Lawatan Kerja Penyelidikan ke Fang Geothermal Power Plant and Hot Springs, Chiang Mai, Thailand

Ahli Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar mengikuti sebuah lawatan kerja penyelidikan ke Fang Geothermal Power Plant and Hot Springs, Thailand pada 7-9 Februari yang lalu. Lawatan ini merupakan hasil jaringan kepakaran yang dibina di persidangan MIGC2024. Lawatan ini menerima tajaan penuh Geothermal Resources Sdn Bhd, dan dianjurkan dengan kerjasama Ramkhamhaeng University dan Thailand Insitute of Nuclear Technology (TINT).

Lawatan tiga hari ini聽memberi peluang kepada ahli delegasi untuk mempelajari tentang teknologi dan pendekatan yang digunakan di Fang untuk pembangunan tenaga geoterma dan aplikasinya dalam pelbagai bidang termasuk agrikultur dan pelancongan. Pengisian lawatan termasuk lawatan ke School of Renewable Energy di Maejo University, Chiang Mai dimana ahli mengikuti ceramah teknik yang diberikan Profesor Madya Dr. Nattaporn Chaiyat tentang sistem tenaga geothermal di Chiang Mai dan juga lawatan ke San Kamphaeng Hot Springs.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan sekali lagi kepada Geothermal Resources Sdn Bhd atas jemputan dan tajaan untuk mengikuti lawatan ini yang penuh dengan pengisian yang cukup menarik. Semoga usaha pihak GRSB untuk menggerakkan bidang tenaga geoterma di Malaysia dipermudahkan dan menjadi kenyataan di masa hadapan dengan ilmu yang dipelajari dan jaringan yang dibina dalam lawatan ini.