keadilan organisasi – Jurnal Pengurusan /jurnalpengurusan Fri, 22 Aug 2025 08:56:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 Meningkatkan Komitmen Organisasi Melalui Keadilan Organisasi dan Kepuasan Kerja: Strategi untuk Pengurusan Organisasi yang Berkesan /jurnalpengurusan/article/meningkatkan-komitmen-organisasi-melalui-keadilan-organisasi-dan-kepuasan-kerja-strategi-untuk-pengurusan-organisasi-yang-berkesan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=meningkatkan-komitmen-organisasi-melalui-keadilan-organisasi-dan-kepuasan-kerja-strategi-untuk-pengurusan-organisasi-yang-berkesan Thu, 03 Jul 2025 07:36:39 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=7729 Komitmen organisasi memainkan peranan yang amat penting untuk merealisasikan matlamat organisasi bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing di peringkat tempatan dan global. Kajian ini dilaksanakan bagi menilai hubungan keadilan organisasi dan komitmen organisasi melalui pengantara kepuasan kerja. Data kajian ini diperoleh daripada 400 orang pekerja dari sektor perkhidmatan swasta di Lembah Klang, Malaysia melalui teknik keratan rentas. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SmartPLS 4. Hasil analisis menunjukkan empat penemuan utama. Pertama, keadilan interaksi berhubung secara signifikan dengan kepuasan kerja. Kedua, keadilan prosedur berhubung secara signifikan dengan kepuasan kerja. Ketiga, kepuasan kerja berperanan secara signifikan sebagai pengantara dalam hubungan antara keadilan interaksi dan komitmen organisasi. Keempat, kepuasan kerja berperanan secara signifikan sebagai pengantara dalam hubungan antara keadilan prosedur dan komitmen organisasi.  Berdasarkan statistik, dapatan ini mengesahkan bahawa hubungan antara keadilan organisasi dan komitmen organisasi secara tidak langsung dipengaruhi oleh kepuasan kerja. Kajian ini memberi bukti empirikal mengenai kepentingan keadilan organisasi dan kepuasan kerja untuk mengukuhkan komitmen organisasi, serta memberi input penting untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan organisasi.

]]>