Aktiviti – Jabatan Biokimia Fakulti Perubatan /biokimiafper Universiti Kebangsaan Malaysia Mon, 09 Mar 2026 00:33:44 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 Ceramah Penyelidikan oleh Prof. Dr. Azlina Binti Abdul Aziz /biokimiafper/ceramah-penyelidikan-oleh-prof-dr-azlina-binti-abdul-aziz/ /biokimiafper/ceramah-penyelidikan-oleh-prof-dr-azlina-binti-abdul-aziz/#respond Tue, 03 Mar 2026 07:22:00 +0000 /biokimiafper/?p=12889 …]]>

Ceramah Penyelidikan oleh Prof. Dr. Azlina Binti Abdul Aziz

3 Mac 2026 – Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan ÿմapp berbesar hati menerima kehadiran Prof. Dr. Azlina Abdul Aziz yang telah menyampaikan satu ceramah penyelidikan bersempena lawatan beliau sebagai Pemeriksa Luar bagi Peperiksaan Akhir Semester 1 Tahun 1 Sesi 2025/2026.

Ceramah bertajuk “Unlocking the Biological Secrets of Tamarind – A Summary of a Decade of Research and Discovery” ini telah dihadiri oleh pensyarah, pelajar pascasiswazah, pembantu penyelidik serta kakitangan makmal. Sesi ini mengetengahkan hasil penyelidikan komprehensif selama sedekad berkaitan asam jawa, termasuk potensi biologi, aplikasi terapeutik serta penemuan saintifik yang signifikan.

Dalam ceramah tersebut, Prof. Dr. Azlina turut berkongsi perjalanan penyelidikan beliau, cabaran yang dihadapi serta kepentingan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang biokimia. Sesi ini telah membuka ruang perbincangan ilmiah yang bermanfaat dan menggalakkan perkongsian idea dalam kalangan warga jabatan.

Pihak jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian beliau berkongsi ilmu dan pengalaman. Ceramah ini bukan sahaja memperkaya pengetahuan warga akademik, malah memperkukuh budaya penyelidikan dan jaringan profesional dalam bidang biokimia.

]]>
/biokimiafper/ceramah-penyelidikan-oleh-prof-dr-azlina-binti-abdul-aziz/feed/ 0
Lawatan ke Makmal Penyelidikan Biokimia oleh Pemeriksa Luar /biokimiafper/lawatan-ke-makmal-penyelidikan-biokimia-oleh-pemeriksa-luar/ /biokimiafper/lawatan-ke-makmal-penyelidikan-biokimia-oleh-pemeriksa-luar/#respond Tue, 03 Mar 2026 05:15:00 +0000 /biokimiafper/?p=12867 …]]>

Lawatan Makmal Penyelidikan Jabatan Biokimia oleh Pemeriksa Luar

3 Mac 2026 – Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan ÿմapp telah menerima lawatan rasmi daripada Prof. Dr. Azlina Abdul Aziz sempena Program Lawatan Pemeriksa Luar bagi Peperiksaan Akhir Semester 1 Tahun 1 Sesi 2025/2026.

Sebagai sebahagian daripada tentatif program, sesi lawatan ke Makmal Penyelidikan Jabatan Biokimia telah diadakan pada jam 9.00 hingga 10.00 pagi bertempat di Aras 11, Blok Praklinikal. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh kepada pemeriksa luar mengenai kemudahan penyelidikan, infrastruktur makmal serta aktiviti penyelidikan yang sedang dijalankan di jabatan.

Sepanjang lawatan tersebut, beliau telah diberi penerangan berkaitan fokus penyelidikan semasa, penggunaan peralatan makmal serta penglibatan pensyarah dan pelajar pascasiswazah dalam projek-projek penyelidikan. Sesi ini turut menjadi platform perkongsian pandangan dan pengalaman dalam memperkukuh budaya penyelidikan serta meningkatkan kualiti akademik jabatan.

Lawatan ini mencerminkan komitmen Jabatan Biokimia dalam memastikan standard pengajaran dan penyelidikan sentiasa berada pada tahap yang cemerlang selaras dengan keperluan akademik dan penilaian luar. Diharapkan jalinan profesional seperti ini akan terus memperkukuh kolaborasi dan kecemerlangan akademik pada masa akan datang.

]]>
/biokimiafper/lawatan-ke-makmal-penyelidikan-biokimia-oleh-pemeriksa-luar/feed/ 0
Ekspedisi Makmal Penyelidikan Biokimia 2025 (SMISTA) /biokimiafper/ekspedisi-makmal-penyelidikan-biokimia-2025-smista/ /biokimiafper/ekspedisi-makmal-penyelidikan-biokimia-2025-smista/#respond Wed, 03 Sep 2025 03:33:00 +0000 /biokimiafper/?p=12592 …]]>

Ekspedisi Makmal Penyelidikan Biokimia 2025 (SMISTA)

Pada hari Rabu, 3 September 2025, Jabatan Biokimia telah menganjurkan Program Bengkel Ekspedisi Makmal Penyelidikan Biokimia bersama 30 orang pelajar dan 3 orang guru dari Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai bidang sains bioperubatan serta memperkenalkan suasana pembelajaran dan penyelidikan di fakulti. Antara pengisian utama ialah “Scientist Talk Show” yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Luqman Nasaruddin, Pensyarah Jabatan Biokimia.

Selain sesi perkongsian ilmu, pelajar turut menyertai lima aktiviti makmal utama yang menarik dan interaktif seperti berikut:

  • Snap Freeze – Liquid Nitrogen Application
    Peserta diperkenalkan kepada konsep pembekuan pantas menggunakan nitrogen cecair yang sering digunakan dalam penyelidikan dan penyimpanan sampel.
  • Acidic or Alkaline? – Purple Cabbage pH Indicator
    Eksperimen mudah tetapi menyeronokkan ini membolehkan peserta memahami konsep pH dengan menggunakan penunjuk semula jadi daripada kubis ungu untuk mengenal pasti tahap keasidan dan kealkalian larutan.
  • You’re So Tiny (Microscopic Observation) – Yeast (Unicellular)
    Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar melihat struktur mikroskopik yis, memperkenalkan konsep organisma unisel dan kepentingannya dalam bidang bioteknologi.
  • How Does Animal in Laboratory Looks Like? – Rats (Petting) & Display Organ (Respiratory)
    Peserta didedahkan kepada anatomi asas haiwan makmal melalui sesi pemerhatian tikus serta penerangan tentang sistem respiratori menggunakan organ sebenar.
  • DNA Extraction from Blood
    Aktiviti ini membolehkan peserta menjalankan proses pengekstrakan DNA daripada sampel darah, sekali gus memahami asas konsep genetik dan biomolekul.

Selain aktiviti makmal, peserta turut dibawa melawat Muzium Anatomi dan Dewan Diseksi, memberi pengalaman pembelajaran yang lebih luas tentang struktur dan fungsi tubuh manusia.

Program ini turut mendapat kerjasama erat daripada Jabatan Makmal Pelbagai Guna, Jabatan Anatomi, dan Jabatan Patologi, yang bersama-sama menjayakan pelaksanaan aktiviti sepanjang hari tersebut.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua staf yang terlibat atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memastikan kelancaran program. Tahniah dan syabas juga kepada para pelajar yang telah menunjukkan semangat ingin tahu dan minat yang tinggi terhadap dunia sains!

]]>
/biokimiafper/ekspedisi-makmal-penyelidikan-biokimia-2025-smista/feed/ 0
Bengkel Scoping Review: The Usage of Covidence /biokimiafper/bengkel-scoping-review-the-usage-of-covidence/ /biokimiafper/bengkel-scoping-review-the-usage-of-covidence/#respond Fri, 20 Jun 2025 09:00:00 +0000 /biokimiafper/?p=12325

Bengkel Scoping Review: The Usage of Covidence

Fasilitator: Dr. Faizul Jaafar
Tarikh: 20 Jun 2022
Tempat: Bilik Seminar, Jabatan Biokimia
Peserta: Pelajar pascasiswazah dan pembantu penyelidik

]]>
/biokimiafper/bengkel-scoping-review-the-usage-of-covidence/feed/ 0
Hari Orientasi & Keselamatan Makmal 2024 /biokimiafper/orientasi-makmal-hari-keselamatan-jabatan-biokimia-2024/ /biokimiafper/orientasi-makmal-hari-keselamatan-jabatan-biokimia-2024/#respond Fri, 06 Dec 2024 02:39:00 +0000 /biokimiafper/?p=10917

Hari Orientasi & Keselamatan Makmal 2024

TARIKH : 6 Disember 2024

TEMPAT: Makmal Penyelidikan Jabatan Biokimia, Tingkat 11, Bangunan Praklinikal

]]>
/biokimiafper/orientasi-makmal-hari-keselamatan-jabatan-biokimia-2024/feed/ 0
Ekspedisi Makmal Penyelidikan Biokimia 2024 (SMA MAIWP) /biokimiafper/ekspedisi-makmal-penyelidikan-biokimia-2024-sma-maiwp/ /biokimiafper/ekspedisi-makmal-penyelidikan-biokimia-2024-sma-maiwp/#respond Thu, 11 Jul 2024 07:23:38 +0000 /biokimiafper/?p=10543 …]]>

Ekspedisi Makmal Penyelidikan Biokimia 2024 (SMA MAIWP)

PROGRAM: Ekspedisi Makmal Penyelidikan Biokimia

PESERTA: Pelajar Tingkatan 4, Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP)

TARIKH: 11 Julai 2024

AKTIVITI:
– Snap Freeze (Liquid Nitrogen Application)
– Acidic or Alkaline? (Purple Cabbage pH Indicator)
– You’re So Tiny (Microscope Observation)
– How Does Animal in Laboratory Looks Like? (Rats-Petting & Displaying Organ-Respiratory)
– DNA Extraction from Blood
– Lawatan ke Muzium Anatomi
– Lawatan ke Dewan Diseksi

TEMPAT:
– Unit Makmal Pelbagai Guna, Tingkat 8, Bangunan Praklinikal.
– Muzium Anatomi, Tingkat 3, Bangunan Praklinikal.
– Dewan Diseksi, Tingkat 1, Bangunan Praklinikal.

]]>
/biokimiafper/ekspedisi-makmal-penyelidikan-biokimia-2024-sma-maiwp/feed/ 0
Amali CITRA Sesi 2 (2024) /biokimiafper/amali-citra-sesi-1-2024/ /biokimiafper/amali-citra-sesi-1-2024/#respond Wed, 19 Jun 2024 08:05:36 +0000 /biokimiafper/?p=10477 …]]>

Amali CITRA Sesi 2 (2024)

PROGRAM: CITRA (Siasatan Jenayah Melalui Kaedah Saintifik Semester 2, Sesi 2023/2024)

TAJUK PRAKTIKAL: DNA Extraction & Polymerase Chain Reaction-Restriction Fragment Length Polymorphism

TARIKH: 19 Jun 2024

TEMPAT: Unit Makmal Pelbagai Guna, Tingkat 8, Bangunan Praklinikal & Makmal Penyelidikan Jabatan Biokimia, Tingkat 11, Bangunan Praklinikal

]]>
/biokimiafper/amali-citra-sesi-1-2024/feed/ 0
Amali CITRA Sesi 1 (2024) /biokimiafper/amali-citra-sesi-1-tahun-2024/ /biokimiafper/amali-citra-sesi-1-tahun-2024/#respond Wed, 12 Jun 2024 08:18:48 +0000 /biokimiafper/?p=10386 …]]>

Amali CITRA Sesi 1 (2024)

PROGRAM: CITRA (Siasatan Jenayah Melalui Kaedah Saintifik Semester 2, Sesi 2023/2024)

TAJUK PRAKTIKAL: DNA Extraction & Polymerase Chain Reaction-Restriction Fragment Length Polymorphism

TARIKH: 12 Jun 2024

TEMPAT: Unit Makmal Pelbagai Guna, Tingkat 8, Bangunan Praklinikal & Makmal Penyelidikan Jabatan Biokimia, Tingkat 11, Bangunan Praklinikal

]]>
/biokimiafper/amali-citra-sesi-1-tahun-2024/feed/ 0
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 & Majlis Kesyukuran Di Atas Kenaikan Pangkat Prof. Madya Dr. Noor Akmal Shareela Ismail /biokimiafper/jamuan-hari-raya-aidilfitri-2024-majlis-kesyukuran-di-atas-kenaikan-pangkat-prof-madya-dr-noor-akmal-shareela-ismail/ /biokimiafper/jamuan-hari-raya-aidilfitri-2024-majlis-kesyukuran-di-atas-kenaikan-pangkat-prof-madya-dr-noor-akmal-shareela-ismail/#respond Wed, 24 Apr 2024 07:58:00 +0000 /biokimiafper/?p=10304 …]]>

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 & Majlis Kesyukuran Di Atas Kenaikan Pangkat Prof. Madya Dr. Noor Akmal Shareela Ismail

TARIKH : 24/04/2024 (Khamis)

MASA : 11.30 pagi – 2.00 petang

TEMPAT: Bilik Mesyuarat Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan

]]>
/biokimiafper/jamuan-hari-raya-aidilfitri-2024-majlis-kesyukuran-di-atas-kenaikan-pangkat-prof-madya-dr-noor-akmal-shareela-ismail/feed/ 0
Ekspedisi Makmal Penyelidikan Biokimia 2024 (Tadika APC Pintar) /biokimiafper/ekspedisi-makmal-penyelidikan-biokimia-tadika-apc-pintar/ /biokimiafper/ekspedisi-makmal-penyelidikan-biokimia-tadika-apc-pintar/#respond Thu, 11 Jan 2024 02:28:00 +0000 /biokimiafper/?p=10509 …]]>

Ekspedisi Makmal Penyelidikan Biokimia 2024 (Tadika APC Pintar)

PROGRAM: Ekspedisi Makmal Penyelidikan Biokimia

PESERTA:Kanak-Kanak Tadika APC Pintar, Mantin, Negeri Sembilan

TARIKH: 11 Januari 2024

AKTIVITI:
– Scientist Talk Show
– Color Wheel
– Blowing up Balloons
– Aseptic Technique
– Ratatouille in The Lab
– Lawatan ke Galeri Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan

TEMPAT:
– Bilik Seminar Jabatan Biokimia, Tingkat 17, Bangunan Praklinikal.
– Unit Makmal Pelbagai Guna, Tingkat 8, Bangunan Praklinikal.
– Galeri Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, Tingkat 6, Bangunan Praklinikal.

]]>
/biokimiafper/ekspedisi-makmal-penyelidikan-biokimia-tadika-apc-pintar/feed/ 0