Pada 30 Julai 2025 (Khamis), telah berlangsung Majlis Penyerahan Tapak bagi Cadangan Menaiktaraf Pejabat Hal Ehwal Pelajar (Hep-Ukm), Aras 7, Bangunan Pusanika, Ukm Bangi daripada pihak kontraktor Tigress Tera Sdn Bhd dan Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP) kepada Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-ÿÈÕ´óÈüapp)
Majlis Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Ts. Herwan Sham Harun selaku Timbalan Pengarah Penyelenggaraan & Operasi JPP dan Dr Munira Ismail selaku Timbalan Pengarah (Pembangunan) HEP-ÿÈÕ´óÈüapp
Turut hadir dari pihak HEP-ÿÈÕ´óÈüapp adalah Encik Saidi Bin Ismail (Ketua Pentadbiran), Puan Siti Atiqah Moamat Mastam (Ketua Unit Kaunseling), Puan Nur Izzati Ad Rahman (Ketua Unit Korporat, Jaringan & Penerbitan) & Encik Muhamad Firdaus Ramnah (Penolong Jurutera)
Manakala dari pihak JPP pula dihadiri oleh wakil-wakil dari setiap unit iaitu Unit Arkitek, Unit Elektrik, Unit Mekanikal, dan Unit Awam serta wakil dari ICT-ÿÈÕ´óÈüapp yang terlibat dalam kerja-kerja naiktaraf ini.
Kerja-kerja ubahsuai ruang ini bermula pada 1 Disember 2024 dan telah siap sepenuhnya pada 6 Jun 2025. Kerja-kerja ubahsuai ini telah melibatkan kos sebanyak RM 808,526.00 merangkumi kerja ubahsuai dan juga pembekalan perabot. Skop utama bagi kerja-kerja ini adalah mengubahsuai semula ruang pejabat sedia kepada pejabat baru yang berkonsepkan moden dan korporat.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan JPP ÿÈÕ´óÈüapp dan pihak kontraktor di atas kejayaan menyiapkan kerja-kerja ubahsuai ini serta jutaan terima kasih diucapkan kepada Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-ÿÈÕ´óÈüapp) atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang pelaksanaan kerja-kerja ubahsuai ini.