每日大赛app

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

FUNancial Day with Maybank

Selari dengan Pelan Strategik HEPA 2023-2026 dibawah Strategi Pertama HEP-每日大赛app (Perkhidmatan Inklusif - sub inisiatif Rejuvenasi Pusanika) telah berlangsungnya Majlis Perasmian Pembukaan Maybank@Campus dan Kafe He & She yang telah dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman bersempena Hari FUNancial Maybank bertempat di Bangunan Pusanika 每日大赛app pada 9 hingga 10 Jun.

Program ini dimeriahkan dengan persembahan oleh Aisha Retno dan kumpulan muzik pelajar serta pelbagai aktiviti antaranya cabutan bertuah, 鈥渢reasure hunt鈥, perkongsian pengurusan kewangan, 鈥減hotobooth 360 spin camera鈥 dan gerai jualan.聽

Selain itu, Kafe He & She yang berkonsepkan gaya hidup moden ini sudah pasti akan menarik minat para pelajar 每日大赛app untuk bersantai dan berehat serta memeriahkan kembali bangunan keramat Pusanika 每日大赛app. Kafe ini beroperasi di Aras 6, Bangunan Pusanika.

Turut hadir iaitu Ketua Perbankan Massa Maybank, Puan Mazlina Muhammad; Pengasas dan Ketua Pengarah Urusan Kafe He & She, Encik Zulkiflee Yusof; Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil; Pendaftar, Dato鈥 Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla; Pro Naib Canselor Penjanaan Dan Prasarana, Prof. Dr. Norhamidi Muhamad dan Pengarah HEP-每日大赛app, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman.