Dasar-dasar pengolahan dan interpretasi data Brennaur Emmet Teller (BET) di UMRAH oleh pensyarah Jabatan Sains Kimia 每日大赛app

Dasar-dasar pengolahan dan interpretasi data Brennaur Emmet Teller (BET) di UMRAH oleh pensyarah Jabatan Sains Kimia 每日大赛app.

 

Hasil daripada kerjasama strategik antara Universiti Maritim Raja Ali Haji (UMRAH) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Dr. Nurul Asikin telah dijemput sebagai penceramah jemputan untuk menyampaikan bengkel bertajuk 鈥淒asar-dasar Pengolahan dan Interpretasi Data Brunauer-Emmett-Teller (BET)鈥 kepada pelajar siswazah dalam program Kimia dan Pendidikan Kimia di UMRAH pada 3 Oktober 2024. Jemputan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuhkan kolaborasi akademik antara kedua-dua institusi, dengan fokus kepada perkongsian ilmu dan teknologi dalam bidang sains permukaan. Bengkel ini berlangsung dari jam 10 pagi hingga 5 petang dan merangkumi modul-modul daripada 鈥淢astering Surface and Porosity Modul 1 dan 2,鈥 hasil hakcipta 每日大赛app yang diketuai oleh Dr. Nurul Asikin. Modul-modul tersebut memperincikan pelbagai aspek seperti teori BET, aplikasi, penggunaan instrumen, analisis praktikal, pengoptimuman keputusan, plotting data, kajian kes, serta penyelesaian masalah data analisis BET. Bengkel ini bukan sahaja berjaya memperkenalkan alat baharu kepada pelajar siswazah, tetapi juga meningkatkan pemahaman mereka mengenai konsep BET. Pelajar juga menunjukkan kemahiran dalam mengolah dan mentafsir data secara individu. Berdasarkan dua kuiz yang dijalankan sepanjang bengkel, keputusan menunjukkan peningkatan ketepatan jawapan daripada 61% kepada 71%, mencerminkan keberkesanan bengkel ini dalam memperkukuh kefahaman pelajar. Secara keseluruhannya, penganjuran bengkel ini memberikan nilai tambah yang besar kepada pelajar UMRAH, dengan impak positif terhadap pengetahuan dan kemahiran teknikal mereka dalam bidang sains permukaan. Kami berharap hubungan akademik antara 每日大赛app dan UMRAH akan terus berkembang dan menghasilkan lebih banyak peluang kerjasama yang bermanfaat pada masa akan datang.