perusahaan kecil dan sederhana – Jurnal Pengurusan /jurnalpengurusan Tue, 21 Nov 2023 19:31:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 Orientasi Keusahawanan sebagai Pembolehubah Perantara antara Modal Insan dan Prestasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) /jurnalpengurusan/article/orientasi-keusahawanan-sebagai-pembolehubah-perantara-antara-modal-insan-dan-prestasi-perusahaan-kecil-dan-sederhana-pks/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=orientasi-keusahawanan-sebagai-pembolehubah-perantara-antara-modal-insan-dan-prestasi-perusahaan-kecil-dan-sederhana-pks Tue, 29 Aug 2023 22:03:12 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=7028 Perusahaan Kecil dan Sederhana dilihat sebagai firma yang menyumbang kepada ekonomi negara, malah merupakan jenis perusahaan yang dominan di Malaysia. Walau bagaimanapun, modal insan dan orientasi keusahawan sering kali dikaitkan dengan isu prestasi PKS. Secara spesifik, kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan orientasi keusahawanan sebagai perantara terhadap hubngan antara modal insan dan prestasi PKS. Data kajian diperoleh daripada 200 soal selidik dan dianalisis menggunakan analisis regresi. Hasil kajian mendapati bahawa orientasi keusahawanan bertindak sebagai perantara dalam hubungan antara modal insan dan prestasi firma. Maka, usahawan PKS perlu diberikan bimbingan yang sewajarnya untuk meningkatkan orientasi keusahawan. Melalui latihan yang sesuai dan berkesan dari pihak-pihak terbabit, PKS mampu menyediakan modal insan yang berinovatif, kreatif dan proaktif dalam menghadapi persaingan perniagaan. Pihak yang terbabit perlu bekerjasama untuk menyediakan latihan yang berkesan bagi tujuan tersebut.

]]>
Kompetensi Pengurusan dan Prestasi Perniagaan: Orientasi Keusahawanan sebagai Pengantara dalam PKS Malaysia /jurnalpengurusan/article/kompetensi-pengurusan-dan-prestasi-perniagaan-orientasi-keusahawanan-sebagai-pengantara-dalam-pks-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kompetensi-pengurusan-dan-prestasi-perniagaan-orientasi-keusahawanan-sebagai-pengantara-dalam-pks-malaysia Tue, 31 Jan 2023 08:46:03 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=6759 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terdiri daripada 98.5% perniagaan di Malaysia gagal memenuhi sasaran KDNK negara dan menunjukkan prestasi yang merosot dan lemah yang memerlukan perhatian khusus. Orientasi keusahawanan merupakan faktor yang dirasakan mampu meningkatkan prestasi PKS. Oleh itu, kajian ini mengkaji kesan pengantaraan orientasi keusahawanan terhadap hubungan antara kompetensi pengurusan dan prestasi PKS di Malaysia. Seramai 159 orang responden telah dipilih melalui persampelan rawak mudah dari PKS di Malaysia. Hasil regresi membuktikan bahawa orientasi keusahawanan mempunyai kesan pengantaraan separa yang signifikan dan positif dalam hubungan antara kompetensi pengurusan dan prestasi PKS. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini dapat membantu pihak berkepentingan dengan PKS untuk menjalankan program dan strategi pembangunan yang memberi tumpuan kepada peningkatan kompetensi pengurusan dan orientasi keusahawanan untuk membantu PKS meningkatkan prestasi perniagaan.

]]>