OKU penglihatan – Jurnal Pengurusan /jurnalpengurusan Tue, 21 Apr 2026 23:52:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 Model Keusahawanan Inklusif bagi Usahawan OKU Penglihatan di Malaysia: Analisis Motivasi dan Cabaran Keusahawanan /jurnalpengurusan/article/model-keusahawanan-inklusif-bagi-usahawan-oku-penglihatan-di-malaysia-analisis-motivasi-dan-cabaran-keusahawanan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=model-keusahawanan-inklusif-bagi-usahawan-oku-penglihatan-di-malaysia-analisis-motivasi-dan-cabaran-keusahawanan Wed, 15 Apr 2026 07:23:57 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=8032 Golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan masih belum mendapat pengiktirafan yang sewajarnya dalam arus pembangunan keusahawanan negara meskipun pelbagai dasar inklusif telah diperkenalkan. Tahap penyertaan mereka kekal rendah akibat kekangan struktural dan sosial dan isu ini masih kurang diterokai dalam konteks tempatan. Kajian ini bertujuan membangunkan model keusahawanan inklusif bagi usahawan OKU penglihatan di Malaysia: analisis motivasi dan cabaran keusahawanan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, melalui temu bual mendalam bersama enam usahawan OKU penglihatan di Negeri Selangor yang mempunyai pengalaman perniagaan melebihi tiga tahun. Analisis tematik mendapati motivasi utama mereka dalam menceburi bidang keusahawanan merangkumi kesediaan peluang, keluarga, tekanan luar dan pengiktirafan sosial. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa mereka berdepan dengan cabaran seperti keterbatasan sokongan agensi, komunikasi pelanggan, pemasaran, dan persekitaran luar. Kajian ini memperkukuhkan pemahaman terhadap motivasi dalaman serta cabaran sebenar usahawan OKU penglihatan, sekali gus menyumbang kepada pembinaan model keusahawanan yang bersifat inklusif. Dapatan ini juga memberikan implikasi penting kepada pembuat dasar, agensi sokongan, dan pihak berkepentingan dalam merangka strategi yang lebih komprehensif, responsif, dan mampan untuk memperkasakan golongan ini dalam ekosistem keusahawanan negara.

]]>