Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 20 Mei 2026 鈥 Kebanyakan masyarakat mengambil ringan tentang penjagaan peti suara kerana mereka merasakan masalah suara hanya bersifat sementara dan akan pulih sendiri.
Ketua Jabatan Otolaringologi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz dan Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Prof Madya Dr Mawaddah Azman berkata kesedaran penjagaan peti suara dalam kalangan masyarakat di negara ini masih rendah.
鈥淢isalnya bila berlakunya suara serak, kita kata alah鈥 tak apa nanti dia akan baik. Minum air asam jawa, baiklah nanti.
鈥淛adi, untuk masalah penjagaan suara ni ramai juga tak tahu. Sebenarnya kita kena jaga suara,鈥 katanya.
Beliau berkata ramai yang tidak tahu sebenarnya peti suara juga memerlukan penjagaan sama seperti organ tubuh badan lain.
鈥淜alau cakap mengenai jaga jantung, ramai yang tahu. Tetapi jaga suara, kesedaran itu masih rendah. Kebanyakan kata tiada masa untuk buat ujian saringan,鈥 ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa Program Sambutan Hari Suara Sedunia Sempena Muzakarah Pemegang Tauliah 2026 yang diadakan di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) di sini, baru-baru ini.
Program yang diadakan dengan kerjasama bersama Jabatan Mufti Wilayah Persekutan itu disertai seramai 130 peserta yang terdiri daripada penceramah bebas, bilal, imam serta guru agama sekitar Kuala Lumpur.
Mengulas berkanan istilah suara buluh perindu yang dikaitkan dengan kemerduan suara seseorang individu, Dr Mawaddah berkata sebenarnya ia mempunyai kaitan dengan kaedah menggunakan pita suara dengan betul.
鈥淪uara buluh perindu ni bukan saja menggunakan pita suara dengan betul. Maksudnya pita suara berada dalam keadaan yang sihat, tetapi dia menggunakan rongga penafasan kawasan atas dengan betul.
鈥淒ia juga bukan sekadar menggetarkan pita suara semata-mata, tetapi (menggerakkan) lelangit lembut, lidah, yang digunakan secara betul supaya dapat mengurangkan tekanan kepada pita suara,鈥 jelasnya.
Menurutnya, individu yang memiliki lontaran suara lunak adalah mereka yang bijak memanfaatkan organ lain di dalam mulut bagi mengurangkan tekanan terhadap pita suara.
Tamnbah beliau, lebih 50 peratus masalah suara berkait rapat dengan refluks yang didefinasikan sebagai kandungan makanan atau asid di dalam perut, yang naik semula ke esofagus atau sehingga ke bahagian kerongkong.
Justeru, Dr Mawaddah berkongsi petua penjagaan pita suara bagi memastikan ia sentiasa sihat dan berfungsi dengan baik, terutamanya kepada golongan berisiko tinggi seperti guru, penyanyi dan ahli politik.
鈥淧ertama, perlu kurangkan makanan pedas, berminyak dan kafein. Kafein mempunyai bahan kimia yang menyebabkan injap antara esofagus dan perut menjadi longgar. Apabila longgar, asid dalam perut boleh naik ke atas.
鈥淪elain itu, perlu cukup minum air, tidur yang berkualiti antara tujuh hingga sembilan jam setiap hari, serta mengamalkan pemanasan suara,鈥 katanya.

