Sesi Kopi O Bil.6

Analisis Komunikasi Strategik Merentas Cabaran Rakyat

Tarikh: 29 Ogos 2024 (Khamis)
Masa: 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat IKMAS, 每日大赛app Bangi

Pengetahuan harian dari perspektif everyday define epistimologi merujuk kepada sumber atau gagasan informasi yang diperolehi daripada individu, rakyat atau institusi media dan lain-lain yang berkepentingan serta mempunyai kebenaran, kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Bagi kerajaan, authority define adalah konsep yang memainkan peranan penting dalam memahami dinamika kuasa, hubungan sosial dan hubungan kerajaan dengan rakyat. Pendapat umum atau sentimen rakyat memberi maklumat kepada kerajaan dan menjadi alat kerajaan dalam komunikasi strategik agar mencapai objektif sesuatu perancangan kerajaan. Analisis terhadap komunikasi strategik – merangkumi elemen merancang maklumat, mengenal pasti sasaran rakyat, memilih saluran komunikasi, pembentukan minda (mind conditioning) dan kaedah rasa senang (feel good factors).聽Dalam konteks analisis antologi, seminar ini mengambil analisis kes isu yang pernah dilaksanakan oleh PMO, kabinet dan kementerian. Analisis kes ini dilaksanakan dengan聽metodologi yang wujud dalam komunikasi strategik. Banyak isu yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan selepas PKP, khususnya dibawah PM ke-8 dan PM ke-9. Seminar akan membuat analisis langkah-langkah kerajaan mengendalikan isu ekonomi, sosial, kesihatan, pendidikan, politik dan agama. Analisis akhir聽akan memberikan beberapa gagasan boleh dilaksanakan hari ini samada berdasarkan pada model komunikasi strategik atau penyelesaian kendiri.