Bicara Persada Archives - Berita ÿմapp /beritaukm/category/bicara-persada/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Tue, 18 Jul 2023 09:28:05 +0000 en-US hourly 1 Merungkai Cerita Kedah dan Pulau Pinang /beritaukm/merungkai-cerita-kedah-dan-pulau-pinang/ /beritaukm/merungkai-cerita-kedah-dan-pulau-pinang/#respond Tue, 18 Jul 2023 09:28:02 +0000 /beritaukm/?p=1293 Oleh Phoon Li Juan @ RoovasiniFoto Muhammad Haziq Azmi BANGI, 13 Julai 2023 – Polemik Kedah dan Pulau Pinang semakin hangat dibincangkan dan mengundang reaksi yang berbeza dari pelbagai pihak.…

The post Merungkai Cerita Kedah dan Pulau Pinang appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Phoon Li Juan @ Roovasini
Foto Muhammad Haziq Azmi

BANGI, 13 Julai 2023 – Polemik Kedah dan Pulau Pinang semakin hangat dibincangkan dan mengundang reaksi yang berbeza dari pelbagai pihak.

Bagi mengupas isu ini menerusi lensa akademik, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dengan kerjasama Canselori ÿմapp menganjurkan Bicara Persada yang ke-64 yang bertajuk, “Dari Naratif Sejarah: Merungkai Cerita Kedah / Pulau Pinang”.

Ahli panel berpendapat bahawa, tanah Pulau Pinang adalah milik Sultan Kedah namun, dari segi naratifnya terdapat banyak kelompongan mengenai pajakan dan perjanjian antara Sultan Kedah dengan Francis Light pada 1786.

Menurut Pakar Sejarah Sosial dan Intelektual, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican, Pulau Pinang lahir daripada ‘tali pusat’ Kedah atau ‘tali perut’ Kedah.

“Justeru, sejarah Pulau Pinang dan Kedah harus dirungkai dari perspektif yang bukan memberatkan pihak Inggeris. Malah, ia harus melihat kepada sejarah masyarakat pribumi yang telah lama wujud di Kedah dan Pulau Pinang.

“Pendudukan Francis light di Pulau Pinang pada tahun 1786 adalah secara haram. Pada tahun 1791, perjanjian dibuat secara paksa dan naratif yang mengatakan Sultan Kedah merampas Pulau Pinang adalah tidak betul, walhal Pulau Pinang adalah harta beliau.

“Naratif Pulau Pinang telah wujud sejak awal lagi di bawah naungan Sultan Kedah dan adalah tidak wajar untuk mengatakan sejarah Pulau Pinang bermula dengan undang-undang Inggeris yang hanya bermula selepas tahun 1807,” katanya.

Jelasnya, naratif yang sedia ada menunjukkan Sultan Kedah sebagai ‘orang jahat’ dan pihak British sebagai ‘orang baik’.

Justeru, ahli panel menekankan bahawa adalah penting untuk mendalami sejarah Kedah-Pulau Pinang dari perspektif pribumi di mana, Pulau Pinang telah diduduki oleh orang Melayu dan diperintah oleh Sultan Kedah berasaskan Adat Temenggung. Bicara ini turut menampilkan Pakar Sejarah Malaysia Universiti Malaya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali; Pakar Arkeologi, ATMA ÿմapp, Prof. Madya Dr. Asyaari Muhamad; dan Pengasas Jurisprudens Watan ISTAC-IIUM, Prof. Madya Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain sebagai ahli panel.

The post Merungkai Cerita Kedah dan Pulau Pinang appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/merungkai-cerita-kedah-dan-pulau-pinang/feed/ 0
Ada Apa dengan Filem Mat Kilau? /beritaukm/ada-apa-dengan-filem-mat-kilau/ /beritaukm/ada-apa-dengan-filem-mat-kilau/#respond Fri, 12 Aug 2022 01:54:13 +0000 /beritaukm/?p=323 Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. TorimanNaib CanselorUniversiti Kebangsaan Malaysia Filem Mat Kilau yang ditayangkan baru-baru ini telah mencetuskan suatu fenomena baharu dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Filem…

The post Ada Apa dengan Filem Mat Kilau? appeared first on Berita ÿմapp.

]]>

Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman
Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia

Filem Mat Kilau yang ditayangkan baru-baru ini telah mencetuskan suatu fenomena baharu dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Filem ini bukan sahaja menarik perhatian peminat seni tanah air, malahan ahli akademik juga turut terpanggil untuk berbicara tentang garapan pengisian yang dalam maksudnya. Ternyata, rakyat Malaysia benar-benar dahagakan sebuah karya seni yang sarat dengan nilai sejarah dan semangat patriotisme seperti ini.

Baru-baru ini, warga Universiti Kebangsaan Malaysia berpeluang menyelami minda pengarah muda, Mohd Syamsul Mohd Yusof, melalui sebuah majlis ilmu yang dikenali sebagai Bicara Persada ÿմapp yang membawa tajuk, ‘Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan: Yang Tersurat dan Tersirat’. Program bicara ini turut dihadiri oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh, Pensyarah Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan UPNM dan Dato’ Rosyam Nor yang juga merupakan seorang pengarah, penerbit dan juga pelakon terkenal tanah air.

Maksud Tersirat

Tidak dinafikan, sebuah filem yang baik mempunyai graviti tersendiri untuk menarik masyarakat menghayati mesej yang ingin disampaikan melalui penceritaan filem tersebut. Justeru, ada apa dengan filem Mat Kilau? Filem ini sebenarnya bukanlah sekadar sebuah olahan biografi yang melakonkan semula kisah sejarah yang termaktub dalam pelbagai makalah. Mesej tersirat yang ingin disampaikan melalui filem ini sebenarnya merentasi zaman. Hakikatnya, filem Mat Kilau lebih dari sekadar hiburan. Ia merungkai isu semasa yang berlaku dalam masyarakat.

Perpecahan dalam masyarakat bukan hanya berlaku pada zaman dahulu. Hari ini, kita melihat perbalahan di mana-mana. Kita turut menyaksikan peperangan antara dua buah negara yang memberi kesan kepada ekonomi dunia. Isu perpaduan dan keruntuhan organisasi serta kesepakatan masyarakat global yang semakin pudar merupakan antara punca utama yang menyumbang kepada ketidakstabilan politik dan sosioekonomi masyarakat pada hari ini. Inilah antara maksud tersirat di sebalik adegan-adegan penuh aksi yang mendebarkan hati dalam filem Mat Kilau ini.

Nilai Etika dan Peradaban

Bagaimanakah kita dapat membantu masyarakat menghayati nilai etika dan peradaban yang sebenar? Sejarah merupakan kunci kejayaan sesebuah masyarakat. Sekiranya kita tidak belajar dari sejarah, kesilapan pasti berulang kembali. Justeru, mengangkat perjuangan pahlawan terdahulu sambil menghayati pengajaran di sebalik  kisah-kisah lama pasti berupaya membuka minda kita semua. Penerapan nilai melalui penghayatan kisah sejarah bukanlah suatu kaedah pembelajaran yang baharu dalam kalangan warga IPT di Malaysia. Di ÿմapp, di samping memahami kisah-kisah sejarah, bahasa Melayu turut diangkat dengan suatu kehebatan yang melambangkan identiti watan seluruh masyarakat Malaysia. ÿմapp percaya bahawa perpaduan dan kesepakatan boleh dicapai melalui pembudayaan bahasa Melayu sebagai bahasa akademik bertaraf dunia yang menjadi kebanggaan semua. Ianya juga mampu membentuk jati diri bangsa Malaysia yang positif dalam kalangan mahasiswa, tak kira bangsa dan agama.

Tidak dinafikan, perubahan biografi masyarakat yang terus berevolusi melalui pelbagai pendedahan serta pengaruh luar mampu memecah-belahkan rakyat. Sejarah telah membuktikan bagaimana penjajahan Portugis, Belanda, dan British telah merubah masyarakat dengan kefahaman mengenai jati diri yang berbeza mengikut acuan moden yang sekular. Perubahan ini bukanlah sesuatu yang negatif tetapi variasi budaya, perbezaan ideologi dan percanggahan fikiran, seandainya tidak diambil perhatian, boleh mencetuskan konflik dan perbalahan. Inilah antara cabaran masyarakat yang kekal sehingga ke hari ini, yang harus ditangani bersama. Jika diteliti garapan babak-babak dalam filem Mat Kilau, mesej yang tersirat ini pasti dapat dihayati. Persoalannya, bagaimana masyarakat menterjemah pesanan ini untuk dijadikan amalan dalam kehidupan seharian mereka?

Perkasa Jati Diri

Selaras dengan usaha membina jati diri bangsa Malaysia yang kental dengan nilai-nilai kemanusiaan, ÿմapp memainkan peranan dalam usaha memperkasa jati diri dan nilai murni dalam kalangan mahasiswanya. Antaranya ialah menerusi aktiviti sukan, program pembangunan sahsiah, kesukarelawanan, patriotisme, program kebudayaan dan kem kepimpinan.

Perkongsian kefahaman jati diri ini membolehkan warga ÿմapp secara kolektif merealisasikan agenda perpaduan masyarakat, sederap dengan aspirasi KPT. Jati diri yang kental dan utuh membentuk keperibadian mulia, sifat toleransi serta nilai kesepakatan yang dapat membantu mahasiswa meningkatkan keupayaan diri dalam menyusuri cabaran hidup. Jati diri ini juga menggerakkan semangat mencipta kejayaan sebagai ahli masyarakat yang berguna kepada bangsa dan negara. Semoga penghayatan nilai dan jati diri yang mantap berupaya melahirkan generasi muda yang hebat, sehebat pahlawan Mat Kilau.

Masa Depan Industri Filem

Hakikatnya, industri filem Malaysia sendiri memerlukan sokongan dan nafas baharu, agar lebih segar, relevan dan diterima oleh peminat seni di seluruh dunia. Saya bersetuju dengan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Hashim Wan yang menggesa kerajaan untuk terus menyokong serta mengangkat martabat industri filem negara. Pandangan ini turut disokong Dato’ Rosyam Nor yang melihat industi filem di Malaysia bukan seperti “industri” tetapi sekadar perkampungan filem yang menyajikan hiburan semata-mata.  ÿմapp sendiri berhasrat untuk menawarkan Program Teknologi Filem dan Muzik di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan sebagai tanda sokongan universiti watan ini, dalam memperkasakan industri filem kebangsaan.

The post Ada Apa dengan Filem Mat Kilau? appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/ada-apa-dengan-filem-mat-kilau/feed/ 0