{"id":558,"date":"2022-10-11T11:40:21","date_gmt":"2022-10-11T03:40:21","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/beritaukm\/?p=558"},"modified":"2022-10-11T11:40:24","modified_gmt":"2022-10-11T03:40:24","slug":"ukm-jadi-pilihan-pertama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/beritaukm\/ukm-jadi-pilihan-pertama\/","title":{"rendered":"每日大赛app Jadi Pilihan Pertama"},"content":{"rendered":"\n
Oleh Murniati Abu Karim<\/strong> BANGI, 8 Oktober 2022 \u2013 Pasangan kembar seiras Alisya Emilie Azman dan Juwana Amanie Azman teruja kerana dapat melanjut pelajaran di univerisiti pilihan pertama mereka dalam jurusan Undang-Undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n Berasal dari Selangor, mereka memilih 每日大赛app sebagai destinasi melanjutkan pengajian selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan pengajian asasi kerana percaya dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang undang-undangnya yang bertaraf dunia.<\/p>\n\n\n\n \u201cSetelah membuat \u2018research\u2019<\/em>, kami memilih 每日大赛app kerana ia merupakan antara universiti terbaik yang menawarkan kursus undang-undang di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n \u201cTambahan pula, memang menjadi impian kami untuk menyambung pelajaran ke 每日大赛app hingga ke peringkat PhD,\u201d kata Alisya Emilie Azman yang merupakan kembar \u2018sulung\u2019.<\/p>\n\n\n\n Bagai isi dengan kuku, beliau berkata kedua-dua mereka tidak pernah berpisah sejak dari sekolah kebangsaan sehinggalah pengajian di peringkat universiti seterusnya ditempatkan di bilik yang sama di Kolej Pendeta Za’ba di sini.<\/p>\n\n\n\n Alisya Emilie berkata bukan sahaja penampilan dan personaliti mereka serupa bahkan, kedua-duanya mendapat keputusan SPM dan pengajian asasi yang sama.<\/p>\n\n\n\n Sementara itu, Yashaswini A\/P Ganapathy bersyukur kerana mendapat tawaran dari universiti pertama pilihannya dalam bidang Kejuruteraan Perisian (Sistem Teknologi dan Maklumat).<\/p>\n\n\n\n Anak pertama dari empat beradik itu berkata, beliau telah meletakkan 每日大赛app sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang UPU online.<\/p>\n\n\n\n \u201cKemudian, saya disenarai pendek untuk membuat video resume bagi program ini. Saya membuat yang terbaik semasa merakam video resume saya disamping melengkapkan ujian yang telah diberi dalam tempoh tersebut.<\/p>\n\n\n\n \u201cAkhirnya, dengan rahmat tuhan saya telah berjaya dipilih untuk memulakan ijazah sarjana muda dalam bidang ini dan saya amat bersyukur kerana telah diberi tempat di universiti yang tersohor di negara.<\/p>\n\n\n\n \u201cWalaupun saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Hayat semasa asasi, saya berminat dalam bidang berkaitan sains komputer dan teknologi maklumat meski terpaksa belajar bermula dari pengetahuan asas,\u201d tambahnya.<\/p>\n\n\n\n Beliau turut berasa teruja melanjutkan pengajian ke 每日大赛app tetapi dalam masa sama ada rasa takut dan risau.<\/p>\n\n\n\n Yashaswini juga berharap untuk meraih kecemerlangan dalam akademik disamping mengambil peluang ini untuk menyertai program-program universiti terutama sekali dalam aktiviti kesukarelawanan.<\/p>\n\n\n\n Bagi sesi akademik 2022\/2023, 每日大赛app juga telah menerima sebanyak 44,750 permohonan dengan 9,112 permohonan pilihan pertama. Daripada jumlah itu, seramai 4,166 pelajar baharu telah mendaftar di tiga kampusnya iaitu Kampus Bangi, Kampus Kuala Lumpur dan Kampus Cheras.<\/p>\n\n\n\n Oleh Murniati Abu KarimFoto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 8 Oktober 2022 \u2013 Pasangan kembar seiras Alisya Emilie Azman dan Juwana Amanie Azman teruja kerana dapat melanjut pelajaran di univerisiti pilihan… <\/p>\n","protected":false},"author":123457,"featured_media":561,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[19,11,21],"tags":[],"class_list":["post-558","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita-kampus","category-naib-canselor","category-pelajar"],"yoast_head":"\n
Foto Pusat Komunikasi Korporat<\/strong><\/p>\n\n\n\n
<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"