komitmen pekerja – Jurnal Pengurusan /jurnalpengurusan Mon, 06 Nov 2023 06:24:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 Amalan Sumber Manusia dan Komitmen Pekerja: Peranan Pengantaraan MODEL AMO dalam kalangan PKS di Selangor /jurnalpengurusan/article/amalan-sumber-manusia-dan-komitmen-pekerja-peranan-pengantaraan-model-amo-dalam-kalangan-pks-di-selangor/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=amalan-sumber-manusia-dan-komitmen-pekerja-peranan-pengantaraan-model-amo-dalam-kalangan-pks-di-selangor Tue, 24 Oct 2023 02:53:43 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=7106 Komitmen pekerja terus menjadi perhatian utama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. Penurunan produktiviti PKS dan kerap bertukar pekerjaan di kalangan pekerja menyumbang kepada penurunan komitmen pekerja. Dari semasa ke semasa, para penyelidik telah menemukan cara untuk memaksimumkan potensi sumber manusia (HR) yang berbeza dan tersendiri serta cara untuk mengekalkan mereka. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan antara ganjaran, pengambilan pekerja, penglibatan pekerja, dan komitmen pekerja. Kajian ini juga bertujuan untuk menyediakan bukti empirikal berasaskan teori yang menunjukkan peranan model keupayaan, motivasi, dan peluang (AMO) sebagai pengantara dalam memperoleh komitmen pekerja dan mengguna pakai Teori Pertukaran Sosial (SET) untuk mengesahkan rasional teori model kajian. Data dikumpul daripada 211 pekerja yang bekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Selangor, Malaysia. Permodelan persaman struktur-kuasa dua terkecil separa (PLS-SEM) digunakan dalam kajian penyelidikan ini untuk menguji hipotesis yang dibangunkan. PLS-SEM dengan anggaran tarikan rawak bergantian (bootstrapping) telah digunakan untuk menjangka dan menganggarkan hubungan antara pembolehubah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua ganjaran dan penglibatan pekerja mempunyai kesan yang ketara terhadap komitmen pekerja, dan MODEL AMO menjadi pengantara hubungan bagi kedua-dua pengambilan pekerja dan penglibatan pekerja. Oleh itu, organisasi terutamanya PKS harus menambahbaik sistem ganjaran sedia ada untuk memastikan pekerja kekal komited. Organisasi juga harus bijak untuk memilih pekerja mengikut kesesuaian bidang kemahiran dan kebolehan mereka serta memberi peluang untuk penglibatan pekerja di dalam urusan dan aktiviti organisasi.

 

 

 

 

]]>