fintech – Jurnal Pengurusan /jurnalpengurusan Wed, 29 May 2024 08:13:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 Niat Penerimaan Perbankan Dalam Talian di Malaysia: Peranan Kepercayaan dan Keselamatan dan Penyederhana Pendidikan /jurnalpengurusan/article/niat-penerimaan-perbankan-dalam-talian-di-malaysia-peranan-kepercayaan-dan-keselamatan-dan-penyederhana-pendidikan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=niat-penerimaan-perbankan-dalam-talian-di-malaysia-peranan-kepercayaan-dan-keselamatan-dan-penyederhana-pendidikan Wed, 29 May 2024 08:09:04 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=7315 Teknologi kewangan atau Fintech membolehkan pendigitalan perkhidmatan kewangan untuk memperoleh kelebihan daya saing dan membantu pengguna mengurus aktiviti kewangan dengan lebih efektif. Walau bagaimanapun, pembangunan Fintech telah meningkatkan aktiviti jenayah siber dan menimbulkan isu kepercayaan dan keselamatan di kalangan pengguna. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penerimaan pengguna terhadap perkhidmatan perbankan dalam talian di Malaysia. Kajian ini mengintegrasikan model Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) dan pemboleh ubah kepercayaan dan persepsi sekuriti. Tahap pendidikan juga digunakan sebagai penyederhana antara niat dengan pemboleh ubah bebas. Persampelan mudah dan kuota digunakan dan mengumpulkan 417 respon melalui tinjauan soal-selidik. Berdasarkan analisis PLS-SEM, dapatan kajian menunjukkan bahawa jangkaan prestasi, pengaruh sosial, dan kepercayaan memberi kesan positif ke atas niat penerimaan perbankan dalam talian. Manakala kesan jangkaan usaha, kualiti sistem, dan persepsi sekuriti adalah tidak signifikan. Tahap pendidikan sebagai penyederhana juga didapati mempengaruhi hubungan antara niat dan dua pemboleh ubah bebas (pengaruh sosial dan kualiti sistem). Penyelidikan ini dapat membantu pihak berkepentingan untuk memahami tingkah laku pengguna dalam membangunkan polisi dan strategi pembangunan inisiatif pendidikan yang disasarkan bagi meningkatkan celik digital dan memupuk kepercayaan yang boleh menarik pengguna untuk menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian.

]]>
Pengaruh Efikasi Kendiri Fintech terhadap Niat Melabur dalam Unit Amanah Patuh Syariah di Malaysia /jurnalpengurusan/article/pengaruh-efikasi-kendiri-fintech-terhadap-niat-melabur-dalam-unit-amanah-patuh-syariah-di-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pengaruh-efikasi-kendiri-fintech-terhadap-niat-melabur-dalam-unit-amanah-patuh-syariah-di-malaysia Tue, 31 Jan 2023 08:40:08 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=6748 Kajian ini menganalisis pengaruh sikap, pengaruh sosial, dan efikasi kendiri teknologi kewangan (fintech) terhadap niat meneruskan pelaburan dalam unit amanah patuh Syariah (UAPS) dalam kalangan pelabur Muslim di Malaysia. Kajian ini mengumpulkan 223 responden melalui edaran soal selidik secara dalam talian ke seluruh Malaysia. Data yang diperoleh diuji menggunakan kaedah Partial-Least Square Structural Equation Model (PLS-SEM). Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan di antara efikasi kendiri fintech (EKF) dan niat melabur dalam UAPS. Selain itu, sikap dan pengaruh sosial juga berhubungan positif terhadap niat melabur dalam UAPS. Kajian ini membawa kepada perluasan Teori Tingkah Laku Terancang dengan menggantikan peranan persepsi kawalan tingkah laku kepada EKF dalam mempengaruhi individu untuk melabur dalam UAPS. Seiring dengan arus dan perkembangan teknologi terkini, kemahiran dan EKF amat penting untuk menyokong pertumbuhan industri UAPS. Kajian ini dapat memberi input kepada penggubal dasar dan pengurus dana untuk memantapkan lagi strategi pemasaran melalui peningkatan keyakinan dan akses pelabur terhadap penggunaan teknologi digital kewangan.

]]>