Delegasi Universiti Wuhan Berkunjung ke JSBAS

Bangi, Selangor, 13 Mei 2025 – Delegasi daripada Universiti Wuhan, sebuah universiti awam komprehensif terkemuka yang terletak di Wuhan, Hubei, China, telah mengadakan kunjungan ke Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar (JSBAS) hari ini. Universiti Wuhan menduduki tangga ke-8 dalam ranking kebangsaan China dan berada di kedudukan ke-194 di peringkat antarabangsa menurut QS World University Rankings.

Kunjungan ini merupakan salah satu inisiatif JSBAS dalam memupuk kerjasama antarabangsa dan berinteraksi dengan institusi-institusi terkemuka di seluruh dunia.

JSBAS melahirkan rasa bangga menerima lawatan daripada universiti yang tersohor ini. Semoga pertemuan kali ini menjadi pemangkin kepada kerjasama berpanjangan antara JSBAS dan Universiti Wuhan pada masa akan datang.