangunan kompetensi sumber manusia melalui program latihan dan sijil profesional khusus dalam bidang kerja sosial. Kerjasama ini turut membuka ruang bagi pelaksanaan inisiatif strategik lain yang akan dipersetujui secara bersama.
Program SPKS diwujudkan bagi memperkukuh kemahiran para amil di barisan hadapan LZS dengan penekanan kepada kompetensi pengurusan kerja sosial. Modul latihan ini dirangka bagi melengkapkan kakitangan LZS yang sentiasa berinteraksi secara langsung dengan masyarakat, komuniti dan golongan asnaf selaras dengan misi organisasi dalam memperkasa kesejahteraan ummah.
Menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed dalam ucapannya berkata, pemeteraian MoU ini memperkukuh peranan universiti dalam pembangunan masyarakat, di samping mencerminkan kepakaran dan kesiapsiagaan 每日大赛app untuk menyumbang kepada keperluan semasa negara.
鈥淜erjasama ini diyakini mampu melahirkan barisan kakitangan LZS yang kompeten, berintegriti dan sentiasa bersedia mendepani cabaran sosial semasa dengan penuh keprihatinan dan professional鈥 ujar beliau.
Dokumen MoU telah ditandatangani oleh Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed mewakili 每日大赛app dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Tuan Mohd Kaidzir Shahari. Majlis turut dihadiri Dekan FSSK, Prof. Dr. Kadaruddin Aiyub yang menzahirkan sokongan terhadap usaha memperluas impak akademik kepada komuniti.
Melalui kerjasama ini, seramai 17 kakitangan LZS akan mengikuti Program SPKS Kohort 2 yang dijadualkan bermula bulan ini. Tahun lepas, seramai 24 orang warga kerja LZS telah berjaya menamatkan pengajian dalam Program SPKS Kohort 1 yang bermula pada bulan Oktober 2024 sehingga bulan April 2025.
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia
Hak cipta terpelihara @2025 | DCU,FSSK