Uncategorized Archives - Berita ÿմapp /beritaukm/category/uncategorized/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Wed, 06 Dec 2023 06:42:25 +0000 en-US hourly 1 Kuasai Teknologi Digital, Perkukuh Kepimpinan Diri /beritaukm/kuasai-teknologi-digital-perkukuh-kepimpinan-diri/ /beritaukm/kuasai-teknologi-digital-perkukuh-kepimpinan-diri/#respond Wed, 05 Jul 2023 06:41:28 +0000 /beritaukm/?p=1793 Oleh Murniati Abu KarimFoto Izwan Azman BANGI, 5 Julai 2023 – Belia digesa untuk menguasai teknologi digital sebagai aspek pentingdalam kepimpinan masa kini, selari dengan perkembangan dunia yang semakin canggih,kata…

The post Kuasai Teknologi Digital, Perkukuh Kepimpinan Diri appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman


BANGI, 5 Julai 2023 – Belia digesa untuk menguasai teknologi digital sebagai aspek penting
dalam kepimpinan masa kini, selari dengan perkembangan dunia yang semakin canggih,
kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Arthur Joseph Kurup.
Beliau berkata statistik menunjukkan bahawa lebih daripada 90 peratus belia menggunakan
telefon pintar dengan kemudahan akses internet dan ini adalah potensi besar yang perlu
dimanfaatkan dengan bijak.


“Belia perlu memanfaatkan teknologi ini untuk memperkukuhkan kemahiran kepimpinan
mereka dan memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat.
“Dengan menguasai teknologi, belia dapat menyebarkan maklumat dan idea dengan lebih
cepat dan meluas, berkomunikasi secara efektif, dan menggerakkan perubahan positif
melalui platform digital.


“Dunia teknologi tiada batasannya, teknologi artificial intelligence seperti midjourney,
chatgpt, Jenny, Canva, Big Data Analytic dan pelbagai lagi dapat diterokai oleh para belia
kita bagi menguasai teknologi sebagai aspek penting dalam kepimpinan komuniti masa kini,”
tambahnya ketika berucap di Majlis Malam Gala Kolej Keris Mas.


Beliau turut memetik data terkini oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, lebih daripada 8 juta
(28 peratus) daripada jumlah penduduk Malaysia berada dalam lingkungan 15 hingga 29
tahun.


Jelasnya, hampir satu pertiga daripada penduduk Malaysia adalah belia yang mempunyai
potensi untuk membawa perubahan positif.


“Gunakan masa di universiti ini untuk memperkayakan pengetahuan, mengasah kemahiran
kepimpinan, dan menguasai teknologi,” katanya.


Malam Gala kolej diadakan bagi meraikan kejayaan dan pencapaian mahasiswa di kolej
kediaman merangkumi pelbagai aspek termasuk sukan, kebudayaan dan kesukarelawanan.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd
Suzeren Md. Jamil dan Pendaftar, Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla.

The post Kuasai Teknologi Digital, Perkukuh Kepimpinan Diri appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/kuasai-teknologi-digital-perkukuh-kepimpinan-diri/feed/ 0
Alumni ÿմapp Bantu Masyarakat B40 di Lanchang /beritaukm/alumni-ukm-bantu-masyarakat-b40-di-lanchang/ /beritaukm/alumni-ukm-bantu-masyarakat-b40-di-lanchang/#respond Thu, 02 Jun 2022 06:58:30 +0000 /beritaukm/?p=24 LANCHANG, 21 Februari 2022 – Alumni ÿմapp turun lagi ke persada masyarakat bagi membantu dan menyantuni mereka sejajar dengan aspirasi ÿմapp sebagai sebuah universiti watan. Sebanyak 200 buah beg sekolah…

The post Alumni ÿմapp Bantu Masyarakat B40 di Lanchang appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
LANCHANG, 21 Februari 2022 – Alumni ÿմapp turun lagi ke persada masyarakat bagi membantu dan menyantuni mereka sejajar dengan aspirasi ÿմapp sebagai sebuah universiti watan. Sebanyak 200 buah beg sekolah berserta alat tulis telah disumbangkan kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Lancang untuk diberikan kepada pelajar-pelajar dari keluarga B40 khususnya yang terkesan dengan banjir baru-baru ini.

Selain itu, misi kali ini diteruskan dengan agihan kotak makanan termasuk beras serta barangan keperluan lain kepada masyarakat di kawasan ini. Setiap keluarga menerima sumbangan ini sebagai tanda prihatinnya ÿմapp dan alumni akan kesukaran era pasca banjir yang melanda masyarakat khususnya yang tinggal di kampung. Alumni ÿմapp turut menyumbang 100 pek ujian COVID10 kepada dua Maahad Tahfiz di daerah ini.

Misi ini turut dibantu oleh alumni-alumni ÿմapp yang tinggal di kawasan itu khususnya dalam kerja agihan kepada penduduk yang terkesan. Menurut Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Prof Ir Dr Mohd Syuhaimi Ab Rahman, ini merupakan kali kedua mereka tiba di Lanchang, Mentakab, dan Temerloh bagi membantu masyarakat yang turut disertai oleh alumni ÿմapp di sini.

“ÿմapp mempunyai ‘hutang jasa’ yang besar kepada masyarakat kerana ÿմapp bermula atas aspirasi dan desakan rakyat. Daripada masyarakat kami bermula dan kepada mereka jugalah bakti dan manfaat perlu dikembalikan semula. Hutang ini wujud berkekalan dan menjadi tanggung jawab kami warga dan alumni ÿմapp untuk membayarnya,” kata Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Prof Ir Dr Mohd Syuhaimi Ab Rahman.

Misi Bantuan Kasih (MBK) 8.0 Mentakab ini merupakan anjuran Pusat Perhubungan Alumni, Medical Mythbuster Malaysia, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI) dan Kelab Sukan & Kebajikan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (KESUTRA).

MBK ini merupakan salah satu inisiatif ÿմapp untuk menyantuni, membantu dan menjiwai masyarakat supaya universiti ini sentiasa berada dihati mereka. Sebelum ini MBK telah bergerak di beberapa lokasi seperti Kelantan, Pahang, Selangor dan Perak.

Sehingga kini ÿմapp telah membelanjakan sebanyak RM250,000 untuk merealisasikan hasrat ini. Kutipan ini adalah daripada alumni, warga dan sahabat ÿմapp yang diterajui oleh Pusat Perhubungan Alumni ÿմapp.

The post Alumni ÿմapp Bantu Masyarakat B40 di Lanchang appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/alumni-ukm-bantu-masyarakat-b40-di-lanchang/feed/ 0
Alumni ÿմapp Bantu Masyarakat di Johol /beritaukm/alumni-ukm-bantu-masyarakat-di-johol/ /beritaukm/alumni-ukm-bantu-masyarakat-di-johol/#respond Thu, 02 Jun 2022 06:46:51 +0000 /beritaukm/?p=17 BANGI, 21 Mei 2022 – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia mengerakkan Misi Bantuan Kasih siri yang ke- 10 bersama alumni ÿմapp bagi membantu 210 keluarga di Luak Undang Johol…

The post Alumni ÿմapp Bantu Masyarakat di Johol appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
BANGI, 21 Mei 2022 – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia mengerakkan Misi Bantuan Kasih siri yang ke- 10 bersama alumni ÿմapp bagi membantu 210 keluarga di Luak Undang Johol yang terkesan akibat bencana alam ini.

Delegasi daripada ÿմapp ini telah disambut baik oleh Tuan Haji Ghazali, CEO Yayasan Luak Undang Johol yang turut dihadiri tiga pembesar iaitu Yang Mulia Dato Andika Haji Mojd Ariffin, Dato Menkahar Muhamad Hairell Jamil dan Dato Jenang Abu Mohd Lop.

Sebanyak 100 kotak sumbangan telah diserahkan kepada wakil Undang Luak Johol untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Menurut Prof. Ir Dr. Mohd Syuhaimi Ab Rahman, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni ÿմapp, Misi Bantuan Kasih ini mengumpulkan semua alumni ÿմapp samada yang berkhidmat di luar dan dalam ÿմapp untuk bersama-sama menyumbang bakti kepada masyarakat sejajar dengan aspirasi universiti watan yang mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat.

Misi ini bermula di Kelantan, Pahang, Selangor, Perak dan yang terkini pula adalah Negeri Sembilan.

“Kami sentiasa hadir membantu masyarakat apabila mereka memerlukan. Program seperti ini juga memberi contoh yang baik kepada para mahasiwa ÿմapp supaya mereka tahu peranan dan tanggung jawab mereka kepada  masyarakat melalui tauladan yang baik daripada rakan senior mereka yakni alumni ÿմapp,”ujarnya lagi.

Terdahulu ÿմapp turut menghantar 70 orang mahasiwa untuk membantu membersih rumah-rumah yang dilanda banjir.

The post Alumni ÿմapp Bantu Masyarakat di Johol appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/alumni-ukm-bantu-masyarakat-di-johol/feed/ 0
ÿմapp Sambut Aidilfitri dengan Meriah /beritaukm/ukm-sambut-aidilfitri-dengan-meriah/ /beritaukm/ukm-sambut-aidilfitri-dengan-meriah/#respond Tue, 31 May 2022 08:21:47 +0000 /beritaukm/?p=10 BANGI, 31 Mei 2022 – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) disambut meriah oleh seluruh warga ÿմapp setelah dua tahun tidak diadakan ekoran wabak Covid-19.…

The post ÿմapp Sambut Aidilfitri dengan Meriah appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
BANGI, 31 Mei 2022 – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) disambut meriah oleh seluruh warga ÿմapp setelah dua tahun tidak diadakan ekoran wabak Covid-19.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Hj. Toriman mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga ÿմapp yang terlibat serta para jemputan yang turut hadir bersama-sama memeriahkan majlis.

“Kemeriahan Aidilfitri tahun ini tentunya berbeza setelah dua tahun kita merayakan Aildilfitri secara sederhana dan selama dua tahun ini juga ÿմapp tidak menganjurkan sambutan Aildilfitri,” katanya.

Beliau turut berbangga dengan persiapan majlis yang telah dijalankan dengan meriah.

Pelbagai gerai juadah hari raya disediakan mewakili negeri-negeri di Malaysia untuk menyemarakkan lagi suasana hari raya ÿմapp yang bertaraf kebangsaan.

Antara menu yang disajikan adalah juadah istimewa dari negeri Terengganu, Sarawak, Kelantan dan Pahang.

Majlis Sambutan Hari Raya Aildilfitri peringkat ÿմapp turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyanyi veteran tanah air iaitu Datuk DJ Dave yang menyampaikan dua buah lagu “hits”nya iaitu Menjelang Hari Raya dan Ingin Bersua.

Selain itu, beberapa persembahan nyanyian turut diadakan oleh artis budaya ÿմapp dan para pelajar artis sukma sebagai hiburan.

Pensyarah kanan dan ketua program Antropologi dan Sosiologi, Dr Azlina Abdullah, berkata beliau sangat teruja untuk turut serta menghadiri majlis tersebut.

“Saya sibuk hari ini tetapi saya tetap nak datang walaupun sekejap sebab sudah lama saya tidak menghadiri majlis hari raya ÿմapp,” katanya.

Pelajar tahun 3 dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Faizal Isa, 23, menyatakan bahawa perasaannya agak bercampur baur apabila disoal tentang majlis Sambutan Hari Raya peringkat ÿմapp yang diadakan.

“Saya gembira sebab dapat turut serta hari ini dan saya juga sedih sebenarnya kerana inilah sambutan hari raya peringkat ÿմapp yang terakhir saya akan hadir kerana tahun ini merupakan tahun terakhir saya di ÿմapp,” katanya.

Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftar ÿմapp ini dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Hj. Toriman serta pengurusan tertinggi universiti.

Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran alumni dan juga para pelajar ÿմapp.

The post ÿմapp Sambut Aidilfitri dengan Meriah appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/ukm-sambut-aidilfitri-dengan-meriah/feed/ 0