efikasi kendiri – Jurnal Pengurusan /jurnalpengurusan Wed, 29 Oct 2025 07:58:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 Hubungan Kepimpinan Kendiri dengan Tingkah Laku Kerja Inovatif: Peranan Efikasi Kendiri, Keterlibatan Kerja dan Komitmen Afektif Sebagai Pengantara /jurnalpengurusan/article/hubungan-kepimpinan-kendiri-dengan-tingkah-laku-kerja-inovatif-peranan-efikasi-kendiri-keterlibatan-kerja-dan-komitmen-afektif-sebagai-pengantara/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hubungan-kepimpinan-kendiri-dengan-tingkah-laku-kerja-inovatif-peranan-efikasi-kendiri-keterlibatan-kerja-dan-komitmen-afektif-sebagai-pengantara Tue, 28 Oct 2025 03:24:59 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=7850 Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kedua-dua hubungan langsung dan tidak langsung antara gaya kepimpinan kendiri dengan tingkah laku kerja inovatif menerusi peranan efikasi kendiri, keterlibatan kerja dan komitmen afektif sebagai pengantara bagi hubungan tersebut. Kajian dilakukan menggunakan soal selidik dalam talian terhadap sampel yang terdiri daripada 233 orang penjawat awam daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat di jabatan dan agensi kerajaan di Malaysia. Pengujian hipotesis dilakukan dengan menggunakan analisis regresi berhierarki. Konsisten dengan Teori Kepimpinan Kendiri dan Teori Kognitif Sosial, hasil kajian menunjukkan mengenai peranan kepimpinan kendiri yang signifikan dalam meramal tingkah laku kerja inovatif serta peranan efikasi kendiri dan keterlibatan kerja sebagai mekanisme pengantaraan. Walau bagaimanapun, komitmen afektif tidak signifikan sebagai pengantara. Secara teorinya, kajian ini memanjangkan pengetahuan mengenai gaya kepimpinan kendiri yang didapati berkesan untuk meningkatkan tingkah laku inovatif dalam kalangan pekerja sama ada secara langsung atau menerusi peningkatan efikasi kendiri dan keterlibatan kerja pekerja. Kajian ini mencadangkan organisasi untuk menerapkan aspek kepimpinan kendiri dalam modul program latihan berkaitan pembangunan kepimpinan pekerja.

]]>
Hubungan Kepimpinan Kebaktian dan Prestasi Kerja dalam Perkhidmatan Awam: Efikasi Kendiri, Keadilan dan Komitmen sebagai Pengantara /jurnalpengurusan/article/hubungan-kepimpinan-kebaktian-dan-prestasi-kerja-dalam-perkhidmatan-awam-efikasi-kendiri-keadilan-dan-komitmen-sebagai-pengantara/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hubungan-kepimpinan-kebaktian-dan-prestasi-kerja-dalam-perkhidmatan-awam-efikasi-kendiri-keadilan-dan-komitmen-sebagai-pengantara Wed, 26 Jul 2023 07:43:33 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=6957 Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peranan kepimpinan kebaktian dalam meramal prestasi kerja. Secara khususnya,  kajian ini menghipotesiskan wujudnya hubungan langsung antara kepimpinan kebaktian dan prestasi kerja serta hubungan tidak langsung menerusi pemboleh ubah pengantara efikasi kendiri, komitmen organisasi dan tanggapan keadilan organisasi. Dengan menggunakan data yang dikumpulkan daripada 194 orang penjawat awam di Malaysia menerusi soal selidik secara atas talian, hipotesis kajian diuji menggunakan kaedah regresi berhierarki. Dapatan kajian ini menunjukkan wujudnya hubungan langsung yang signifikan antara kepimpinan kebaktian dengan prestasi kerja. Walau bagaimanapun hubungan tersebut bertukar menjadi tidak signifikan apabila ketiga-tiga pemboleh ubah pengantara diuji bersama dalam model asal. Selaras dengan teori pembelajaran sosial, ekuiti teori dan teori pengekalan sumber, dapatan kajian ini menyumbang kepada literatur dengan membuktikan kepentingan efikasi kendiri, komitmen organisasi dan tanggapan keadilan organisasi sebagai mekanisme yang menerangkan hubungan tidak langsung antara kepimpinan kebaktian dan prestasi kerja dalam sesebuah organisasi. Secara praktikalnya, kajian ini menyarankan kepada organisasi untuk menggalakan kepimpinan kebaktian yang terbukti akan meningkatkan efikasi kendiri, keadilan dan komitmen dalam kalangan pekerja yang seterusnya menjamin prestasi kerja.

]]>