Visi dan Misi
听
VISI
Bertekad menjadi pusat kecemerlangan bertaraf antarabangsa sebagai rujukan kepada industri automotif serantau
MISI
Untuk menjadi pusat ilmu berasaskan penyelidikan multidisiplin, pengembangan dan khidmat profesional dalam teknologi automotif
MATLAMAT
- Penyertaan yang aktif dalam penyelidikan dan kepakaran multidisiplin yang berkaitan dengan teknologi automotif
- Penghasilan produk berinovatif, paten dan harta intelek dalam bidang yang berkaitan
- Untuk memperkasakan rangkaian penyelidikan dan penyebaran maklumat di peringkat kebangsaan dan di persada antarabangsa
- Untuk menghasilkan penyelidik profesional dan berwibawa yang mampu memberi perkhidmatan perundingan yang mampan kepada industri automotif
- Untuk menjadi makmal penyelidikan yang bertauliah serta mempunyai kelengkapan yang terkini
- Membentuk komuniti penyelidik berkualiti, berdedikasi dan tersohor dari seluruh dunia serta meramaikan penyelidik muda tempatan menyertai komuniti ini
OBJEKTIF
- Untuk menjalankan penyelidikan enjin kenderaan
- Untuk menjalankan penyelidikan termaju mengenai elektronik automotif
- Untuk membangunkan teknik pembuatan baru dalam pengeluaran komponen dan sistem automotif
- Untuk membangunkan reka bentuk produk yang berteknologi tinggi
- Untuk menyediakan hubungan antara syarikat-syarikat tempatan dengan penyelidik di institusi akademik bagi membentuk pakatan strategik
- Untuk membangunkan pusat rujukan tempatan dan serantau bagi rangkaian syarikat-syarikat berkaitan automotif
- Untuk memupuk sumber manusia agar mempunyai kepakaran dan ilmu termaju dalam bidang kejuruteraan automotif
BIDANG PENYELIDIKAN UTAMA
- Kebolehpercayaan dan Keselamatan Kenderaan
- Mobiliti Elektrik dan Teknologi Kenderaan Pintar
- Kitar Semula dan Remanufacturing Hayat Kenderaan
