Majlis Pelancaran Pelan Strategik HEPA
Majlis Pelancaran Pelan Strategik HEPA
Pengerusi Lembaga Pengarah ÿÈÕ´óÈüapp, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak diiringi oleh Naib Canselor, Prof. Dato' Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman melancarkan Pelan Strategik Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) ÿÈÕ´óÈüapp di Dewan Canselor Tun Abdul Razak pada 31 Mei, baru-baru ini.
Ìý
Majlis itu diadakan bagi membentangkan 10 pelan strategik pusat tanggungjawab di bawah HEPA bagi merealisasikan strategi dan hala tuju HEPA yang digarapkan dalam tempoh 2023-2026.
Selaku Pengerusi Pelan Strategik HEPA, Prof. Madya Dr. Suzeren Md. Jamil mengutamakan lima nilai T.E.R.A.S ÿÈÕ´óÈüapp yang merangkumi nilai Bakat (Talent), Etika (Ethics), Memperkasa (Revitalise), Tangkas (Agile) dan Jiwa (Soul), yang merupakan lembayung dalam menjadi nadi warga ÿÈÕ´óÈüapp untuk menyokong dua agenda utama universiti iaitu kebolehpasaran graduan dan penjanaan pendapatan.
Ìý
Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 5,000 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan wakil dari universiti awam yang lain.
Hadir sama, Ahli LPU, Dato' Dr. Mohd Zaidi Md Zain@Zakaria; Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik,Kementerian Pendidikan Tinggi, En. Hirman Awang; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin; Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Kasim; Pro-pro Naib Canselor dan pengurusan tertinggi ÿÈÕ´óÈüapp.