keadilan prosedur – Jurnal Pengurusan /jurnalpengurusan Fri, 22 Aug 2025 08:56:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 Meningkatkan Komitmen Organisasi Melalui Keadilan Organisasi dan Kepuasan Kerja: Strategi untuk Pengurusan Organisasi yang Berkesan /jurnalpengurusan/article/meningkatkan-komitmen-organisasi-melalui-keadilan-organisasi-dan-kepuasan-kerja-strategi-untuk-pengurusan-organisasi-yang-berkesan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=meningkatkan-komitmen-organisasi-melalui-keadilan-organisasi-dan-kepuasan-kerja-strategi-untuk-pengurusan-organisasi-yang-berkesan Thu, 03 Jul 2025 07:36:39 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=7729 Komitmen organisasi memainkan peranan yang amat penting untuk merealisasikan matlamat organisasi bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing di peringkat tempatan dan global. Kajian ini dilaksanakan bagi menilai hubungan keadilan organisasi dan komitmen organisasi melalui pengantara kepuasan kerja. Data kajian ini diperoleh daripada 400 orang pekerja dari sektor perkhidmatan swasta di Lembah Klang, Malaysia melalui teknik keratan rentas. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SmartPLS 4. Hasil analisis menunjukkan empat penemuan utama. Pertama, keadilan interaksi berhubung secara signifikan dengan kepuasan kerja. Kedua, keadilan prosedur berhubung secara signifikan dengan kepuasan kerja. Ketiga, kepuasan kerja berperanan secara signifikan sebagai pengantara dalam hubungan antara keadilan interaksi dan komitmen organisasi. Keempat, kepuasan kerja berperanan secara signifikan sebagai pengantara dalam hubungan antara keadilan prosedur dan komitmen organisasi.  Berdasarkan statistik, dapatan ini mengesahkan bahawa hubungan antara keadilan organisasi dan komitmen organisasi secara tidak langsung dipengaruhi oleh kepuasan kerja. Kajian ini memberi bukti empirikal mengenai kepentingan keadilan organisasi dan kepuasan kerja untuk mengukuhkan komitmen organisasi, serta memberi input penting untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan organisasi.

]]>
Kesan Pengantara Sokongan Organisasi terhadap Hubungan antara Persepsi Keadilan Penilaian Prestasi dan Niat Berhenti Kerja dalam kalangan Anggota Polis /jurnalpengurusan/article/kesan-pengantara-sokongan-organisasi-terhadap-hubungan-antara-persepsi-keadilan-penilaian-prestasi-dan-niat-berhenti-kerja-dalam-kalangan-anggota-polis/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kesan-pengantara-sokongan-organisasi-terhadap-hubungan-antara-persepsi-keadilan-penilaian-prestasi-dan-niat-berhenti-kerja-dalam-kalangan-anggota-polis Tue, 31 Jan 2023 02:37:43 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=6570 Penilaian prestasi merupakan satu alat pengukuran prestasi yang penting dalam setiap organisasi dan sering kali menimbulkan konflik terutamanya dari segi keadilan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pengantara sokongan organisasi terhadap hubungan antara persepsi keadilan penilaian prestasi dan niat berhenti kerja dalam kalangan anggota polis. Kajian ini penting kerana isu niat berhenti kerja, keadilan penilaian prestasi dan sokongan organisasi merupakan jurang kajian yang serius dalam organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kaedah kuantitatif digunakan untuk menganalisa data 513 responden yang diperolehi daripada soal selidik telah dianalisis menggunakan PLS-SEM. Hasil kajian mendapati sokongan organisasi mempunyai kesan pengantara yang signifikan antara keadilan prosedur (formal), keadilan prosedur (interaksi), keadilan distributif dan keadilan maklumat dalam penilaian prestasi dengan niat berhenti kerja. Oleh yang demikian, penambahbaikan sokongan organisasi perlu diutamakan. Ini adalah penting untuk mengekalkan kesejahteraan dalam kalangan anggota polis serta menggalakkan persekitaran kerja yang positif dan iklim organisasi yang menyokong.

]]>