prestasi – Jurnal Pengurusan /jurnalpengurusan Mon, 18 Mar 2024 05:52:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 Orientasi Keusahawanan sebagai Pembolehubah Perantara antara Modal Insan dan Prestasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) /jurnalpengurusan/article/orientasi-keusahawanan-sebagai-pembolehubah-perantara-antara-modal-insan-dan-prestasi-perusahaan-kecil-dan-sederhana-pks/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=orientasi-keusahawanan-sebagai-pembolehubah-perantara-antara-modal-insan-dan-prestasi-perusahaan-kecil-dan-sederhana-pks Tue, 29 Aug 2023 22:03:12 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=7028 Perusahaan Kecil dan Sederhana dilihat sebagai firma yang menyumbang kepada ekonomi negara, malah merupakan jenis perusahaan yang dominan di Malaysia. Walau bagaimanapun, modal insan dan orientasi keusahawan sering kali dikaitkan dengan isu prestasi PKS. Secara spesifik, kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan orientasi keusahawanan sebagai perantara terhadap hubngan antara modal insan dan prestasi PKS. Data kajian diperoleh daripada 200 soal selidik dan dianalisis menggunakan analisis regresi. Hasil kajian mendapati bahawa orientasi keusahawanan bertindak sebagai perantara dalam hubungan antara modal insan dan prestasi firma. Maka, usahawan PKS perlu diberikan bimbingan yang sewajarnya untuk meningkatkan orientasi keusahawan. Melalui latihan yang sesuai dan berkesan dari pihak-pihak terbabit, PKS mampu menyediakan modal insan yang berinovatif, kreatif dan proaktif dalam menghadapi persaingan perniagaan. Pihak yang terbabit perlu bekerjasama untuk menyediakan latihan yang berkesan bagi tujuan tersebut.

]]>
Kesan Ketidakpastian Persekitaran Terhadap Hubungan Antara Tadbir Urus Dan Prestasi Koperasi Peladangan Kelapa Sawit Di Malaysia /jurnalpengurusan/article/kesan-ketidakpastian-persekitaran-terhadap-hubungan-antara-tadbir-urus-dan-prestasi-koperasi-peladangan-kelapa-sawit-di-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kesan-ketidakpastian-persekitaran-terhadap-hubungan-antara-tadbir-urus-dan-prestasi-koperasi-peladangan-kelapa-sawit-di-malaysia Wed, 26 Jul 2023 07:50:07 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=6967 Kajian empirik mengenai pengaruh Tadbir Urus Koperasi (TUK) terhadap Prestasi Koperasi (PK) amat kurang dilakukan, khususnya yang melibatkan koperasi bersaiz sederhana dan kecil. Setakat ini, kajian lepas masih tidak jelas dan tidak konklusif mengenai kewujudan hubungan tersebut.  Objektif kajian ini adalah untuk menyiasat kewujudan hubungan antara TUK dan PK dan kesan penyerderhanaan ketidakpastian persekitaran (KP) terhadap hubungan antara TUK dan PK. Kajian ini menjangka bahawa pelaksanaan TUK akan memberi kesan kepada PK bergantung kepada konteks persekitaran koperasi. Kajian ini menggunakan set data koperasi bersaiz sederhana dan kecil dalam industri peladangan kelapa sawit di Malaysia. Hasil kajian menggunakan analisis PLS-SEM mengesahkan wujud hubungan positif dan signifikan antara TUK dan PK, sementara KP didapati tidak mempunyai kesan penyederhanaan terhadap hubungan tersebut. Dapatan kajian ini membuktikan kesan tadbir urus koperasi terhadap prestasi koperasi tanpa mengira persekitaran di mana koperasi berada. Semua koperasi seharusnya memandang serius kepentingan pengukuhan TUK bagi meningkatkan prestasi.

]]>