Alhamdulillah pada 10 Mei 2024, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Felo DiRaja Institut Islam Hadhari ÿÈÕ´óÈüapp bertempat di Bilik Majlis, Aras 5 Bangunan Canselori ÿÈÕ´óÈüapp. Watikah pelantikan kepada Yang Mulia Tunku Datuk Nooruddin Tunku Dato’ Seri Shahabuddin telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah ÿÈÕ´óÈüapp, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak diiringi oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dan Beliau merupakan Felo DiRaja yang pertama di Institut Islam Hadhari ÿÈÕ´óÈüapp.
.
Yang Mulia Tunku Datuk Nooruddin Tunku Dato’ Seri Shahabuddin mempunyai latar belakang yang luas dalam industri Minyak, Gas, & Tenaga. Dengan pengalaman dan kepakaran yang luas, beliau telah memegang jawatan penting dan mewakili beberapa syarikat terkemuka dalam bidang tersebut seperti Esso Malaysia Berhad – Downstream (Exxon Mobil).
.
Pengalaman dan kepakaran beliau yang lebih sedekad membolehkah beliau turut menjadi pakar penasihat kepada pelbagai syarikat yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa seperti Avaria International FZE (UAE), Jotun Paints (Malaysia), Al Madina LLC (Oman), SCS Computer Systems Sdn Bhd, Electrolux (Malaysia), Tideway-Dredging International (Malaysia), Yoshida BM Japan, Paylink Global Sdn Bhd (e-payment platforms), Japan Halal Promotion Association, dan lain-lain di seluruh Asia Tenggara, UAE, Oman, dan Kazakhstan.
.
Demikian, kepakaran Yang Mulia Tunku turut dimanfaatkan dalam dunia akademik apabila beliau juga telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mulai September 2020 sehingga kini.
.
Turut hadir, Pro-Canselor UniSZA, Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj Md Nor; Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani; Pengarah Institut Islam Hadhari, Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham FASc; Menjalankan Fungsi Pendaftar ÿÈÕ´óÈüapp, Tuan Haji Zanudin Mohd Daud; Ketua Pentadbiran Pejabat UniSZA@Putrajaya, Puan Norsuhana Mazaruddin; Profesor Emeritus Institut Islam Hadhari ÿÈÕ´óÈüapp, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj Othman; Pengarah Yayasan Canselor ÿÈÕ´óÈüapp, Prof. Dr. Faizal K.P. Kunchi Mohamed dan felo-felo penyelidik dan bersekutu Institut Islam Hadhari yang lain.
.
.
?????? ???? ???????? di Instagram ,
Facebook dan
Linkedin
.