Pada 22 Februari sehingga 25 Februari 2025, pasukan Unit Elektrikal Jabatan Pembangunan Prasarana ÿÈÕ´óÈüapp telah melakukan kerja-kerja penggantian baru perkakasan suis voltan tinggi 33kV jenis VCB & lain-lain kerja berkaitan di PMU 33kV/11kV.
Ìý
Kesemua kerja2 pemasangan ini dilaksanakan secara berperingkat & perlu mematuhi Akta Bekaln Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 serta Prosedur Kerja Selamat, Suruhanjaya Tenaga bagi memastikan kerja-kerja berjalan dengan lancar & keselamatan terjamin.
Ìý
Prof Abdul Halim yang menjalankan fungsi Naib Canselor, pada 24 Februari turut turun ke lapangan PMU 33KV ÿÈÕ´óÈüapp Bangi & telah diberi taklimat oleh pihak Jabatan Pembangunan Prasarana berkenaan perkembangan semasa kerja-kerja naik taraf sistem bekalan elektrik voltan tinggi di PMU 33kV yang merupakan nadi utama kepada sistem pembahagian bekalan elektrik dan pencawang-pencawang elektrik di Kampus ÿÈÕ´óÈüapp Bangi.
Ìý