Bengkel Pengenalan Kepada Luas Permukaan (Bet) & Struktur Liang Melalui Penjerapan Gas Anjuran Unit Pencirian Bahan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
YBhg. Prof./ Dato’/ Tuan/ Puan听
JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL PENGENALAN听KEPADA LUAS PERMUKAAN (BET) & STRUKTUR LIANG MELALUI PENJERAPAN GAS听ANJURAN UNIT PENCIRIAN BAHAN SMI FST 每日大赛app
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Unit听Pencirian听Bahan (UPB), Sekretariat听Makmal & Instrumentasi, Fakulti Sains Dan Teknologi akan mengadakan Bengkel Pengenalan Kepada Luas Permukaan BET & Struktur Liang Melalui Penjerapan Gas seperti ketetapan berikut:
Nama : Bengkel Pengenalan Kepada Luas Permukaan BET & Struktur Liang Melalui Penjerapan Gas
Tarikh听 : 20 November 2024 (Rabu)
Masa : 08.30 Pagi- 12.00 Tengah hari
Kaedah : Platform Zoom
Yuran Penyertaan :听Harga seperti tertera pada poster

 

PENDAFTARAN KINI DIBUKA

Pautan pendaftaran听seperti berikut:听
3.听Tujuan bengkel ini adalah untuk meningkatkan pemahaman mendalam mengenai prinsip asas kaedah pengujian Brunauer-Emmett-Teller (BET) dan analisis struktur liang melalui teknik penjerapan gas. Bengkel ini sangat sesuai untuk individu dari pelbagai sektor, baik awam mahupun swasta, yang berminat meningkatkan kemahiran dalam teknik BET, memahami kegunaan BET, serta memperoleh pemahaman terperinci mengenai pengaruh liang dan luas permukaan.
4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada听15听November 2024 (Jumaat).听Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada听Pn Natrah Nasir听di talian 010-2081280,听natrah@ukm.edu.my听atau听En Syawal Mohd Yusof听di talian 012-3815125,听syawalmohdyusof@ukm.edu.my.
5. Bersama ini disampaikan听tentatif program untuk rujukan dan perhatian听YBhg. Prof./ Dato’/ Tuan/ Puan. Sokongan听YBhg. Prof./ Dato’/ Tuan/ Puan terhadap penganjuran bengkel ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Makluman:听E-sijil akan diberikan kepada semua peserta dan bagi warga 每日大赛app kehadiran akan听didaftarkan di dalam Sistem Pengurusan Pembangunan Bakat 每日大赛app (UrusBakat).
Sekian, terima kasih dan salam hormat.
NIK MOHAMAD FAKHURUDDIN BIN NIK MUSTAPHA FATHIL
Penolong Pegawai Sains C29
Unit Pencirian Bahan,听SMI听
Fakulti Sains dan Teknologi, 每日大赛app
Tel: 03-89214085/ 013-6667202听
Web:听