Speech by Director of IKMAS, Prof Dr. Rashila Ramli during 每日大赛app 42 Convocation Ceremony

convo2014

UNTUK PENGURNIAN IJAZAH KEHORMAT聽 (KEMANUSIAAN DAN KESEJAHTERAAN GLOBAL) OLEH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KEPADA TAN SRI DR. JEMILAH MAHMOOD

PADA 4 NOVEMBER, 2014

OLEH

PROF. DR. RASHILA HAJI RAMLI

PENGARAH INSTITUT KAJIAN MALAYSIA DAN ANTARABANGSA (IKMAS)

SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN 每日大赛app KE-42 DI DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK (DECTAR), 每日大赛app, BANGI SELANGOR

 

JEMILAH MAHMOOD

 

 

  1. Dentuman senapang di padang pasir di negara sengketa,

Peluru terbang menembusi jasad seorang insan berhati mulia,

Seorang doktor misi kemanusiaan dari negara yang jauh

Darahnya mengalir tetapi hatinya waja

Meneruskan misi walaupun bahaya

Inilah peristiwa di Baghdad tahun 2003.

 

  1. Jika disebut tentang bakat dalam pengurusan kemanusiaan, perundingan dan peninmbangtaraan di peringkat antarabangsa, nama ini tidak asing lagi bagi kita semua.

 

  1. Jika disebut MERCY Malaysia, akan terbayang satu pasukan petugas di kawasan sengketa mahupun kawasan bencana yang memberi bantuan kemanusiaan, pemeriksaan kesihatan dan perundingan. Sekali lagi, nama pengasas dan penerajunya tidak asing lagi bagi kita semua.

 

  1. Dan jika dilaung namanya di kalangan masyarakat sivil serta sektor perubatan, nama ini memang tidak akan asing buat mereka.

 

  1. Jemilah Mahmood, bakal penerima Ijazah Doktor Kehormat 聽Kemanusiaan dan Kesejahteraan Global ialah srikandi yang kita raikan di sini.

 

  1. Jemilah Mahmood, seorang wanita yang kental menghadapi cabaran聽 dan menundukkan kesukaran ialah anak bongsu dari 7 adik beradik, hasil perkongsian hidup En Hj. Mahmood Hussin dan Puan Zainab Abdullah

 

  1. Anak kacukan kelahiran Negeri Sembilan ini mendapat pendidikan awal di Assunta Girls鈥 School, Petaling Jaya Selangor dan seterusnya melanjutkan pelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Usaha gigihnya membolehkan Jemilah memperolehi ijazah Doktor Perubatan pada tahun 1986, seterusnya Ijazah Sarjana聽 Obstetrik dan Ginekologi pada tahun 1991.

 

  1. Sebagai seorang doktor perubatan, Jemilah amat prihatin terhadap impak yang berkaitan dengan kecederaan, kesengsaraan dan kesakitan.聽 Krisis di Kosovo pada tahun 1999 adalah titik tolak yang mengubah cara hidup Jemilah dari seorang doktor perubatan swasta kepada doktor perubatan dengan misi kemanusian. Beliau terpanggil untuk bertindak memberi khidmat secara sukarela kepada mangsa perang melalui kepakaran yang ada sebagai seorang doktor.聽 Dengan itu juga聽 negara menyaksikan penubuhan Mercy Malaysia pada Jun 1999, satu jenama yang kini amat sinonim dengan bantuan kemanusiaan.

 

  1. Jika berlaku konflik yang membawa kepada kerakusan tindakan聽 dan kehilangan jiwa, maka akan muncul Jemilah Mahmood dan Mercy聽 Malaysia untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa terutamanya wanita dan kanak-kanak. Kehadiran Jemilah di Kosovo,聽 Baghdad,聽聽 Syria, Somalia dan Kambodia 聽adalah buktinya.

 

  1. Jika berlaku bencana alam, akan hadirlah聽 Jemilah Mahmood dan Mercy Malaysia untuk memberi bantuan perubatan dan kemanusiaan, secara tak langsung meringankan beban dan penderitaan yang ditanggung oleh mangsa bencana alam.聽聽 Mercy Malaysia di bawah kepimpinan Jemilah ialah antara badan sukarelawan pertama yang tiba di Banda Acheh apabila Tsunami Dahsyat melanda pada Disember tahun 2004

 

  1. Sama ada dalam misi di kawasan konflik mahupun misi聽 di kawasan yang dilanda bencana alam, Jemilah berpegang kepada prinsip聽 pemerkasaan komuniti. 聽Beliaulah yang telah memperkenalkan Total Disaster Risk Management (TDRM) yang telah mendapat Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2014.

 

  1. Beliau telah memastikan bahawa MERCY Malaysia mencapai pengiktirafan Humanitarian Accountability Partnership sebagai persatuan pertama di Asia dan ketiga di dunia.聽 Pensijilan ini penting kerana ia satu pengiktirafan bahawa MERCY Malaysia mencapai piawaian antarabangsa dari segi kepertanggungjawaban dan ketelusan di dalam operasi dan mengwujudkan satu model komprehensif聽 yang mengambikira kepentingan penderma dan keperluan penerima聽 dalam jangka masa panjang. Bagi Jemilah, misi Kemanusiaan bukanlah misi untuk seketika sahaja tetapi satu pengurusan yang boleh memperkasakan semula masyarakat yang ditimpa malang.

 

  1. Jemilah sentiasa sedia dan sanggup menjadi mentor untuk聽 anak muda di kawasan kejadian. Jemilah juga sentiasa mengambil berat tentang kebajikan staf yang bergerak bersama menangani masalah sama ada di kawasan konflik ataupun kawasan yang dilanda聽 bencana alam Kepimpinan Transformasional yang ditunjukkan oleh Jemilah menyebabkan pelbagai pihak sudi memberi sokongan dalam aneka bentuk 聽untuk menghasilkan kejayaan sekali gus memahatkan nama Malaysia di peringkat global.

 

  1. Anugerah demi anugerah telah dikalungkan kepada Jemilah Mahmood聽聽 Kurniaan demi kurniaan telah diterima oleh beliau. Antara anugerah yang amat bermakna bagi Jemilah ialah聽 The First East Asia Women Peace Award (2003), The Gandhi 聽Ikeda Award (2006),. Atas jasa baktinya, Jemilah telah menerima pingat Panglima Mahkota Negara dari DYMM Yang di Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri.

 

  1. Pengiktirafan terakhir pada tahun ini 2014 ialah lantikan sebagai KETUA 聽聽聽聽聽聽聽聽聽聽聽 World Humanitarian Summit (WHS), New York oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.聽 Di sini, Jemilah memikul tanggungjawab besar dan berat. Adalah menjadi wawasan beliau melalui Sidang Kemuncak yang akan berlangsung pada tahun 2016 ini untuk mengubah pemikiran kerajaan, penderma, pekerja kemanusiaan, para swasta, academia dan diaspora tentang peranan mereka yang harus melalui transformasi agar perubahan landskap dunia聽 berubah
  1. Bagi Jemilah, matlamatnya satu, membantu memperkasakan komuniti yang melalui krisis supaya聽 bangkit semula dan berdikari untuk meneruskan kehidupan. Isu pertanggungjawaban adalah penting.聽 Kerana tugas inilah, beliau tidak dapat bersama kita pada hari ini.聽 Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk membaca petikan dari teks ucapan balas :

Kata Tan Sri Jemilah:

 

  1. Dunia sedang menghadapi satu perubahan yang pantas menuju kearah masa depan yang gelap untuk bangsa manusia. Krisis Kemanusiaan dari konflik, bencana alam, ketidakpastian bekalan makanan聽 dan juga impak perubahan cuaca global telah membawa kita kesuatu keaadaan dimana bencana yang menimpa suatu bangsa atau negara akan mendatangkan kesan keatas negara jiran mereka malah kepada seluruh dunia, dengan menyebakan kecelaruan, kacau bilau, ternyah dari tempat tinggal, krisis pelarian dan juga isu keselamatan malah kesan kepada ekonomi.

 

  1. Sudah pasti kita perlu melihat kembali bagaimana kita mahu mendefinisikan sebuah negara/bangsa yang maju. Ianya bukan sahaja berdasarkan banyaknya bilangan bangunan mencakar langit, lebuhraya yang luas dan pendapatan per kapita yang tinggi tetapi mesti juga berdasarkan kepada keupayaan negara kita merasakan bersama rasa cinta kita kepada dunia dan bertindak secara bersama dengan jiran-jiran kita yang dilanda musibah.

 

  1. Ini adalah merupakan prinsip hidup yang saya praktikkan dalam menjalani kehidupan saya dan percaya bahawa kejayaan saya mestilah diukur dari keupayaan saya mempengaruhi kehidupan yang lebih baik untuk orang lain.

 

  1. Saya merasa terkilan kerana tidak dapat hadir bersama tuan-tuan聽dihari yang sungguh bermakna ini tetapi saya tahu bahawa semangat saya berada bersama tuan-tuan dengan kehadiran ahli keluarga yang saya sayangi mewakili diri saya didewan yang mulia ini.

 

  1. Saya merasa rendah diri diatas penganugerahan ini dan berdoa agar dapat memberi inspirasi kepada adik-adik graduan 每日大赛app untuk membentuk perjalanan hidup mereka di dunia ini dengan membantu kearah kebaikan sejagat.

 

Demikianlah kata kata dari Tan Sri Jemilah Mahmood.

 

  1. Kejayaan Jemilah Mahmood menjadi kebanggaan keluarganya iaitu Datuk Dr. Ashar Abdulah, suaminya dan dua putera mereka iaitu Adam Ashar dan Omar Ashar.

 

  1. 每日大赛app amat bangga dengan kejayaan aluminya yang tersohor ini.

 

  1. YAM Tunku Pro-Canselor, saya memohon izin YAM Tunku Pro-Canselor menganugerahkan kepada Jemilah Mahmood, Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kemanusian dan Kesejahteraan Global)