Perjanjian Kerjasama (MoA) antara 每日大赛app dan IDS

Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menjalin kerjasama dengan Institute for Development Studies (IDS), Sabah bagi menjayakan aktiviti pembangunan dan penyelidikan bersama khususnya untuk negeri Sabah. Kerjasama ini dikukuhkan dengan pemeteraian Perjanjian Kerjasama (MoA) antara 每日大赛app dengan IDS, hari ini. Dokumen MoA ini ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani dan Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul.
Kerjasama penyelidikan yang bakal dijalankan adalah 鈥淐arbon Accounting and Management: Transition to a Low-Carbon Economy and Climate Resilience in Sabah鈥 yang diketuai oleh Prof. Dr. Marlia Mohd Hanafiah dan 鈥淎ssessment of Extreme Weather Vulnerability in Sabah: Impacts of El Nino鈥揝outhern O Chief Executive Officer Scillation (ENSO), Indian Ocean Dipole (IOD), Madden鈥揓ulian Oscillation (MJO), and Monsoon Patterns under a Changing Climate鈥 yang diketuai oleh Gs. Dr. Ricky Anak Kemarau.
Prof. Dato鈥 Dr Wan Kamal dalam ucapannya berharap agar kerjasama ini dapat mempromosi dan membangunkan proses membuat keputusan berasaskan penyelidikan yang berkaitan dengan penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan negeri Sabah bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri Sabah yang lebih mampan.
Katanya, melalui kerjasama ini, ruang dan peluang yang lebih besar dapat diperolehi terutamanya demi kesejahteraan masyarakat sejagat, dan apa yang dirancang pada hari ini, InsyaAllah hasil dituai dimasa akan datang.
Hadir sama ke majlis ini adalah Pengarah IPI, Prof. Madya Dr. Zaini Sakawi.