Literasi kewangan – Jurnal Pengurusan /jurnalpengurusan Tue, 11 Nov 2025 06:00:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 Niat Bere-dagang Saham di Indonesia: Peranan Persepsi Risiko, Literasi Kewangan, Literasi Digital dan Kepercayaan /jurnalpengurusan/article/niat-bere-dagang-saham-di-indonesia-peranan-persepsi-risiko-literasi-kewangan-literasi-digital-dan-kepercayaan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=niat-bere-dagang-saham-di-indonesia-peranan-persepsi-risiko-literasi-kewangan-literasi-digital-dan-kepercayaan Thu, 06 Nov 2025 00:40:06 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=7872 Perkhidmatan Fintech e-dagang saham (eDS) dijangka berpotensi meningkatkan penglibatan pelabur runcit yang rendah dalam pasaran saham di Indonesia. Menerusi objektif untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi niat menggunakan eDS (seterusnya dirujuk sebagai “niat”), kajian ini literasi kewangan, literasi digital dan kepercayaan). Data daripada 666 bakal pelabur diperoleh antara Disember 2023 hingga Februari 2024 dan diuji menggunakan SEM-AMOS. Dapatan menunjukkan UTAUT2 tidak efektif untuk menjelaskan niat apabila hanya dua faktor asasnya dilihat signifikan, iaitu pengaruh sosial (SI) dan nilai harga (PV). Sebaliknya, dapatan menyerlahkan mengenai kepentingan faktor-faktor pengimbuh: (i) kedua-dua faktor literasi mempengaruhi niat secara langsung; dan (ii) semua faktor pengimbuh menyederhanakan kesan SI dan PV terhadap niat. Penemuan kajian mengesahkan keperluan mempertimbangkan faktor-faktor tambahan untuk mengambil kira peningkatan kecanggihan teknologi dan kekompleksan fungsinya. Berkenaan implikasi dasar, misi kerajaan mengoptimumkan pendigitalan bagi meningkatkan penglibatan dalam pasaran saham perlu didokong dengan inisiatif yang menumpukan kepada peningkatan literasi digital dan kewangan. Bagi mengatasi ancaman jenayah siber yang semakin meningkat, pengawal selia pasaran perlu memastikan penyedia eDS mematuhi peraturan dan undang-undang serta melaksanakan dasar yang melindungi privasi dan kerahsiaan data pengguna. Langkah tersebut untuk mengelak kesan positif pengaruh sosial dan nilai harga terhadap niat daripada dihakis oleh persepsi risiko dan ketidakpercayaan pengguna terhadap eDS.

]]>
Kesan Literasi Kewangan dan Pengurusan Risiko terhadap Prestasi Kewangan Koperasi Penanam Sawit Mampan di Sabah, Malaysia /jurnalpengurusan/article/kesan-literasi-kewangan-dan-pengurusan-risiko-terhadap-prestasi-kewangan-koperasi-penanam-sawit-mampan-di-sabah-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kesan-literasi-kewangan-dan-pengurusan-risiko-terhadap-prestasi-kewangan-koperasi-penanam-sawit-mampan-di-sabah-malaysia Thu, 05 Dec 2024 08:39:04 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=7568 Bagi memastikan koperasi pertanian mampu untuk terus menyumbang kepada pembangunan komuniti pekebun kecil, keupayaan mereka untuk memahami dan mengurus kewangan serta risiko dengan cekap menjadi antara faktor penentu sesebuah kejayaan. Namun demikian, koperasi pertanian dilaporkan masih memiliki tahap literasi kewangan dan pengurusan risiko yang lemah sehingga menyumbang kepada prestasi yang kurang memuaskan. Oleh itu, kajian ini menguji kesan literasi kewangan dan literasi pengurusan risiko terhadap prestasi kewangan KPSM di Sabah. Data kajian diperoleh daripada soal selidik yang diedarkan kepada 81 orang responden dari 27 buah KPSM di Sabah. Setiap KPSM diwakili oleh tiga orang Anggota Lembaga Koperasi yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan bendahari. Hasil daripada analisis regresi berganda mendapati bahawa kedua-dua literasi kewangan dan literasi pengurusan risiko mempunyai kesan positif terhadap prestasi kewangan KPSM di Sabah. Hasil kajian ini menyokong Teori Berasaskan Pengetahuan dan Teori Agensi seterusnya membantu pihak berkepentingan untuk memperbaiki pengurusan kewangan dan tadbir urus koperasi sekaligus berupaya meningkatkan prestasi kewangan sesebuah koperasi.

]]>