PEMAKLUMAN UNTUK TIDAK MENGEMASKINI SISTEM PENGOPERASIAN WINDOWS 10 KEPADA WINDOWS 11
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN UNTUK TIDAK MENGEMASKINI聽WINDOWS聽10 KEPADA聽WINDOWS聽11
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Pihak Bahagian Teknologi Maklumat, Kampus Kuala Lumpur聽 memohon kepada semua kakitangan HCTM untuk聽TIDAK MENGEMASKINI聽Sistem Pengoperasian (OS) komputer peribadi (PC) daripada聽Windows聽10 kepada聽Windows聽11. Ini disebabkan聽Windows聽11 masih belum stabil untuk digunakan dalam persekitaran HCTM. Ia juga bertujuan untuk memastikan semua sistem universiti dan sistem hospital tiada masalah dan dapat berfungsi dengan baik dengan kekal di persekitaran聽Windows聽10 untuk suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Berikut dilampirkan manual pengguna untuk mengekalkan penggunaan聽Windows聽10.
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan boleh berhubung di talian hotline perkhidmatan helpdesk 5300/5301 (Talian standby 019-2934521/019-2912583) atau log aduan ke聽.
Segala kerjasama YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan, amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
KAMPUS KUALA LUMPUR