Pada 5 Ogos 2025 (Selasa), telah berlangsung Majlis Penyerahan Kerja Siap bagi Projek Kerja-Kerja Mengganti Bumbung dan Mengecat Dinding Stadium, serta Lain-Lain Kerja Berkaitan daripada pihak kontraktor Aique Enterprise dan Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP) ÿÈÕ´óÈüapp kepada pihak Pusat Sukan ÿÈÕ´óÈüapp. Majlis serahan ini telah disempurnakan oleh Encik Zolkefli Mohamed selaku Pengarah JPP ÿÈÕ´óÈüapp dan telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Nur Shakila Mazalan, Pengarah Pusat Sukan ÿÈÕ´óÈüapp.
Turut Hadir dari Pihak Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP) ÿÈÕ´óÈüapp ialah Ts. Herwan Sham Harun, Timbalan Pengarah Penyelenggaraan & Operasi, Encik. Mohd Faizal Abdul Rahim, Ketua Unit Ukur Bahan beserta wakil-wakil JPP ÿÈÕ´óÈüapp, Pusat Sukan ÿÈÕ´óÈüapp dan pihak kontraktor.
Kerja-kerja naiktaraf ini bermula pada 04 Mac 2025 dan telah siap sepenuhnya pada 23 Jun 2025. Skop utama bagi kerja ini adalah penggantian bumbung dan mengecat stadium.
Projek ini merupakan usaha bersama dalam meningkatkan kemudahan prasarana sukan universiti, khususnya bagi menyediakan persekitaran yang lebih selamat, selesa dan berdaya saing kepada warga kampus. Dengan siapnya kerja-kerja naik taraf ini, Stadium Universiti kini tampil dengan wajah baharu yang lebih segar dan bersedia untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pelbagai aktiviti sukan dan program universiti.
Syabas dan tahniah kepada Pasukan JPP ÿÈÕ´óÈüapp dan pihak kontraktor di atas kejayaan menyiapkan kerja-kerja naiktaraf ini serta jutaan terima kasih diucapkan kepada Pusat Sukan ÿÈÕ´óÈüapp atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang pelaksanaan kerja-kerja naiktaraf ini.