koperasi – Jurnal Pengurusan /jurnalpengurusan Fri, 06 Dec 2024 05:01:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 Kesan Literasi Kewangan dan Pengurusan Risiko terhadap Prestasi Kewangan Koperasi Penanam Sawit Mampan di Sabah, Malaysia /jurnalpengurusan/article/kesan-literasi-kewangan-dan-pengurusan-risiko-terhadap-prestasi-kewangan-koperasi-penanam-sawit-mampan-di-sabah-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kesan-literasi-kewangan-dan-pengurusan-risiko-terhadap-prestasi-kewangan-koperasi-penanam-sawit-mampan-di-sabah-malaysia Thu, 05 Dec 2024 08:39:04 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=7568 Bagi memastikan koperasi pertanian mampu untuk terus menyumbang kepada pembangunan komuniti pekebun kecil, keupayaan mereka untuk memahami dan mengurus kewangan serta risiko dengan cekap menjadi antara faktor penentu sesebuah kejayaan. Namun demikian, koperasi pertanian dilaporkan masih memiliki tahap literasi kewangan dan pengurusan risiko yang lemah sehingga menyumbang kepada prestasi yang kurang memuaskan. Oleh itu, kajian ini menguji kesan literasi kewangan dan literasi pengurusan risiko terhadap prestasi kewangan KPSM di Sabah. Data kajian diperoleh daripada soal selidik yang diedarkan kepada 81 orang responden dari 27 buah KPSM di Sabah. Setiap KPSM diwakili oleh tiga orang Anggota Lembaga Koperasi yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan bendahari. Hasil daripada analisis regresi berganda mendapati bahawa kedua-dua literasi kewangan dan literasi pengurusan risiko mempunyai kesan positif terhadap prestasi kewangan KPSM di Sabah. Hasil kajian ini menyokong Teori Berasaskan Pengetahuan dan Teori Agensi seterusnya membantu pihak berkepentingan untuk memperbaiki pengurusan kewangan dan tadbir urus koperasi sekaligus berupaya meningkatkan prestasi kewangan sesebuah koperasi.

]]>
Kesan Ketidakpastian Persekitaran Terhadap Hubungan Antara Tadbir Urus Dan Prestasi Koperasi Peladangan Kelapa Sawit Di Malaysia /jurnalpengurusan/article/kesan-ketidakpastian-persekitaran-terhadap-hubungan-antara-tadbir-urus-dan-prestasi-koperasi-peladangan-kelapa-sawit-di-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kesan-ketidakpastian-persekitaran-terhadap-hubungan-antara-tadbir-urus-dan-prestasi-koperasi-peladangan-kelapa-sawit-di-malaysia Wed, 26 Jul 2023 07:50:07 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=6967 Kajian empirik mengenai pengaruh Tadbir Urus Koperasi (TUK) terhadap Prestasi Koperasi (PK) amat kurang dilakukan, khususnya yang melibatkan koperasi bersaiz sederhana dan kecil. Setakat ini, kajian lepas masih tidak jelas dan tidak konklusif mengenai kewujudan hubungan tersebut.  Objektif kajian ini adalah untuk menyiasat kewujudan hubungan antara TUK dan PK dan kesan penyerderhanaan ketidakpastian persekitaran (KP) terhadap hubungan antara TUK dan PK. Kajian ini menjangka bahawa pelaksanaan TUK akan memberi kesan kepada PK bergantung kepada konteks persekitaran koperasi. Kajian ini menggunakan set data koperasi bersaiz sederhana dan kecil dalam industri peladangan kelapa sawit di Malaysia. Hasil kajian menggunakan analisis PLS-SEM mengesahkan wujud hubungan positif dan signifikan antara TUK dan PK, sementara KP didapati tidak mempunyai kesan penyederhanaan terhadap hubungan tersebut. Dapatan kajian ini membuktikan kesan tadbir urus koperasi terhadap prestasi koperasi tanpa mengira persekitaran di mana koperasi berada. Semua koperasi seharusnya memandang serius kepentingan pengukuhan TUK bagi meningkatkan prestasi.

]]>