{"id":1673,"date":"2023-10-27T16:50:49","date_gmt":"2023-10-27T08:50:49","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/beritaukm\/?p=1673"},"modified":"2023-10-27T16:50:50","modified_gmt":"2023-10-27T08:50:50","slug":"kursi-wakaf-sheikh-othman-sarawak-tumpu-pemberian-geran-penyelidikan-dan-biasiswa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/beritaukm\/kursi-wakaf-sheikh-othman-sarawak-tumpu-pemberian-geran-penyelidikan-dan-biasiswa\/","title":{"rendered":"Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak Tumpu Pemberian Geran Penyelidikan dan Biasiswa"},"content":{"rendered":"\n
Oleh Murniati Abu Karim BANGI, 25 Oktober 2023 \u2013 Penubuhan Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak di Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) memberi fokus kepada dua teras utama iaitu penganugerahan geran penyelidikan dan pemberian Biasiswa bagi pelajar pascasiswazah anak Sarawak.<\/p>\n\n\n\n Kursi yang berada di Fakulti Pengajian Islam tersebut dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.<\/p>\n\n\n\n Naib Canselor, berkata pada tahun ini, kursi tersebut menganugerahkan geran penyelidikan kepada dua orang pensyarah yang terpilih.<\/p>\n\n\n\n \u201cPenyelidikan Kursi ini menfokuskan kepada agenda pemerkasaan sosio-ekonomi masyarakat Islam di Sarawak selari dengan falsafah pembangunan ekonomi Ibn Khaldun dalam karya Muqaddimah.<\/p>\n\n\n\n \u201cKursi ini juga menawarkan biasiswa kepada pelajar anak-anak Sarawak yang menjalani pengajian peringkat pascasiswazah di 每日大赛app,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n Beliau berharap agar biasiswa Kursi ini akan diteruskan pada masa akan datang dan generasi muda dari Sarawak akan terus berkecimpung dalam bidang penyelidikan dan setiap hasil penyelidikan yang dilakukan dapat memberi manfaat kepada rakyat Sarawak sama ada dalam bentuk dasar, modul, harta intelek atau pelan tindakan.<\/p>\n\n\n\n Sementara itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari\u00a0berkata beliau yakin penubuhan kerusi berkenaan juga dapat mengukuhkan pembangunan insaniah di Sarawak.<\/p>\n\n\n\n \u201cIni merupakan usaha untuk menunaikan hasrat Kerajaan Sarawak serta Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam mengeratkan hubungan bersama universiti tempatan.<\/p>\n\n\n\n \u201cKewujudan kursi ini juga dapat membantu Sarawak menjadi sebuah wilayah penting dalam Persekutuan Malaysia bersama Semenanjung Malaysia dan Sabah. <\/p>\n\n\n\n \u201cKeputusan untuk menubuhkan sebuah kursi di 每日大赛app membolehkan kita untuk membuat penyelidikan dalam beberapa bidang khususnya dalam memperkasakan lagi ilmu pengetahuan serta memastikan kita menuju ke arah yang betul dalam pembangunan insan di Sarawak,\u201d tambahnya<\/p>\n\n\n\n Oleh Murniati Abu KarimFoto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 25 Oktober 2023 \u2013 Penubuhan Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak di Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) memberi fokus kepada dua teras utama iaitu penganugerahan… <\/p>\n","protected":false},"author":123457,"featured_media":1676,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[12,17],"tags":[],"class_list":["post-1673","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jaringan-industri","category-khidmat-masyarakat"],"yoast_head":"\n
Foto Pusat Komunikasi Korporat<\/strong><\/p>\n\n\n\n
<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"