perubahan organisasi – Jurnal Pengurusan /jurnalpengurusan Tue, 20 May 2025 04:13:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 Hubungan Antara Kepercayaan Organisasi, Komunikasi Perubahan dan Kesediaan Pekerja Menerima Perubahan Organisasi Dengan Komitmen Afektif Untuk Berubah /jurnalpengurusan/article/hubungan-antara-kepercayaan-organisasi-komunikasi-perubahan-dan-kesediaan-pekerja-menerima-perubahan-organisasi-dengan-komitmen-afektif-untuk-berubah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hubungan-antara-kepercayaan-organisasi-komunikasi-perubahan-dan-kesediaan-pekerja-menerima-perubahan-organisasi-dengan-komitmen-afektif-untuk-berubah Fri, 09 May 2025 07:07:56 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=7629 Perubahan organisasi berlaku apabila sesebuah organisasi membuat transisi daripada keadaan sedia ada kepada beberapa keadaan yang diinginkan pada masa hadapan. Pertukaran kepimpinan tertinggi agensi yang kerap juga boleh menjadi pencetus kepada perubahan tersebut. Penentangan terhadap perubahan  sering berlaku kerana perubahan boleh mengganggu rutin  perlaksanaan kerja dan kedudukan pekerja dalam organisasi. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk  menilai keberkesanan pengurusan perubahan organisasi dengan mengkaji kesan hubungan di antara kepercayaan kepada organisasi, komunikasi perubahan, kesediaan menerima perubahan dan komitmen afektif pekerja. Di samping itu, kesediaan menerima perubahan juga diuji sebagai pengantara di antara kepercayaan kepada organisasi dan komitmen afektif pekerja serta di antara komunikasi perubahan dan komitmen afektif pekerja. Data yang diperoleh daripada maklum balas 214 responden melalui soal selidik dianalisis menggunakan perisian PLS-SEM. Hasil kajian menunjukkan hubungan kepercayaan kepada organisasi terhadap kesediaan menerima perubahan dan komitmen afektif pekerja, serta hubungan komunikasi perubahan terhadap kesediaan menerima perubahan dan komitmen afektif pekerja adalah positif serta signifikan. Seterusnya, kajian menunjukkan hubungan signifikan di antara kesediaan menerima perubahan terhadap komitmen afektif pekerja. Kajian ini juga secara empirikal menyokong kesan pengantara kesediaan menerima perubahan terhadap hubungan di antara (i) kepercayaan kepada organisasi dan (ii) komunikasi perubahan dengan komitmen afektif pekerja. Penemuan kajian ini memberikan impak positif kepada perancangan perubahan organisasi, yang akhirnya membantu dalam memastikan pelaksanaan program perubahan organisasi yang lebih berkesan di agensi di bawah Kementerian di Malaysia.

]]>