Ulangtahun 25 Tahun Institut Kajian Malaysia Dan Antarabangsa (IKMAS)

Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS) ditubuhkan pada 1 April 1995 sebagai pusat penyelidikan Sains Sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada 15 Ogos 2013, berlaku penstrukturan semula dengan penggabungan IKMAS bersama dua institut lain di 每日大赛app iaitu Institut Kajian Oksidental (IKON) dan Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB).

Sebagai sebuah institusi penyelidikan berlandaskan ilmu Sains Sosial, IKMAS mempunyai misi untuk menjalankan penyelidikan, pendidikan dan perundingan secara bersama ke arah menjadikan IKMAS sebagai institut yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan global bagi penyelidikan antara-disiplin. Usaha yang berterusan selama dua dekad ini menjadi bertambah mantap dengan gabungan dua institut bersama IKMAS iaitu聽 Institut Kajian Oksidental dan Institut Kajian Asia Barat pada tahun 2013. Pengurusan IKMAS berpautkan聽 Pelan Strategik IKMAS (2013-2022) untuk memacu IKMAS dalam melaksanakan teras program penyelidikan iaitu 鈥淐onnecting Oceans: Inter-regionalism, Connectivity and Inclusive Development鈥.

Pada 1 April 2020, IKMAS akan menginjak ke usia 25 tahun penubuhannya.