Hebahan Sistem Permohonan Peralatan Komputer Secara Atas Talian

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YBhg. Prof./ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Hebahan Sistem Permohonan Peralatan Komputer Secara Atas Talian

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Maklumat Kampus Kuala Lumpur (BTM KKL) telah mengadakan pengujian聽pilot聽bagi “Sistem Permohonan Peralatan Komputer” bermula pada聽10 Ogos 2020 (Isnin)聽bagi menggantikan borang manual yang digunakan sebelum ini. Permohonan ini boleh dicapai melalui聽pautan聽聽atau laman web rasmi BTM KKL聽http://www.ukm.my/btmkkl. Semua聽 permohonan hendaklah dibuat聽 melalui sistem dan sebarang permohonan聽 menggunakan borang manual tidak akan diterima lagi.

BTM KKL merancang untuk membuat pelaksanaan penuh pada聽1 September 2020 (Selasa)聽di seluruh kampus Kuala Lumpur.聽Bersama-sama ini dilampirkan manual pengguna untuk rujukan pemohon. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pn. Aisyah Musfirah di talian 03-91455316

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

KAMPUS KUALA LUMPUR