komitmen afektif – Jurnal Pengurusan /jurnalpengurusan Wed, 29 Oct 2025 07:58:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 Hubungan Kepimpinan Kendiri dengan Tingkah Laku Kerja Inovatif: Peranan Efikasi Kendiri, Keterlibatan Kerja dan Komitmen Afektif Sebagai Pengantara /jurnalpengurusan/article/hubungan-kepimpinan-kendiri-dengan-tingkah-laku-kerja-inovatif-peranan-efikasi-kendiri-keterlibatan-kerja-dan-komitmen-afektif-sebagai-pengantara/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hubungan-kepimpinan-kendiri-dengan-tingkah-laku-kerja-inovatif-peranan-efikasi-kendiri-keterlibatan-kerja-dan-komitmen-afektif-sebagai-pengantara Tue, 28 Oct 2025 03:24:59 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=7850 Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kedua-dua hubungan langsung dan tidak langsung antara gaya kepimpinan kendiri dengan tingkah laku kerja inovatif menerusi peranan efikasi kendiri, keterlibatan kerja dan komitmen afektif sebagai pengantara bagi hubungan tersebut. Kajian dilakukan menggunakan soal selidik dalam talian terhadap sampel yang terdiri daripada 233 orang penjawat awam daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat di jabatan dan agensi kerajaan di Malaysia. Pengujian hipotesis dilakukan dengan menggunakan analisis regresi berhierarki. Konsisten dengan Teori Kepimpinan Kendiri dan Teori Kognitif Sosial, hasil kajian menunjukkan mengenai peranan kepimpinan kendiri yang signifikan dalam meramal tingkah laku kerja inovatif serta peranan efikasi kendiri dan keterlibatan kerja sebagai mekanisme pengantaraan. Walau bagaimanapun, komitmen afektif tidak signifikan sebagai pengantara. Secara teorinya, kajian ini memanjangkan pengetahuan mengenai gaya kepimpinan kendiri yang didapati berkesan untuk meningkatkan tingkah laku inovatif dalam kalangan pekerja sama ada secara langsung atau menerusi peningkatan efikasi kendiri dan keterlibatan kerja pekerja. Kajian ini mencadangkan organisasi untuk menerapkan aspek kepimpinan kendiri dalam modul program latihan berkaitan pembangunan kepimpinan pekerja.

]]>