komitmen organisasi – Jurnal Pengurusan /jurnalpengurusan Fri, 22 Aug 2025 08:56:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 Meningkatkan Komitmen Organisasi Melalui Keadilan Organisasi dan Kepuasan Kerja: Strategi untuk Pengurusan Organisasi yang Berkesan /jurnalpengurusan/article/meningkatkan-komitmen-organisasi-melalui-keadilan-organisasi-dan-kepuasan-kerja-strategi-untuk-pengurusan-organisasi-yang-berkesan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=meningkatkan-komitmen-organisasi-melalui-keadilan-organisasi-dan-kepuasan-kerja-strategi-untuk-pengurusan-organisasi-yang-berkesan Thu, 03 Jul 2025 07:36:39 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=7729 Komitmen organisasi memainkan peranan yang amat penting untuk merealisasikan matlamat organisasi bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing di peringkat tempatan dan global. Kajian ini dilaksanakan bagi menilai hubungan keadilan organisasi dan komitmen organisasi melalui pengantara kepuasan kerja. Data kajian ini diperoleh daripada 400 orang pekerja dari sektor perkhidmatan swasta di Lembah Klang, Malaysia melalui teknik keratan rentas. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SmartPLS 4. Hasil analisis menunjukkan empat penemuan utama. Pertama, keadilan interaksi berhubung secara signifikan dengan kepuasan kerja. Kedua, keadilan prosedur berhubung secara signifikan dengan kepuasan kerja. Ketiga, kepuasan kerja berperanan secara signifikan sebagai pengantara dalam hubungan antara keadilan interaksi dan komitmen organisasi. Keempat, kepuasan kerja berperanan secara signifikan sebagai pengantara dalam hubungan antara keadilan prosedur dan komitmen organisasi.  Berdasarkan statistik, dapatan ini mengesahkan bahawa hubungan antara keadilan organisasi dan komitmen organisasi secara tidak langsung dipengaruhi oleh kepuasan kerja. Kajian ini memberi bukti empirikal mengenai kepentingan keadilan organisasi dan kepuasan kerja untuk mengukuhkan komitmen organisasi, serta memberi input penting untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan organisasi.

]]>
Hubungan Kepimpinan Kebaktian dan Prestasi Kerja dalam Perkhidmatan Awam: Efikasi Kendiri, Keadilan dan Komitmen sebagai Pengantara /jurnalpengurusan/article/hubungan-kepimpinan-kebaktian-dan-prestasi-kerja-dalam-perkhidmatan-awam-efikasi-kendiri-keadilan-dan-komitmen-sebagai-pengantara/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hubungan-kepimpinan-kebaktian-dan-prestasi-kerja-dalam-perkhidmatan-awam-efikasi-kendiri-keadilan-dan-komitmen-sebagai-pengantara Wed, 26 Jul 2023 07:43:33 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=6957 Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peranan kepimpinan kebaktian dalam meramal prestasi kerja. Secara khususnya,  kajian ini menghipotesiskan wujudnya hubungan langsung antara kepimpinan kebaktian dan prestasi kerja serta hubungan tidak langsung menerusi pemboleh ubah pengantara efikasi kendiri, komitmen organisasi dan tanggapan keadilan organisasi. Dengan menggunakan data yang dikumpulkan daripada 194 orang penjawat awam di Malaysia menerusi soal selidik secara atas talian, hipotesis kajian diuji menggunakan kaedah regresi berhierarki. Dapatan kajian ini menunjukkan wujudnya hubungan langsung yang signifikan antara kepimpinan kebaktian dengan prestasi kerja. Walau bagaimanapun hubungan tersebut bertukar menjadi tidak signifikan apabila ketiga-tiga pemboleh ubah pengantara diuji bersama dalam model asal. Selaras dengan teori pembelajaran sosial, ekuiti teori dan teori pengekalan sumber, dapatan kajian ini menyumbang kepada literatur dengan membuktikan kepentingan efikasi kendiri, komitmen organisasi dan tanggapan keadilan organisasi sebagai mekanisme yang menerangkan hubungan tidak langsung antara kepimpinan kebaktian dan prestasi kerja dalam sesebuah organisasi. Secara praktikalnya, kajian ini menyarankan kepada organisasi untuk menggalakan kepimpinan kebaktian yang terbukti akan meningkatkan efikasi kendiri, keadilan dan komitmen dalam kalangan pekerja yang seterusnya menjamin prestasi kerja.

]]>