LAWATAN TAPAK GELIGA HERITAGE SDN. BHD. – Inisiatif Pemindahan Ilmu & Pengkomersialan Komuniti
Bundu Tuhan, Kundasang, Sabah
9–11 Februari 2026
Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@ÿմapp™) telah melaksanakan lawatan tapak bagi menyempurnakan fasa pemindahan ilmu dan teknologi kepada Komuniti Dumowongi, Bundu Tuhan, Kundasang, Sabah melalui syarikat pemula ÿմapp, Geliga Heritage Sdn. Bhd.
Inisiatif ini merupakan projek di bawah pembiayaan Program i-SEE SME Corp bernilai RM190,000 yang bertujuan memperkasa komuniti B40 melalui penghasilan produk nilai tambah daripada hasil pertanian yang ditolak pasaran, khususnya ubi keledek dan bawang.
Melalui pendekatan berstruktur, komuniti telah menerima:
• Mesin pemprosesan yang dibiayai sepenuhnya di bawah geran
• Latihan teknikal secara hands-on
• Pemindahan “Modul Pengeringan Tanaman Sayur” yang dilindungi hak cipta MyIPO
• Pelesenan know-how secara rasmi bernilai RM30,000
Sepanjang sesi pelaksanaan, komuniti berjaya menghasilkan kelompok percubaan melibatkan minuman ubi keledek, kerepek ubi keledek dan bawang goreng, membuktikan kesiapsiagaan untuk memulakan pengeluaran komersial.
Sebelum projek ini dilaksanakan, hasil pertanian yang tidak memenuhi spesifikasi pasaran sering dibuang dan menyebabkan kerugian pendapatan kepada petani kecil. Kini, hasil tersebut diproses menjadi produk hiliran bernilai tambah yang berpotensi dipasarkan secara terus kepada pengguna.
Inisiatif ini bukan sekadar latihan biasa, tetapi satu model pemindahan teknologi yang formal dan berintegriti melibatkan struktur pelesenan yang jelas. Ia memperlihatkan model ekosistem yang mampan
Program ini turut membuktikan komitmen INOVASI@ÿմapp™ dalam menggabungkan agenda pengkomersialan teknologi dengan impak sosial yang signifikan kepada masyarakat luar bandar.
INOVASI@ÿմapp akan terus komited memperluas model pemindahan ilmu berimpak tinggi demi menyokong pembangunan ekonomi komuniti dan memperkukuh peranan universiti sebagai pemangkin inovasi negara.
Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@ÿմapp™)
Memacu Inovasi, Mencetus Revolusi







