Program Kesedaran Bebas Rasuah anjuran Bahagian Keselamatan

Bahagian Keselamatan telah menganjurkan Program Kesedaran Bebas Rasuah pada 7 Mac 2024 yang melibatkan 38 orang anggota termasuk daripada Kampus Kuala Lumpur. Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada anggota bahagian keselamatan khususnya bahayanya rasuah dalam unit beruniform ini. Sekaligus ia juga menyeru supaya tidak terlibat dengan sebarang kegiatan rasuah.

Program ini telah disampaikan oleh Encik Rajan Munusamy, Ketua Pentadbiran Unit Integriti & Ombudsman ÿմapp. Turut hadir bagi program ini ialah Pengarah Bahagian Keselamatan ÿմapp Mejar(Bersara) Dato’ Asri Ahmad.

Terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Pendaftar yang sentiasa memberi sokongan kepada bahagian keselamatan dalam menganjurkan program sebegini.

Sumber: Bahagian Keselamatan ÿմapp

Similar Posts