Lawatan Kerjasama – Penilaian Cerun Berisiko di ADTEC Melaka (7 Januari 2025)

Program Geologi ÿÈÕ´óÈüapp dengan sokongan HEJIM  telah mengadakan lawatan kerjasama ke ADTEC Melaka () pada hari Selasa, 7 Januari 2025.

Pasukan Program Geologi ÿÈÕ´óÈüapp diketuai oleh Dr. Nor Shahidah Mohd. Nazer dan disertai enam orang pensyarah Program Geologi dari pelbagai bidang kepakaran. Lawatan dimulakan dengan sesi lawatan tapak untuk membuat tinjauan awal keadaan cerun batuan dan cerun tanah di sekitar kampus ADTEC, diikuti dengan sesi perbincangan di Bilik Mesyuarat Prisma bersama wakil-wakil ADTEC. Sesi perbincangan ini turut disertai En. Muhammad Azri, wakil JMG Negeri Sembilan/ Melaka.

Program Geologi mengucapkan terima kasih atas jemputan dan sambutan mesra daripada pihak ADTEC Melaka. Semoga lawatan ini menjadi titik permulaan kerjasama jangka panjang dengan ADTEC Melaka di masa hadapan.

(Sumber: )