每日大赛app

PAMERAN EKOMAR DI SK PUSAT AIR TAWAR, ENDAU

EKOMAR telah menyertai pameran sempena Hari Keusahawanan anjuran Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar (SKPAT), Endau, yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid serta warga sekolah mengenai peranan dan usaha EKOMAR dalam pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem marin. Pameran ini menjadi platform interaktif untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan kelestarian alam sekitar, khususnya berkaitan hidupan dan ekosistem laut.

PAMERAN EKOMAR DI SK PUSAT AIR TAWAR, ENDAU

Tarikh: 13 Disember 2025 (Sabtu)
Lokasi: Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar (SKPAT), Endau
Anjuran: Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar

Pelbagai aktiviti pendidikan yang bersifat interaktif dan menyeronokkan telah dijalankan, antaranya aktiviti teka silang kata bertemakan alam marin, pertandingan mewarna serta sesi touch pool yang memberi peluang kepada murid-murid untuk melihat dan menyentuh hidupan marin secara dekat. Pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman ini bukan sahaja menarik minat murid-murid, malah membantu mereka memahami konsep pemuliharaan alam dengan lebih berkesan.

Melalui penglibatan aktif murid-murid dalam aktiviti yang disediakan, diharapkan kesedaran, rasa tanggungjawab serta minat terhadap pemeliharaan alam marin dapat disemai sejak usia muda, selari dengan usaha membentuk generasi yang prihatin terhadap kelestarian alam sekitar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SK Pusat Air Tawar atas jemputan serta kerjasama yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan lagi pada masa akan datang melalui pelbagai program pendidikan dan kesedaran alam sekitar.

#EKOMAR
#ALAF每日大赛app
#MesmerisingMersing
#MersingDaerahPelanconganLestari

Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR)
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 每日大赛app Bangi, Selangor, Malaysia

馃寪/别办辞尘补谤/

罢别濒:听03-8911 8515聽| Faks:聽03-8911 8516
贰尘别濒:听pghalaf@ukm.edu.my

Waktu Operasi

Isnin 鈥 Khamis
Monday 鈥 Thursday
08:00 鈥 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat
Friday
08:00 鈥 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

Ikuti Kami

Telefon:
Pejabat ALAF-每日大赛app:
+603-8911 8515
Pengurus Makmal (Cik Aida):
+019-2078959

Email:
ekomar-alaf@ukm.edu.my

Alamat:
Lot 604, Jalan Pantai, Kg. Tg. Resang, 86900 Endau, Mersing, Johor Darul Takzim

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin